Kerana Hairan

Seperti biasa pagi-pagi, capaian kepada internet menjadi rutin. Facebook kubuka dan kelihatan ramai yang mengongsikan tentang sebuah artikel oleh Tun M.

Artikel itu kubaca lalu aku terasa ingin mengongsikan pula apa yang bermain di mindaku hasil pembacaan itu. Berikut ialah apa yang aku kongsikan dalam ‘Note‘ di Facebook.

—————————————————–

Kerana Hairan : Respon Saya Pula Bila Baca ‘Jawapan Kepada Nik Aziz’ oleh Tun M

KLIK SINI untuk artikel yang dimaksudkan.

Dalam artikel tersebut, Tun M cuba memaparkan yang beliau pun Islamist, memperjuangkan Islam, berjasa kepada Islam di Malaysia dan lain-lain tempat.

 

Tapi, beliau ‘mengagungkan’ Mustafa Kamal Attarturk dalam penulisan beliau tersebut. Kalau beliau tak sebut dan menyatakan ‘kekaguman’ beliau kepada Mustafa Kamal Attarturk, pasti saya dah ‘terpercaya’ dengan beliau. (-_-“)

Mustafa Kamal Attarturk : Yang Saya Kenali

Disember lepas, saya sempat membaca sedikit-sebanyak tentang Mustafa Kamal Attarturk (MKA).

MKA ni dulu belajar di sekolah tentera dan akhirnya berkhidmat dalam tentera Turki ketika itu. Beliau seorang yang brilliant dalam pengajiannya.

 

Nama sebenar beliau adalah Mustafa. Kenapa ada additional ‘Kamal’ adalah kerana di sekolah tentera beliau, ada seorang guru beliau bernama ‘Mustafa’ juga.

Jadi untuk meng-distinguishkan mereka, gurunya telah memberikan tambahan nama itu.

Walaupun dilahirkan muslim, tetapi beliau tidak merasa ‘izzah (mulia/bangga) kepada Islam. Beliau cenderung dengan gagasan idea ‘The Young Turks’ yang merasakan Islam lah punca kemunduran dan kelemahan Khilafah Turki Uthmaniyah pada ketika itu.

‘The Young Turks’ ini kagum dengan sistem Barat di Perancis (ketika itu, kerajaan Turki Uthmaniyah banyak menghantar pelajar-pelajar mereka belajar di Perancis/Eropah juga).

Mereka kagum apabila melihat kejayaan Revolusi Perancis 1798 yang menggulingkan pemerintahan beraja yang terlalu berkuasa mutlak di sana.

**********

Dari segi peribadi beliau, digambarkan dalam sebuah buku bertajuk “Grey Wolf : The Intimate Study of a Dictator”, MKA ni seorang yang bengis.

Sumber

Dalam berorganisasi, beliau adalah orang yang ‘unpopular‘. Beliau keras kepala dan sukar menerima pendapat orang lain sehingga kadang-kadang menimbulkan pergaduhan.

Dari segi hubungan dengan wanita, beliau tidak meletakkan wanita pada tempat yang selayaknya.

Wanita umpama pakaian buat beliau di mana di dalam buku tersebut digambarkan beliau hanya mendapatkan wanita untuk kepuasan nafsu beliau sahaja.

*Kecuali kepada ibu beliau sahaja yang beliau hormati*

Minum arak memang tidak asing dengan diri beliau.

Walaupun yang demikian, adalah tidak adil jika saya tidak mengongsikan juga bahawa dalam buku itu turut menggambarkan ketokohan/kualiti beliau sebagai seorang ketua. Beliau sememangnya seorang yang sangat ‘organised’, jelas akan matlamat yang ingin dicapai, mampu membuat peracangan yang teratur untuk mencapai matlamat beliau, serta ‘determined’ untuk capai apa yang dah dirancang.

*********

Kalau tak percaya, boleh baca buku yang saya sebutkan itu. Kalau buku tu memberikan fakta yang tidak benar, maka moga Allah ampunkan saya kerana menyampaikan yang salah.

