Bukan Satu Hari Yang Sekadar Cuma

Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah.

Walaupun baru seminggu lepas kali terakhir aku menge-post sesuatu di sini, terasa telah lama sudah. Aku rasa ianya kerana dalam tempoh seminggu yang berlalu itu ada sesuatu yang bermakna telah berlaku. Sungguh bermakna.🙂

Pertama sekali, ingin mengucapkan terima kasih kepada yang mengucapkan selamat hari lahir kepadaku semalam dan sepanjang hari ini. SMS, mesej di Skype, Facebook; aku sangat menghargainya. Baru kejap tadi housematesku; Emma, Wani, dan Sidah membuat ‘surprise’ dengan mengetuk di pintu bilikku dengan membawa kek.😀

Alhamdulillah ‘ala kulli hal. Tiada lain yang aku harapkan, melainkan semua ini akan mengeratkan lagi ukhuwwah antara kita semua. Aku kagum dengan orang-orang yang mampu menjadi orang yang ‘sweet’ kerana aku sedikit ‘lacking’ dalam hal-hal menjadi ‘sweet’ ini.

Dengan kata lain, aku ini sedikit skema.

12 Rabi’ul Awwal : Bukan Satu Hari Yang Sekadar Cuma

Ingin mengongsikan apa yang aku tulis di status FB-ku sempena 12 Rabi’ul Awwal semalam. Mungkin sekadar renungan dan ingatan khususnya buat diri ini.

Saban tahun, malahan semenjak kecil lagi aku membesar dalam suasana masyarakat yang setiap kali tiba ‘maulidur rasul’, sambutannya adalah dengan berkumpul di Dewan Suarah Miri seawal pagi, dengan pelbagai kontinjen sekolah, jabatan-jabatan kerajaan mahupun swasta – masing-masing dengan sepanduk beraneka citarasa.

 

*Gambar sekadar hiasan*

Bila dikenang-kenangkan balik, aku tak rasa yang aku lebih kenal mahupun lebih menghayati perjuangan Rasulullah dengan mengikuti atau terlibat dengan perarakan seumpama itu. Aku setuju dengan apa yang UZAR tulis di blog beliau mengenai isu ini. Apakah benar tercapai objektif untuk mengingati atau mengenali Rasulullah dengan penglibatan masyarakat ke dalam aktiviti seumpama ini?

Ikut pengalaman aku, jawapannya ialah ternyata tidak.

Aku bukanlah orang yang layak untuk mengatakan betul atau salah tentang sambutan maulidur rasul itu dari sudut hukum tetapi jika kita benar-benar berfikir, apa sebenarnya yang kita nak capai dengan menyertai perarakan seumpama itu?

Mungkin ada yang berniat nak menangkan sepanduk sekolah, mungkin ada yang berniat nak memperagakan baju seragam tercantik, dan pelbagai lagi sebab. Tapi, tak juga dinafikan ada yang berniat untuk benar-benar mengingati Rasulullah s.a.w.

Ingat dan Ikut

Alangkah indahnya jika ingatan kepada Rasulullah itu diterjemahkan dengan ikutan yakni, bukan sekadar mengingat Rasulullah tetapi juga mengikut apa yang Rasulullah ajarkan dan yang lebih utama lagi mengikut jalan juang Rasulullah. Jika benar kita ingin ikut Rasulullah kita harus bersedia untuk melakukan apa yang Rasulullah pernah lakukan:

Menyampaikan Islam.

Melaksanakan pemerintahan mengikut syariat Allah.

Menyucikan jiwa.

 

Cuba kita lihat kepada trend anak muda zaman kini, apabila mereka minat atau suka seseorang artis tu; pasti mereka cenderung malah sanggup berbelanja apa sahaja untuk mengikuti gaya rambut, fesyen pakaian, dan sebagainya pada artis tersebut – sebagai tanda ingatan yang berterusan mereka kepada artis tersebut.

Seolah-olahnya, kalau mereka tidak berbuat sedemikian, mereka merasakan ‘tidak cukup setia’ dengan artis tersebut. Aku yakin setiap daripada kita mesti pernah bertemu dengan golongan seperti ini dalam hidup kita, sekurang-kurangnya seorang.

Baiklah, poin aku ialah fitrah manusia (mungkin), kalau kita dah ‘into’ seseorang yang ‘hebat’ atau ‘berpengaruh’ tu, kita sebagai manusia akan berusaha sedaya-upaya untuk ikut gaya dan cara hidup orang tersebut.

Bagi kita, hanya dengan mengikuti apa yang orang tersebut buat akan mampu mebawa kita untuk ‘mencapai kegemilangan’ orang tersebut atau sekurang-kurangnya ‘menghampiri’ kegemilangan orang tersebut.

Qudwah Hasanah

Teladan yang baik.

