Sokongkah Tidak (Part 1)

Erk! Terasa kekok pula menghadap ruang menaip post di WordPress ini. Ralat. Jari-jemari tidak terasa lincah untuk menaip. Terberhenti beberapa kali untuk berfikir – kata apa yang ingin ditaip seterusnya. Penangan setelah sekian lama tidak ngeblog. -_-“

Sebenarnya banyak sahaja yang berlaku dan yang aku boleh tulis semenjak aku memulakan cuti summerku semenjak lebih kurang sebulan yang lalu. Tapi entah, terasa seperti mengalami ‘brain drain’. (I know, I am misusing the term)πŸ˜›

Pokoknya, aku seperti hilang ‘daya tujah’ untuk menulis.

Ok sekarang aku dah terasa ingin menulis semula, maka baik aku ambil peluang ini sebelum virus tidak mahu menulis menyerangku kembali. Kali ini, aku ingin tulis berkenaan isu alam sekitar. (chewwah~)

Latar Belakang

Semasa di Semester 1 yang lalu, ‘Environmental Management’ menjadi subjek kegemaranku. Subjek ini telah diajar oleh 6 orang lecturers! Setiap seorang lecturer dengan topik masing-masing antaranya global warming, waste management, Gaia hypothesis, life cycle analysis, energy integration, water footprint, etc.

Percaya atau tidak, sebagai natijah mengambil subjek itu semester lalu, aku pernah mengatakan kepada ayahku bahawa jika aku balik ke Miri, aku tidak akan memandu kereta semata-mata untuk suka-suka.

Iyalah, kalau sebelum ini (summer lepas, selepas mendapat lesen P), disebabkan ‘kejeron‘ (excited dalam bahasa Sarawak) ingin meng-drive, selalu sahaja cenderung mencadangkan kepada parentsku untuk keluar bersiar-siar ke Esplanade atau ke Bakam – dan aku yang menjadi driver. Pembaziran minyak dan pencemaran!πŸ˜›

Selepas aku mendengar lectures ‘Environmental Management’ tentang bahana pemanasan global akibat penggunaan sumber tenaga fosil (e.g. petroleum) aku menjadi “environmental-conscious”.

Sehinggakan, aku juga menyatakan kepada ayahku yang aku tidak kisah jika kerajaan menarik subsidi minyak 100% (maksudnya minyak akan jadi sangat mahal untuk pengguna).πŸ˜›

Dengan pemikiran yang idealistik pada ketika itu, aku menyatakan bahawa jika minyak menjadi sangat mahal, maka rakyat Malaysia akan kuranglah menggunakan kenderaan hence kuranglah pembebasan gas rumah hijau (GHG) ke atmosfera lalu kuranglah pencemaran.πŸ˜€

*Oh, aku terlupa tentang resolusiku ini ketika kerajaan mengumumkan untuk menaikkan harga minyak RON97 baru-baru ini (kerana diatasi oleh sentimen politik). hehe. Ok, terima kasih kerajaan Malaysia kerana menaikkan harga minyak!!

*Celebration*πŸ˜€

Aku rasa aku akan sedikit menyesal kerana ‘bersemangat’ yang sedemikian. hehe. Moga-moga aku konsistenlah hendaknya.πŸ˜›

Ok. Moving to the next one.

Lynas & ‘Rare Earth Metals’

Macam biasa, Facebooklah yang menjadi sumber aku jadi ‘tahu-menahu’ tentang pelbagai isu yang berlaku di Malaysia (terima kasih kawan-kawan di facebook!), termasuklah isu Lynas ini.

Kalau tak silap aku isu Lynas ni aku lihat muncul di wall Facebookku seminggu dua yang lalu jika tidak lebih daripada itu. Pada ketika itu aku tidak begitu tertarik untuk tahu lebih mendalam apakah isu Lynas ini. Yang aku tahu ianya secara kasarnya perihal bantahan orang ramai terhadap Lynas.

Kemudian, baru-baru ini, muncul pula (di Facebook juga) video seorang orang puteh dari Australia yang berkempen menentang Lynas ini. Akhirnya aku pun terpanggil untuk menonton video tersebut.

Lepas tengok video tu, barulah aku tahu apa sebenarnya ‘Lynas’ ni.

Alkisahnya, Lynas merupakan sebuah kompeni dari Australia yang memproses ‘rare earth metals’ iaitu 15 metallic elements yang dikenali sebagai ‘Lanthanide series’ (nombor atom 57-71) seperti dalam jadual berkala unsur di bawah:

Lynas telah mendirikan sebuah kilang pemprosesan ‘rare earth metals’ di Kuantan, Pahang. Dilaporkan dalam The New York Times, kilang ini akan menjadi kilang ‘rare earth metals’ terbesar di dunia. Selain itu, pengeluaran daripada kilang ini akan memenuhi hampir 1/3 permintaan ‘rare earth metals’ dunia – tidak termasuk China (selaku pengeluar terbesar~ 95%).