Di Ambang Kejatuhan Khilafah Turki Uthmaniyah

Harus disedari, zaman naik MKA ini adalah semasa zaman Khilafah Turki Uthmaniyah sudah sangat goyah dan menunggu masa untuk jatuh sahaja.

 

MKA adalah seorang yang mempunyai kesungguhan politik yang kuat. Beliau seorang yang ‘reformis’. Beliau kecewa dengan pemerintahan khalifah Islam pada ketika itu. Walaupun berkhidmat dalam tentera, beliau ada ‘determination’ untuk terlibat dalam dunia politik bagi menjayakan idea reformasi beliau.

Benar seperti kata Tun M, MKA ni seorang nasionalis tegar. Pada ketika itu, gagasan idea yang diikuti oleh beliau ialah ‘Turki Untuk Orang Turki’ (lebih kurang maksudnya). Dalam buku tersebut, tidak ada pula disebut bahawa motivasi politik MKA ialah untuk menegakkan Islam.

The Young Turks

The Young Turks ni adalah generasi sebelum MKA. Perjuangan reformasi dah dimulakan oleh golongan ini. Antara yang berjaya dicapai oleh golongan ini ialah pemecahan kuasa pemerintahan kepada badan eksekutif (pelaksana), judisiari (kehakiman), dan legislatif (penggubal undang-undang). [kata kunci : sistem Tanzimat]

Pencapaian mereka ini sedikit demi sedikit menghakis kuasa sultan/khalifah. Bagi mereka khalifah terlalu berkuasa. (ingat tadi bahawa, mereka ini terinspirasi oleh kejayaan Revolusi Perancis)

Dengan adanya badan legislatif, maka wujudlah parlimen. Kesan langsung daripada pemecahan kuasa ini ialah manusia di Turki yang sebelum itu telah lama ditadbir dengan sistem Islam dan undang-undang Allah (di bawah Khilafah Islamiyyah) kini boleh membuat undang-undang sendiri dan akhirnya mengkesampingkan hakikat bahawa sebagai umat Islam, undang-undang Allah itu perlu diletakkan di tempat yang tertinggi.

Diringkaskan cerita, seperti yang saya sebut awal tadi, MKA ini ialah golongan yang bersetuju dan bersama-sama dengan gagasan idea reformis yang dibawa oleh kumpulan The Young Turks ini.

‘Sumbangan’ Mustafa Kamal Attarturk

Saya teringat pula kepada salah satu artikel dalam akhbar Utusan Melayu yang juga pernah ‘mengagungkan’ MKA ini. (erk!)

Apa-apa pun, antara yang boleh saya kongsikan daripada perkongsian Ustaz Hasrizal mengenai ‘sumbangan’ Mustafa Kamal Attarturk ini kepada dunia Islam adalah seperti berikut:

 

  • 1 Nov 1922: Kesultanan dimansuhkan
  • 24 Julai 1923: Perjanjian Laussanne ditandatangani
  • 20 Oktober 1923: Republik Turki diisytiharkan dengan Ankara sebagai ibu negara
  • 3 Mac 1924: Khalifah dimansuhkan
  • 20 April 1924: Pengisytiharan pemansuhan undang-undang syariah, penutupan sekolah Islam dan penguatkuasaan undang-undang sivil
  • 25 Nov 1925: Penguatkuasaan larangan memakai ‘pakaian Islam’
  • 1925: Penggunaan kalendar Hijrah dan Uthmaniyyah digantikan dengan kalendar Gregorian
  • 1926: Undang-undang kekeluargaan Islam dihapuskan dan digantikan dengan undang-undang adaptasi Eropah. Poligami diharamkan


  • 1928: Penghapusan tulisan Arab dan penggunaan huruf Latin dikuatkuasakan
  • 10 April 1928: Islam sebagai agama rasmi negara dimansuhkan daripada perlembagaan
  • 1933: Azan dan bacaan al-Quran secara terbuka mesti dibuat dalam bahasa Turki
  • 1934: Wanita diberikan ‘hak mengundi’. Penguatkuasaan ‘surname’. MKA diberi gelaran ‘Attartturk’ (Bapa Turki) oleh Parlimen

 

‘Siapa’ Mustafa Kamal Attarturk dan Orang Yang Mengkagumi Attarturk

Saya rasa poin saya agak jelas dengan tajuk di atas ini. Self-explanatory kata orang puteh.