“Demi sesungguhnya, adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang baik, iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan (keredaan) Allah dan (balasan baik) hari akhirat, serta dia pula menyebut dan mengingati Allah banyak-banyak (dalam masa susah dan senang)”

[Surah al-Ahzab : 21]

Daripada ayat ini, jelas kepada kita bahawa Rasulullah itu perlu menjadi ikutan buat kita – jika kita berkehendakkan keredhaan Allah dan balasan baik di hari akhirat. Bukan sekadar ‘mengingat’ pada satu hari istimewa dalam setahun dan terus melupakan baginda Rasul pada hari yang-hari yang lain!

Apabila disebut ‘ikut’ ini, maka yang perlu menjadi ‘ikutan’ kita ialah segala aspek dari diri Rasulullah. Dari segi pembawaan diri selaku individu, dari segi hidup berkeluarga, dari segi hidup bermasyarakat, serta dari sudut memimpin dan memerintah negara.

Bukan Satu Ironi

Sambil ‘menyambut birthday’ Rasulullah serta saling menge-wish dan mengingatkan antara satu sama lain tentang hari lahir Rasulullah, sambil itu juga kita mesti perbuat segala apa yang Rasulullah ajarkan. Solat fardhu 5 waktu mungkin antara yang paling asas.

Ingatkah kita pada peristiwa isra’ dan mi’raj di mana Rasulullah berkali-kali turun dan naik ke arasy Allah untuk meminta agar bilangan solat fardhu dikurangkan sehingga menjadi 5 waktu sahaja? And yet, masih ramai yang gagal untuk memenuhinya. Maka, bagaimana kita ini yang bersemangat dan berdegar-degar berselawat sambil berarak sebenarnya ingat dan ikut Rasulullah?

Dalam bermasyarakat dan berjiran, memang banyak yang kita ikuti apa yang Rasulullah ajarkan – bertukar makanan sesama keluarga dan jiran, memenuhi undangan contohnya majlis perkahwinan, dan sebagainya.

Tetapi, apabila kita disakiti oleh anggota lain dalam masyarakat, apabila timbul tidak puas hati sesama kita dalam masyarakat – kita seakan-akan lupa apa yang Rasulullah ajarkan. Kita memandang serong pada orang tertentu, kita mengutuk dan mengumpat di belakang orang tertentu, lebih parah lagi ada juga yang sanggup menjadi pengadu domba untuk melaga-lagakan sesama orang Islam dalam masyarakat.

Maka, di manakah ‘kita’  yang ‘bersemangat mengingat Rasulullah di hari keputeraan baginda’ pada 12 Rabi’ul Awwal setiap tahun itu?

Ingatkah kita kepada peristiwa Rasulullah dan perempuan Yahudi buta yang sering mencaci baginda namun tangan Rasulullah itu juga yang menyuapkan makanan ke dalam mulutnya saban hari?

“Di sudut pasar Madinah ada seorang pengemis Yahudi buta yang setiap harinya selalu berkata kepada setiap orang yang mendekatinya, Wahai saudaraku, jangan dekati Muhammad, dia itu orang gila, dia itu pembohong, dia itu tukang sihir, apabila kalian mendekatinya maka kalian akan dipengaruhinya.

Namun, setiap pagi Rasulullah Muhammad SAW mendatanginya dengan membawakan makanan, dan tanpa berucap sepatah kata pun Rasulullah SAW menyuapkan makanan yang dibawanya kepada pengemis itu sedangkan pengemis itu tidak mengetahui bahwa yang menyuapinya itu adalah Rasulullah SAW. Rasulullah SAW melakukan hal ini setiap hari sampai beliau wafat…..”

[BACA LANJUT DI SINI]

Super-Duper Ironi ?

Apa yang paling ironi ialah kerajaan yang setiap tahun selama berpuluh-puluh tahun yang mengeluarkan berjuta-juta peruntukan untuk diadakan sambutan ‘maulidur rasul’ di peringkat kebangsaan, negeri mahupun daerah menjadi golongan yang tidak mencerminkan bahawa mereka ‘mengikut’ Rasulullah dengan sebenar-benarnya.

*Sekadar gambar hiasan*

Pastinya, kalian boleh mempertikaikan tulisanku ini. Mungkin ada yang menyatakan, ‘at least ada juga usaha kerajaan untuk mengembalikan ingatan rakyat khususnya umat Islam kepada Rasulullah dengan penganjuran sambutan maulidur rasul’. Dalam hal ini, aku suka untuk membawa kalian kepada tulisan UZAR seperti yang aku sebutkan di atas tadi.

Sejauh mana usaha kerajaan itu membawa kita mengenali Rasululullah, memahami dan mengikuti ajaran Rasulullah, serta menjadikan kita bersedia untuk menuruti jalan perjuangan Rasulullah S.A.W?

