Cakoi Amboi-amboi

Murtabak harum semerbak.

Cakoi amboi-amboi.

Teh tarik menarik.

Haha. Kalian tidak akan berjumpa dengan menu seumpama di atas ini di mana-mana melainkan di Herbert’s Cafe! ๐Ÿ˜€

Gambar ihsan dari facebook Wani ๐Ÿ™‚

*Herbert Road ialah nama jalan di mana kami tinggal/menyewa.

After Exam Escapade

Semua ini idea Wani, housemateku yang merupakan warganegara Brunei. Begitu juga Sidah dan Emma. Wani dan Sidah baru sahaja selesai peperiksaan akhir mereka pada Jumaat yang lepas. Emma sahaja yang belum habis, insyaAllah kertas terakhirnya pada hari Khamis ini.

Selain daripada Wani, beberapa rakan-rakan lain warganegara Brunei datang ke rumah kami untuk memeriahkan suasana. Memang riuh rumah kami semalam dengan kedatangan mereka! ๐Ÿ™‚

Oh, kredit kepada Wani atas nama-nama menu yang diberikan olehnya itu. Apa yang paling mengkagumkan, home made kaya yang disediakan oleh Wani sunguh marvelous! ๐Ÿ˜‰

Alhamdulillah.

Housemates

Sudah hampir 2 tahun kami menjadi housemates (kecuali Emma, Emma baru masuk tahun 2010/11 untuk menggantikan Datul). Dan pada Jun tahun ini, kontrak rumah sewa kami akan habis.

Kami tidak akan tinggal di rumah sewa ini bersama-sama lagi. ๐Ÿ˜ฆ

Wani dan Sidah akan graduate dalam jurusan farmasi Julai ini manakala Emma akan graduate dalam masternya dalam bidang pengurusan (dan inovasi) sekitar September kelak.

Aku juga tidak dapat untuk terus stay di rumah sewa ini kerana tidak cukup korum. InsyaAllah, untuk tahun 2011/12, tahun terakhirku di Bath, aku akan tinggal bersama Afiqah dan Kak Shima di sebuah flat/apartmen 3 bilik.

Walaupun ketiga-tiga mereka; Wani, Sidah dan Emma lebih tua dari segi umur kepadaku, kami selesa menjalani kehidupan sebagai housemates. Walaupun terdapat perbezaan bahasa, aku sangat hargai effort mereka untuk berbahasa Melayu Malaysia kepadaku dan Afiqah.

Sedikit mengecewakan kerana aku tidak mampu berbahasa Brunei, cuma sekadar mampu memahami sedikit-sebanyak bahasa Brunei tetapi tidak boleh untuk membalas kembali dalam bahasa Melayu Brunei. -_-“

Sesungguhnya banyak yang aku belajar dari mereka.

Semoga kami kekal bersahabat dengan ukhuwwah fillah sehingga ke akhirnya. Ameen ya Rabb.

Penutup

InsyaAllah, akan balik ke Miri tidak begitu lama lagi (doakan semoga dieprmudahkan segala urusanku).

Juga bermaksud, tidak lama lagi masa untuk aku bersama komuniti Melayu Brunei yang sangat baik hati dan peramah ini, khususnya housematesku.

Dan aku, mungkin aku patut mula bersiap untuk urusan packing. Bukan sekadar packing untuk pulang bercuti summer, tetapi packing untuk pindah keluar dari 59 Herbert Road ini. ๐Ÿ˜ฆ

Allahu’alam.

Sokongkah Tidak (Part 2)

Antara reaksi pertamaku secara peribadi berkenaan kempen menentang Lynas yang aku suarakan di Facebook ialah:

Aku dah menjadi umpama watak antagonis pula di Facebook dengan mengeluarkan komen atau status yang seakan-akan menyokong Lynas ini. Maaf kawan-kawan, I was trying to get my point across saja. Maaf kalau caranya tidak kena dan mesejnya tak sampai. ๐Ÿ˜

Jadi apakah aku menyokong atau tidak pembinaan atau pengoperasian kilang Lynas ini? Pastinya aku tidak menyokong jika BENAR kilang ini akan membahayakan penduduk setempat.

Pada nota yang lain (on another note), aku tidak cenderung dengan kesimpulan yang dibuat oleh mat saleh Australia dalam video yang aku tunjukkan dalam post sebelum ini. Kata beliau, dalam versi mudahnya, “Kalau tak nak Lynas ni beroperasi, undilah pihak pembangkang dalam PRU yang akan datang.”

