Pak Cik Frankie

Sedikit update.

 

Bath Chem-eng-ers hockey team Frank Morton 2011!

 

Hari Selasa yang lalu, aku buat pertama kalinya mengikuti department of chemical engineering universitiku ke satu acara sukan tahunan yang dikenali sebagai Frank Morton [Apa itu Frank Morton? KLIK SINI untuk lanjut]. Pada tahun ini, Frank Morton ini diadakan di Nottingham.

Kami bertolak dari Bath pada pukul 5 pagi hari Selasa dan tiba semula di Bath pada pukul 5 pagi hari Rabu! Phew, memang memenatkan!

Aku bermain hoki dan sempat terjatuh, menyakitkan lututku, dan mengotorkan seluarku kerana turf hoki di Nottingham yang lembap, licin, dan kotor (i.e. banyak pasir yang basah serta lumut). Err…dan membuatkan otot-otot badanku terasa sengal kerana secara drastik melakukan aktiviti sukan setelah sekian lama tidak beriadhah.

Walaupun acara ini merupakan acara tahunan, baru tahun ini pertama kali aku menyertainya. Mungkin dulu aku berasa ‘janggal’ untuk bergaul dengan orang tempatan di sini mahupun pelajar antarabangsa yang belajar di sini, namun aku kira aku perlu keluar daripada zon selesa tersebut.

Alhamdulillah, tahun ini (semenjak bermula sesi akademik 2010/11) aku lebih banyak berkomunikasi dengan orang bukan Melayu dalam kelasku dan penyertaan ke Frank Morton ini pun aku anggap sebagai satu langkah untuk lebih ‘memaknakan’ย  lagi keberadaanku di negara asing ini. Ruang untuk bergaul dengan lebih rapat dengan orang bukan Melayu.

Pastinya kalian bersetuju, kalau belajar di negara asing tapi tidak pernah cuba untuk bergaul dengan penduduk setempat, maka seolah-olah ‘defeat the purpose’ lah tujuan dihantar ke sini (mungkin ada yang rasa membazir duit rakyat sahaja).

Walau bagaimanapun, aku mengakui ianya tidak mudah dan mungkin tidaklah membanggakan apa yang aku capai dalam konteks komunikasi ini namun aku merasakan sekurang-kurangnya separuh daripada Tahun 3 yang dah berlalu ini lebih baik daripada ketika aku di Tahun 1 dan 2. Alhamdulillah.

Jika ingin dilihat dari perspektif Islam, Allah s.w.t berfirman dalam surah al-Hujurat, ayat 13 yang bermaksud:

“Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih takwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya (akan keadaan dan amalan kamu).”

 

Jadi, di sudut berkenal-kenalan ini juga kita merefleksi tahap taqwa (takutkan Allah) yang ada pada diri kita. Antara kita dan mereka; samakah kita, hampir serupakah kita, atau berbeza?

 

Alhamdulillah ‘ala kulli hal, sesi 2010/11 ini, ada beberapa kawan yang satu course yang ringan bertegur-sapa dan memberikan ruang untuk aku berborak panjang dengan mereka (dan sekaligus memperbaiki komunikasiku dalam bahasa inggeris). Mereka terdiri daripada pelajar antarabangsa antaranya dari benua Afrika, Jerman,ย  juga project-mateku yang berbangsa Korea, dll.

(Cuma yang sedikit lucu aku rasa, pada hari Frank Morton tersebut, ada seorang kawanku yang mengeluarkan statement bahawa aku dahulu seorang yang ‘anti-sosial’. hehe. Mungkin kerana terlalu amat jarang berkomunikasi dengan mereka sebelum ini) ^_^”

Pengajaran daripada apa yang aku tuliskan kali ini mungkin ialah perlunya keluar dari zon selesa dalam apa-apa perkara, beranikan diri untuk memulakan atau mencuba sesuatu yang baru, turunkan ego (usah takut buat silap), dan husnu-dzon (bersangka baik).

Dan aku pun masih berusaha dan terlalu banyak lagi yang perlu diperbaiki.

Penutup

Untuk hoki, kami berjaya sampai ke semi-final tapi tidak berjaya menjadi top 3.๐Ÿ˜ฆ

Semua pun datang ‘for fun’, dan lebih kepada aktiviti ‘megeratkan persahabatan’ antara pelajar chemical engineering daripada pelbagai universiti di UK ini. Sungguh menarik, melihat pelbagai ragam orang bersukan dan ada yang mengambil bahagian dalam sukan tertentu tetapi itulah juga kali pertama baru mengenali sukan tersebut!๐Ÿ™‚

Mungkin yang boleh dibanggakan chem-eng-ers Bath ialah t-shirt Uni. of Bath telah terpilih sebagai design tercantik (selain berjaya merangkul johan untuk ragbi)! (t-shirt yang kami pakai seperti dalam gambar di atas) ^_^

Heh, kesimpulannya Frank Morton ini bukanlah acara sukan yang bersemangat kesukanan sangat pun (aku rasa).๐Ÿ˜›

Okies, aku ada lagi 6 minggu untuk research project. Sekarang perlu tingkatkan usaha untuk capai tahap ITQAN! InsyaAllah. Doakan yang terbaik buat diri ini ya.๐Ÿ˜‰

Allahu’alam.

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s