Jika benar kita selaku umat Islam ingin benar-benar mengikuti Rasulullah, salah satu aspek yang kita tidak harus kesampingkan ialah Rasulullah mengajar dan menyeru kepada manusia supaya pemerintahan dilaksanakan mengikut syariat Allah.

Apa gunanya menyambut maulidur rasul tetapi penghayatan kita kepada apa yang Rasulullah sampaikan masih kurang masih kabur, dan samar-samar. Rasulullah bukan sekadar mengajak kita mentaati Allah dari segi solat dan puasa sahaja, tetapi juga dari segi mentadbir negara pun, kita wajib mengikuti Rasulullah.

Politik (Cara Tadbir) Juga Ikut Rasulullah

Pemerintahan perlu ADIL dan AMANAH. Bebas rasuah, tidak zalim kepada yang lemah, serta keindahan Islam mampu sampai kepada semua lapisan masyarakat bukan sebaliknya seperti yang boleh kita lihat dalam negara kita pada hari ini. Pemimpin yang kaya menjadi semakin kaya, rakyat yang miskin menjadi papa kedana!

Aku yakin semua kita ‘meraikan’ sambutan kelahiran baginda Rasulullah pada 12 Rabi’ul Awwal; maka mengapakah perlu teragak-agak ataupun ragu-ragu dengan perjuangan yang nak menegakkan Islam dalam negara oleh kumpulan Islamist di Malaysia?

Buktikan ‘semangat maulidur rasul’ kita dengan menyatakann sokongan kepada politik  atau cara tadbir negara yang didasarkan dengan Al-Quran dan sunnah Rasulullah S.A.W.

Jangan sempitkan pemikiran apabila membaca kenyataan di atas ini bahawa ianya menjurus kepada ‘hukum hudud, potong tangan, dsb’ tetapi pemerintahan yang ADIL dan AMANAH itulah apa yang Al-Quran ajar dan Rasulullah sampaikan kepada kita.

Maka, terserah kepada kalian, apakah ingin benar-benar mengikut Rasulullah, menjadi orang yang mengharap keredhaan Allah dan balasan baik di akhirat atau hanya sekadar ‘mengingati’ Rasulullah pada tanggal 12 Rabi’ul Awwal setiap tahun?

Penutup

Aku pun masih meniti jalan, mungkin masih merangkak-rangkak dalam ingin mengenali, mencontohi, dan mengikuti cara hidup dan jalan juang Rasulullah S.A.W. Mungkin jauh lagi perjalanan diri ini.

Semoga dari hari ke hari dan tahun ke tahun, penghayatan kita terhadap mesej Islam yang dibawa oleh Rasulullah S.A.W semakin bertambah dan akhirnya melayakkan kita untuk mendapat rahmat Allah dan syafaat baginda di akhirat kelak.

 

Selamat mengingati dan mengikuti Rasulullah s.a.w!

Allahu’alam.

4 thoughts on “Bukan Satu Hari Yang Sekadar Cuma

  1. Salam sya!

    To be honest kmk pn x nmpk ap point buat perarakan ya. In what way does it help us to remember Rasulullah? Mok berselawat tgh2 berarak ya, lebih kpd bz mengelap peluh and lelah. Selawat ditulis kat atas sepanduk, lebih kpd menghias.

    All in all, everything akan dicover olh the feelings of competing and winning. And riak sbb mcm smart berarak ramey2 while org kt jalanan pandang.

    Patut berdebat gitok ngan ustaz time kat kolej dolok haha. Sik lelah kt berarak😛

    Btw, happy belated birthday again!

    1. Salam Nurisa!

      Whoaa, that was fast!🙂

      Kmk pun baruk terfikir eh bila dah tua-tua (erk!) kedak tok. Nak menunjukkan betapa selamak tok kita nang ‘diajar’ polah sesuatu ya ‘main ekot jak’. Apa orang kata, ‘Islam warisan’?

      Sangat sikit (mungkin) kita diajar sesuatu tentang Islam ya dari segi ‘penghayatan sebenar’ setiap apa yang kita buat ya.

      Haha, too bad ktk sikpat mok debat ngan ustaz pasal tok dolok2! Sikpa-sikpa, kita spread the words, sak ‘generasi terkemudian’ sambung apa yang kita sik sempat mok polah dolok.😛

      Thanks again for the wish!🙂

      (^_^)

  2. yeah. I think I get what you mean what you told me the other day. basically all the extravaganza nullifies the benefit of remembering the Prophet (peace be upon him). a lot of people tend to get carried away when celebrating :s

    1. I might be wrong. But I’ve explained my understanding regarding this issue. Anyway, this issue is really open for discussions. Even Islamic scholars have different opinions on this matter. ^_^”

      Allahu’alam.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s