Apakah jaminan yang pihak pembangkang tidak akan meneruskan projek ini jika berjaya memerintah kelak? Aku yakin, jikalau laporan daripada pihak berwajib menyatakan bahawa kilang itu selamat untuk dioperasikan, sesiapun yang menjadi kerajaan akan membenarkan juga untuk projek itu diteruskan.

Maka, ramai pro-pembangkang menggunakan kesempatan isu ini untuk meng-condemn parti pemerintah. Ya, mungkin saja ada pihak-pihak tertentu dalam kerajaan melakukan korupsi dan ‘meluluskan’ projek ini untuk mendapat ‘habuan’ yang tidak terlihat di mata umum sehingga sanggup menggadaikan nyawa rakyat Pahang!

Iyalah, apa sahaja pun mungkinkan di Bolehland of Malaysia ini. Jika hal ini benar, tidak dapat aku bayangkan betapa teruknya tahap korupsi di negara kita. Jika hal berkenaan keselamatan rakyat pun sanggup diremehkan untuk keuntungan puak tertentu, itu sungguh melampaui batas!

Hurm, apa yang cuba aku katakan di sini ialah jika kita cukup rasional dengan pendirian kita dalam hal ini, tidakkah terdetik di dalam hati setiap kita KEMUNGKINAN bahawa pihak kerajaan juga berusaha melakukan apa yang terbaik buat rakyat?

Apa-apa pun, sehingga post ini ditulis, belum ada kata putus yang rasmi lagi sama ada kilang Lynas di Pahang akan dibenarkan beroperasi. Semuanya bergantung sama ada kilang itu memenuhi piawaian yang telah ditetapkan atau tidak.

Piawaian

Keputusan untuk meluluskan sesebuah projek yang mempunyai risiko radioaktif sedemikian pastinyaย  perlu melalui kajian yang mendalam dan perlu melepasi pelbagai piawaian yang tertentu di peringkat global dan tempatan. MOSTI melaporkan:

โ€Ž”Lesen Penempatan Tapak serta Lesen Pembinaan Kilang dikeluarkan pada 18 September 2007. Status terkini, Lynas sedang mengemukakan permohonan untuk mendapatkan Lesen Pengendalian (Operational). Lynas mesti memenuhi syarat iaitu sisa yang akan terhasil perlu diuruskan dengan baik dan selamat di samping mematuhi kriteria LPTA, sebelum mendapat lesen ini.”

“Mengenai kebimbangan orang awam mengenai sisa radioaktif projek tersebut, Dr Maximus berkata Laporan Impak Radiologi (Radiological Impact Assessment) oleh LPTA menunjukkan bahawa paras sinaran radioaktif daripada sisa yang dihasilkan adalah di bawah had dibenarkan oleh LPTA dan Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA).”

Sumber: MOSTI, versi kemaskini 16/4/2011

*LPTA – Lembaga Perlesenan Tenaga Atom

Setelah mengambil kira reaksi/bantahan orang ramai berkenaan operasi kilang Lynas ini, satu panel bebas yang terdiri daripada golongan pakar sebuah agensi antarabangsa iaitu International Atomic Energy Agency (IAEA) akan datang ke Malaysia untuk melakukan sebuah review ke atas projek Lynas ini.

Review tersebut bertujuan untuk mengenalpasti apakah projek Lynas di Pahang ini memenuhi “international Safety Standards and Good Practices” yang digariskan oleh IAEA dalam aspek keselamatan radiologi, atau tidak. Panel bebas ini dijangka akan memulakan review mereka pada 29 Mei 2011. [Sumber]

Maka sehingga laporan daripada IAEA itu dikeluarkan, nampaknya tiada keputusan akan dibuat sama ada lesen pengoperasian akan diberikan kepada Lynas atau tidak.

Oleh itu, kepada seluruh rakyat Malaysia yang concern berkenaan isu ini, sama-sama doakan agar pihak berautoriti di Malaysia akan bersikap telus dalam mengemukakan laporan ini kepada rakyat kelak.

Bukit Merah : Sebuah Cerita Lama

Apabila aku membaca komen atau laporan yang menetang Lynas ini, ramai yang membandingkannya dengan kilang ‘rare earth metals’ di Bukit Merah yang pernah wujud suatu ketika dahulu.