Unit pembakaran (cracking)

Dengan penguasaan pasaran sebanyak 95%, kenapa China seperti memonopoli pengeluaran ‘rare earth metals’ ini? Nantikan jawapannya seketika nanti.πŸ˜‰

Kegunaan ‘Rare Earth Metals’

Apabila aku baca di internet, macam signifikan juga kegunaan ‘rare earth metals’ dalam kehidupan seharian kita. Tanpa kita tahu (maaf kepada yang sudah tahu), entah berapa banyak ‘rare earth metals’ sedang berada dalam laptop yang sedang kita sama-sama menghadap sekarang (aku yang sedang menaip dan kalian yang sedang membaca apa yang aku taip) mahupun henpon yang kita gunakan.

Jadi, ‘rare earth metals’ ini digunakan dalam pembuatan antaranya memori komputer, bateri boleh cas semula, DVD, telefon bimbit, catalytic converter kereta, magnet, lampu fluoresen, dan banyak lagi. [Sumber]

Merujuk kepada sumber yang sama, oleh kerana aplikasi ‘rare earth metals’ ini sangat penting dalam perkembangan ‘green technology’ maka permintaan (demand) untuk ‘rare earth metals’ ini dijangka akan terus meningkat.

Contohnya, aplikasi ‘catalytic converters’ dalam enjin kereta untuk pengawalan pencemaran udara. ‘Catalytic converters’ ini sangat penting untuk menukarkan gas berbahaya kepada kesihatan seperti karbon monoksida (CO) kepada karbon dioksida (CO2) mahupun oksida nitrogen (NOx) kepada nitrogen (N2).

Selain daripada itu, kegunaan ‘rare earth metals’ dalam pembuatan bateri sangat penting dalam industri kereta elektrik. Kemajuan dalam teknologi kereta elektrik pula penting untuk mengurangkan kebergantungan kepada minyak fosil sebagai sumber tenaga yang dipercayai punca kepada pemanasan global.

Jadi di sini aku rasa sudah jelas kepada kita peri pentingnya ‘rare earth metals’ ini dalam dunia teknologi hari ini di samping nilai tambah kepada teknologi yang lebih hijau dan mesra alam.

‘Rare Earth Metals’ & Radioaktif

Ok, kalau ‘rare earth metals’ ini “bagus” sangat, kenapa orang nak bantah pengoperasian kilang di Pahang itu? Hurm…

Jika kalian menonton video Youtube tersebut, antara sebab yang dikongsikan oleh orang puteh Australia tersebut ialah:

  • Kilang ini berbahaya kerana ‘mengeluarkan gas berbahaya’ dan sisa buangan yang mengandungi ‘thorium’ yang radiokatif
  • Kerajaan Malaysia mengecualikan syarikat ini daripada cukai selama 12 tahun

Jadi menurut orang puteh Australia ini, rakyat Pahang tidak untung pun dalam situasi ini malahan membahayakan penduduk setempat dan alam sekitar. At least, itulah yang di’claim’ oleh beliau.

Benar atau tidak claim itu, terpulang kepada kalian untuk percaya atau tidak.

Dalam pelbagai sumber di internet, tidak dinafikan bahawa ‘thorium’ merupakan salah satu sisa daripada kilang seumpama ini. Oleh sebab itulah tidak banyak negara yang ingin melibatkan diri dalam pemprosesan ‘rare earth metals’ ini disebabkan kemungkinan kesan buruk bahan radioaktif terhadap manusia dan alam sekitar.

Dan sebab itulah China kekal menjadi pemproses dan pengeluar ‘rare earth metals’ dunia. [Sumber]

Niat Murni Yang Dipolitikkan

Secara fitrahnya, aku dan kalian semua pastinya tidak akan menyokong apa-apa projek pemprosesan atau pembangunan yang akan membahayakan manusia dan juga alam sekitar.

Aku kagum dengan kempen yang dibuat oleh orang puteh dari Australia itu sehinggalah di bibit-bibit terahir video beliau, beliau mengeluarkan kenyataan berikut:

“Apa yang terakhir yang saya nak cakap ialah bila pilhanraya umum yang berikutnya datang, saya harap rakyat Malaysia akan memperhati pada isu-isu yang betul-betul kena kepada hidup rakyat Malaysia…

Mengundi untuk parti yang menjanji akan hentikan Lynas daripada bikin kilang ini…”

ERK! (-_-“)

Aku sungguh kecewa apabila isu yang sepatutnya berfungsi untuk menimbulkan kesedaran ramai diselitkan dengan propaganda politik yang pada hematku tidak kena pada tempatnya.

Kalian bukalah link video itu di Youtube dan lihatlah pelbagai respon para pengomen video tersebut. Aku sendiri meluahkan di Facebook:

“Kalau orang setuju untuk sokong in the first place, akan jadi tak jadi nak sokong lepas dengar ayat-ayat akhir daripada mat saleh ini. Seriously.”

Bersambung…

Allahu’alam.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s