Pada pendapat saya, jika anda seorang yang Islamist, anda pasti tidak suka kepada Mustafa Kamal Attarturk ini.

Jadi, kalau anda suka kepada Mustafa Kama Attarturk, maka ‘siapakah’ anda sebenarnya?πŸ™‚

Maka dengan premis itu, kepada yang mungkin ‘sedikit terpengaruh’ dan ‘merasakan ada kebenaran’ pada komen Tun M kepada Tuan Guru Nik Aziz, boleh menilai kembali pendirian anda.

Disclaimer

Saya bukanlah orang yang layak untuk ‘masuk campur’ dalam perdebatan Tun M dan Tuan Guru Nik Aziz. Mereka jauh lebih tua, berpengalaman, berjasa, dan berilmu pengetahuan tinggi daripada saya (saya degree pun tak habis lagi).

Maka wajar untuk saya jelaskan bahawa respon ini bukan hendak mengatakan Tun M salah ataupun Tuan Guru Nik Aziz betul atau sebaliknya tetapi tulisan ini hanyalah untuk menyatakan kehairanan saya tentang Tun M yang menjadikan MKA sebagai contoh dan pada masa yang sama ingin menegaskan ke-Islamist-an beliau.

Pastinya saya bersetuju bahawa, hanya Allah yang berhak menilai tahap Islam dan Iman setiap daripada kita.

Kepada yang baru mendengar berkenaan ‘debat’ antara Tun M dan Tuan Guru Nik Aziz ini, ianya bermula dengan kronologi di bawah. Boleh klik pada link berikut untuk mendapatkan hujung pangkal perdebatan ini.

Nik Aziz dan Kuan Yew” tulisan Tun M.

Isu Nasionalisme : Jawapan Saya Untuk Tun Mahahir” tulisan Tuan Guru Nik Aziz.

Penutup

Berkenaan apa yang saya tulis mengenai MKA, saya ada menyatakan sekali beberapa sumber. Sebahagiannya juga adalah hasil diskusi dan perkongsian yang saya dapat daripada mereka yang turut berminat dengan sejarah kejatuhan khalifah.

Jika anda berminat untuk mengenali MKA ini dengan lebih dekat, saya yakin banyak buku-buku rujukan di kedai mahupun library universiti yang boleh anda baca dan rujuk.

Kepada kawan-kawan yang lebih banyak membaca dan mengkaji tentang MKA dan sejarah kejatuhan Turki Uthmaniyyah ini, harap untuk dibetulkan mana-mana fakta atau tafsiran saya yang salah dalam penulisan ini.

Ini hanyalah pendapat saya yang mungkin benar dan mungkin salah. Moga ada manfaatnya dan semoga Allah ampunkan apa-apa kesilapan saya dalam penulisan ini mahupun implikasi negatif daripada tulisan ini.

Allahu’alam.

3 thoughts on “Kerana Hairan

  1. wahhh!! interesting yaww..
    ntah phl, bnda2 kdk cdak org lmk dolok tk bst dikaji blt..
    cth: who was mustafa kamal artartuk, who was the adolf hitler etc..

    klk google ehh..

    btw, it is a great piece of paper cos it have wonderful story and a happy ending…i never read the perfect story like this..i hope the director continue duing *adib tulis*

    btw, it is a great piece of mind of yours!

    p/s : is the word ‘mengkesampingkan’ exsist?
    =.=’

    1. InsyaAllah, boleh jak Adek baca2 since banyak masa lapang tok.πŸ˜‰

      erk! apa kata Adib ya? -_-”

      p.s. hehe, setelah di-check di dalam kamus dewan, sepatutnya ‘mengesampingkan’ instead of ‘mengkesamapingkan’πŸ˜›

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s