Secara ringkasnya, seperti yang dilaporkan oleh MerdekaReview dan The New York Times, dipercayai masih terdapat sisa buangan radioaktif daripada kilang ‘rare earth metals’ di Bukit Merah itu walaupun kilang itu telah ditutup pada tahun 1992.

Hal ini dipercayai berlaku kerana pada ketika itu – yakni selama kilang itu beroperasi semenjak tahun 1979, sisa buangan kilang yang radioaktif itu tidak diuruskan dengan betul. MerdekaReview melaporkan bahawa sisa itu telah dibuang secara merata-rata oleh kontraktor yang diupah. [Baca lanjut]

Health, Safety & Environment (HSE)

Selama 3 tahun menjadi pelajar chemical engineering (khususnya di University of Bath), tidak dapat tidak, sungguh jelas kepada kami peri pentingnya isu berkaitan HSE ini.

Well, tidaklah aku mengingati setiap butir kata lecturer mahupun pelbagai teori dan konsep berkaitan HSE itu mampu aku hafal by heart, tetapi cukup waras untuk aku mengambil iktibar atau gist daripada apa yang diajarkan kepada kami.

Dengan keadaan planet Bumi yang semakin uzur, sustainable development menjadi matlamat bagi setiap pembangun teknologi di dunia ini.

“Meets the needs of the present without compromising the ability of the future generations to meet their own needs”

Itulah yang didefinisikan sebagai sustainable development.

Oleh itu, aku yakin mana-mana syarikat besar yang terlibat dalam projek pemprosesan baikย  dalam sektor oil & gas, mining, dan sebagainya, pastinya salah satu misi utama mereka ialah untuk memastikan kebajikan alam sekitar terjaga.

Ok, mungkin ada syarikat yang corrupted. Fine, jika ada antara kalian yang ingin mengatakan yang sedemikian.

Tapi aku tak boleh imagine, dalam pelbagai peringkat perancangan yang perlu dilalui untuk menghasilkan satu proposal bagi sesebuah projek bernilai berjuta malahan berbilion ringgit, sesebuah pasukan jurutera itu mengambil enteng akan aspek keselamatan!

Dipendekkan Cerita

Hampir 2 hari aku mengambil masa untuk menulis post ini (err, save as draft then sambung lagi menulis). Banyaknya aku dah luahkan di Facebook. Bacalah kalau rajin.

‘Hari ni tak sama dengan zaman dulu’ [klik untuk baca]
‘MOSTI dah buat apa yang patut’ [klik untuk baca]
‘Selamatkah tidak, untungkah tidak?’ [klik untuk baca]

ย Sisi Hati Yang Lain – Yang Sebenarnya

Selepas beberapa hari menjadi si ganjil yang semacam mempertahankan Lynas di Facebook, pada akhirnya aku terfikir, terpulang kepada akulah jika aku ingin berfikir seperti yang aku fikir dalam hal ini.

Begitu juga kepada mereka yang bermatian-matian ingin membantah projek Lynas ini. Mereka ada sebab kenapa mereka mengambil pendirian sedemikian. Dan aku juga ada sebab kenapa aku mengambil pendirian sebegini. Bukannya perbezaan dalam masalah qat’i pun (i.e. sesuatu yang jelas dan pasti hukumnya dalam al-Quran dan sunnah).

Jadi, sesiapa sahaja bebas mengeluarkan pendapat. Apa yang penting, aku tidak menyokong jika benar kilang Lynas di Pahang itu ternyata akan membahayakan pekerja dan penduduk tempatan serta alam sekitar amnya.

Mungkin aku cuma ingin menyatakan rasa ketidaksetujuanku kepada mereka yang bulat-bulat menentang Lynas ini tanpa cuba mempertimbangkan kemungkinan yang kilang itu boleh beroperasi dengan selamat asalkan semua piawaian dipatuhi serta sisa buangan kilang diuruskan dengan baik.

Bukan semua benda yang ada sinaran radioaktif tu membawa keburukan kepada manusia. Masalahnya, kita ini, sebut saja radioaktif, yang terkeluar di minda ialah radioaktif = jahat. erk!

Seperkara lagi, bila aku tengok orang condemn syarikat pemprosesan seperti Lynas, dengan memberikan respon seolah-olah Lynas langsung tidak kisah akan keselamatan manusia di sekitar kilang tersebut; seolah-olah Lynas tidak tahu segala prosedur keselamatan umpama satu insult kepada seluruh chemical engineersย  mahupun pelajar chemical engineering sepertiku.

Membuatkan aku rasa betapa tidak bermaknanya apa yang diajar kepada kami tentang ethics, tentang sustainable development, tentang segala prosedur keselamatan yang melecehkan yang perlu dilakukan untuk sesebuah projek, tentang kepentingan menjaga imej korporat, tentang corporate responsibility, dan lain-lain lagi.

Kalau semua engineers dalam industri sudah berpenat lelah dan menghabiskan ribuan dollar, pound mahupun ringgit untuk belajar semua ini di universiti tetapi keluar untuk tidak mengaplikasikannya, bukankah satu perkara yang sia-sia?

Syarikat sebesar Lynas tidak akan melalukan perkara bodoh yang boleh mencemarkan nama dan imej syarikat dengan mengambil enteng tentang isu health, safety & environment.

Sekali imej sesebuah syarikat korporat tercalar, berlipat kali ganda kerugian yang mereka alami untuk memulihkan imej syarikat. Lihat sahaja apa yang berlaku kepada BP dengan kemalangan Deepwater Horizon rig dan tumpahan minyak yang berlaku di Gulf of Mexcio pada April 2010. Berbillion-billion kerugian yang dialami oleh BP sebagai natijah kejadian itu.

Kalau ikut apa yang dipelajari di kuliah chemical engineering, engineers bukan sahaja berperanan mencari cara atau kaedah untuk melaksanakan projek dengan kos yang paling murah dan paling menguntungkan tetapi juga paling selamat dan faktor keselamatan itulah yang paling utama!

Apakah realiti tidak seindah teori?

Bagiku, setakat 3 tahun menjalani kehidupan di dalam department of chemical engineering, diajar oleh lecturers mahupun visiting lecturers yang terdiri daripada professional engineers – aku belum berjumpa lagi dengan engineers yang mengambil enteng isu keselamatan.

Mungkin belum?

Aku harap aku tidak akan pernah berjumpa dengan engineer seperti itu seumur hidupku.

Penutup

Mudah saja mesejku – berhusnudzonlah. Jangan emo sahaja yang lebih, politik sahaja yang lebih.

“Wahai orang-orang yang beriman! Jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) sehingga menjadikan kamu menyesali apa yang kamu telah lakukan”
[Al-Hujurat: 6]

Dan bukan sesekali maksudku untuk memberi jaminan bahawa Lynas Advanced Material Plant di Gebeng, Kuantan, Pahang itu selamat. Itu bukan kerjaku.

Dan ini juga bukan perihal ‘sokongkah tidak’.

Ini perihal mempertimbangkan sebuah kemungkinan berdasarkan apa yang aku faham dan percaya.

Doakan yang terbaik untuk rakyat Malaysia, untuk penduduk Kuantan khususnya.

Allahu’alam.

Sokongkah Tidak (Part 1)

Erk! Terasa kekok pula menghadap ruang menaip post di WordPress ini. Ralat. Jari-jemari tidak terasa lincah untuk menaip. Terberhenti beberapa kali untuk berfikir – kata apa yang ingin ditaip seterusnya. Penangan setelah sekian lama tidak ngeblog. -_-“

Sebenarnya banyak sahaja yang berlaku dan yang aku boleh tulis semenjak aku memulakan cuti summerku semenjak lebih kurang sebulan yang lalu. Tapi entah, terasa seperti mengalami ‘brain drain’. (I know, I am misusing the term) ๐Ÿ˜›

Pokoknya, aku seperti hilang ‘daya tujah’ untuk menulis.

Ok sekarang aku dah terasa ingin menulis semula, maka baik aku ambil peluang ini sebelum virus tidak mahu menulis menyerangku kembali. Kali ini, aku ingin tulis berkenaan isu alam sekitar. (chewwah~)

Latar Belakang

Semasa di Semester 1 yang lalu, ‘Environmental Management’ menjadi subjek kegemaranku. Subjek ini telah diajar oleh 6 orang lecturers! Setiap seorang lecturer dengan topik masing-masing antaranya global warming, waste management, Gaia hypothesis, life cycle analysis, energy integration, water footprint, etc.

Percaya atau tidak, sebagai natijah mengambil subjek itu semester lalu, aku pernah mengatakan kepada ayahku bahawa jika aku balik ke Miri, aku tidak akan memandu kereta semata-mata untuk suka-suka.

Iyalah, kalau sebelum ini (summer lepas, selepas mendapat lesen P), disebabkan ‘kejeron‘ (excited dalam bahasa Sarawak) ingin meng-drive, selalu sahaja cenderung mencadangkan kepada parentsku untuk keluar bersiar-siar ke Esplanade atau ke Bakam – dan aku yang menjadi driver. Pembaziran minyak dan pencemaran! ๐Ÿ˜›

Selepas aku mendengar lectures ‘Environmental Management’ tentang bahana pemanasan global akibat penggunaan sumber tenaga fosil (e.g. petroleum) aku menjadi “environmental-conscious”.

Sehinggakan, aku juga menyatakan kepada ayahku yang aku tidak kisah jika kerajaan menarik subsidi minyak 100% (maksudnya minyak akan jadi sangat mahal untuk pengguna). ๐Ÿ˜›

Dengan pemikiran yang idealistik pada ketika itu, aku menyatakan bahawa jika minyak menjadi sangat mahal, maka rakyat Malaysia akan kuranglah menggunakan kenderaan hence kuranglah pembebasan gas rumah hijau (GHG) ke atmosfera lalu kuranglah pencemaran. ๐Ÿ˜€

*Oh, aku terlupa tentang resolusiku ini ketika kerajaan mengumumkan untuk menaikkan harga minyak RON97 baru-baru ini (kerana diatasi oleh sentimen politik). hehe. Ok, terima kasih kerajaan Malaysia kerana menaikkan harga minyak!!

*Celebration* ๐Ÿ˜€

Aku rasa aku akan sedikit menyesal kerana ‘bersemangat’ yang sedemikian. hehe. Moga-moga aku konsistenlah hendaknya. ๐Ÿ˜›

Ok. Moving to the next one.

Lynas & ‘Rare Earth Metals’

Macam biasa, Facebooklah yang menjadi sumber aku jadi ‘tahu-menahu’ tentang pelbagai isu yang berlaku di Malaysia (terima kasih kawan-kawan di facebook!), termasuklah isu Lynas ini.

Kalau tak silap aku isu Lynas ni aku lihat muncul di wall Facebookku seminggu dua yang lalu jika tidak lebih daripada itu. Pada ketika itu aku tidak begitu tertarik untuk tahu lebih mendalam apakah isu Lynas ini. Yang aku tahu ianya secara kasarnya perihal bantahan orang ramai terhadap Lynas.

Kemudian, baru-baru ini, muncul pula (di Facebook juga) video seorang orang puteh dari Australia yang berkempen menentang Lynas ini. Akhirnya aku pun terpanggil untuk menonton video tersebut.

Lepas tengok video tu, barulah aku tahu apa sebenarnya ‘Lynas’ ni.

Alkisahnya, Lynas merupakan sebuah kompeni dari Australia yang memproses ‘rare earth metals’ iaitu 15 metallic elements yang dikenali sebagai ‘Lanthanide series’ (nombor atom 57-71) seperti dalam jadual berkala unsur di bawah:

Lynas telah mendirikan sebuah kilang pemprosesan ‘rare earth metals’ di Kuantan, Pahang. Dilaporkan dalam The New York Times, kilang ini akan menjadi kilang ‘rare earth metals’ terbesar di dunia. Selain itu, pengeluaran daripada kilang ini akan memenuhi hampir 1/3 permintaan ‘rare earth metals’ dunia – tidak termasuk China (selaku pengeluar terbesar~ 95%).

Unit pembakaran (cracking)

Dengan penguasaan pasaran sebanyak 95%, kenapa China seperti memonopoli pengeluaran ‘rare earth metals’ ini? Nantikan jawapannya seketika nanti. ๐Ÿ˜‰

Kegunaan ‘Rare Earth Metals’

Apabila aku baca di internet, macam signifikan juga kegunaan ‘rare earth metals’ dalam kehidupan seharian kita. Tanpa kita tahu (maaf kepada yang sudah tahu), entah berapa banyak ‘rare earth metals’ sedang berada dalam laptop yang sedang kita sama-sama menghadap sekarang (aku yang sedang menaip dan kalian yang sedang membaca apa yang aku taip) mahupun henpon yang kita gunakan.

Jadi, ‘rare earth metals’ ini digunakan dalam pembuatan antaranya memori komputer, bateri boleh cas semula, DVD, telefon bimbit, catalytic converter kereta, magnet, lampu fluoresen, dan banyak lagi. [Sumber]

Merujuk kepada sumber yang sama, oleh kerana aplikasi ‘rare earth metals’ ini sangat penting dalam perkembangan ‘green technology’ maka permintaan (demand) untuk ‘rare earth metals’ ini dijangka akan terus meningkat.

Contohnya, aplikasi ‘catalytic converters’ dalam enjin kereta untuk pengawalan pencemaran udara. ‘Catalytic converters’ ini sangat penting untuk menukarkan gas berbahaya kepada kesihatan seperti karbon monoksida (CO) kepada karbon dioksida (CO2) mahupun oksida nitrogen (NOx) kepada nitrogen (N2).

Selain daripada itu, kegunaan ‘rare earth metals’ dalam pembuatan bateri sangat penting dalam industri kereta elektrik. Kemajuan dalam teknologi kereta elektrik pula penting untuk mengurangkan kebergantungan kepada minyak fosil sebagai sumber tenaga yang dipercayai punca kepada pemanasan global.

Jadi di sini aku rasa sudah jelas kepada kita peri pentingnya ‘rare earth metals’ ini dalam dunia teknologi hari ini di samping nilai tambah kepada teknologi yang lebih hijau dan mesra alam.

‘Rare Earth Metals’ & Radioaktif

Ok, kalau ‘rare earth metals’ ini “bagus” sangat, kenapa orang nak bantah pengoperasian kilang di Pahang itu? Hurm…

Jika kalian menonton video Youtube tersebut, antara sebab yang dikongsikan oleh orang puteh Australia tersebut ialah:

  • Kilang ini berbahaya kerana ‘mengeluarkan gas berbahaya’ dan sisa buangan yang mengandungi ‘thorium’ yang radiokatif
  • Kerajaan Malaysia mengecualikan syarikat ini daripada cukai selama 12 tahun

Jadi menurut orang puteh Australia ini, rakyat Pahang tidak untung pun dalam situasi ini malahan membahayakan penduduk setempat dan alam sekitar. At least, itulah yang di’claim’ oleh beliau.

Benar atau tidak claim itu, terpulang kepada kalian untuk percaya atau tidak.

Dalam pelbagai sumber di internet, tidak dinafikan bahawa ‘thorium’ merupakan salah satu sisa daripada kilang seumpama ini. Oleh sebab itulah tidak banyak negara yang ingin melibatkan diri dalam pemprosesan ‘rare earth metals’ ini disebabkan kemungkinan kesan buruk bahan radioaktif terhadap manusia dan alam sekitar.

Dan sebab itulah China kekal menjadi pemproses dan pengeluar ‘rare earth metals’ dunia. [Sumber]

Niat Murni Yang Dipolitikkan

Secara fitrahnya, aku dan kalian semua pastinya tidak akan menyokong apa-apa projek pemprosesan atau pembangunan yang akan membahayakan manusia dan juga alam sekitar.

Aku kagum dengan kempen yang dibuat oleh orang puteh dari Australia itu sehinggalah di bibit-bibit terahir video beliau, beliau mengeluarkan kenyataan berikut:

“Apa yang terakhir yang saya nak cakap ialah bila pilhanraya umum yang berikutnya datang, saya harap rakyat Malaysia akan memperhati pada isu-isu yang betul-betul kena kepada hidup rakyat Malaysia…

Mengundi untuk parti yang menjanji akan hentikan Lynas daripada bikin kilang ini…”

ERK! (-_-“)

Aku sungguh kecewa apabila isu yang sepatutnya berfungsi untuk menimbulkan kesedaran ramai diselitkan dengan propaganda politik yang pada hematku tidak kena pada tempatnya.

Kalian bukalah link video itu di Youtube dan lihatlah pelbagai respon para pengomen video tersebut. Aku sendiri meluahkan di Facebook:

“Kalau orang setuju untuk sokong in the first place, akan jadi tak jadi nak sokong lepas dengar ayat-ayat akhir daripada mat saleh ini. Seriously.”

Bersambung…

Allahu’alam.