Sokongkah Tidak (Part 2)

Antara reaksi pertamaku secara peribadi berkenaan kempen menentang Lynas yang aku suarakan di Facebook ialah:

Aku dah menjadi umpama watak antagonis pula di Facebook dengan mengeluarkan komen atau status yang seakan-akan menyokong Lynas ini. Maaf kawan-kawan, I was trying to get my point across saja. Maaf kalau caranya tidak kena dan mesejnya tak sampai.ūüėź

Jadi apakah aku menyokong atau tidak pembinaan atau pengoperasian kilang Lynas ini? Pastinya aku tidak menyokong jika BENAR kilang ini akan membahayakan penduduk setempat.

Pada nota yang lain (on another note), aku tidak cenderung dengan kesimpulan yang dibuat oleh mat saleh Australia dalam video yang aku tunjukkan dalam post sebelum ini. Kata beliau, dalam versi mudahnya, “Kalau tak nak Lynas ni beroperasi, undilah pihak pembangkang dalam PRU yang akan datang.”

Apakah jaminan yang pihak pembangkang tidak akan meneruskan projek ini jika berjaya memerintah kelak? Aku yakin, jikalau laporan daripada pihak berwajib menyatakan bahawa kilang itu selamat untuk dioperasikan, sesiapun yang menjadi kerajaan akan membenarkan juga untuk projek itu diteruskan.

Maka, ramai pro-pembangkang menggunakan kesempatan isu ini untuk meng-condemn parti pemerintah. Ya, mungkin saja ada pihak-pihak tertentu dalam kerajaan melakukan korupsi dan ‘meluluskan’ projek ini untuk mendapat ‘habuan’ yang tidak terlihat di mata umum sehingga sanggup menggadaikan nyawa rakyat Pahang!

Iyalah, apa sahaja pun mungkinkan di Bolehland of Malaysia ini. Jika hal ini benar, tidak dapat aku bayangkan betapa teruknya tahap korupsi di negara kita. Jika hal berkenaan keselamatan rakyat pun sanggup diremehkan untuk keuntungan puak tertentu, itu sungguh melampaui batas!

Hurm, apa yang cuba aku katakan di sini ialah jika kita cukup rasional dengan pendirian kita dalam hal ini, tidakkah terdetik di dalam hati setiap kita KEMUNGKINAN bahawa pihak kerajaan juga berusaha melakukan apa yang terbaik buat rakyat?

Apa-apa pun, sehingga post ini ditulis, belum ada kata putus yang rasmi lagi sama ada kilang Lynas di Pahang akan dibenarkan beroperasi. Semuanya bergantung sama ada kilang itu memenuhi piawaian yang telah ditetapkan atau tidak.

Piawaian

Keputusan untuk meluluskan sesebuah projek yang mempunyai risiko radioaktif sedemikian pastinya  perlu melalui kajian yang mendalam dan perlu melepasi pelbagai piawaian yang tertentu di peringkat global dan tempatan. MOSTI melaporkan:

‚Äé”Lesen Penempatan Tapak serta Lesen Pembinaan Kilang dikeluarkan pada 18 September 2007. Status terkini, Lynas sedang mengemukakan permohonan untuk mendapatkan Lesen Pengendalian (Operational). Lynas mesti memenuhi syarat iaitu sisa yang akan terhasil perlu diuruskan dengan baik dan selamat di samping mematuhi kriteria LPTA, sebelum mendapat lesen ini.”

“Mengenai kebimbangan orang awam mengenai sisa radioaktif projek tersebut, Dr Maximus berkata Laporan Impak Radiologi (Radiological Impact Assessment) oleh LPTA menunjukkan bahawa paras sinaran radioaktif daripada sisa yang dihasilkan adalah di bawah had dibenarkan oleh LPTA dan Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA).”

Sumber: MOSTI, versi kemaskini 16/4/2011

*LPTA – Lembaga Perlesenan Tenaga Atom

Setelah mengambil kira reaksi/bantahan orang ramai berkenaan operasi kilang Lynas ini, satu panel bebas yang terdiri daripada golongan pakar sebuah agensi antarabangsa iaitu International Atomic Energy Agency (IAEA) akan datang ke Malaysia untuk melakukan sebuah review ke atas projek Lynas ini.

Review tersebut bertujuan untuk mengenalpasti apakah projek Lynas di Pahang ini memenuhi “international Safety Standards and Good Practices” yang digariskan oleh IAEA dalam aspek keselamatan radiologi, atau tidak. Panel bebas ini dijangka akan memulakan review mereka pada 29 Mei 2011. [Sumber]

Maka sehingga laporan daripada IAEA itu dikeluarkan, nampaknya tiada keputusan akan dibuat sama ada lesen pengoperasian akan diberikan kepada Lynas atau tidak.

Oleh itu, kepada seluruh rakyat Malaysia yang concern berkenaan isu ini, sama-sama doakan agar pihak berautoriti di Malaysia akan bersikap telus dalam mengemukakan laporan ini kepada rakyat kelak.

Bukit Merah : Sebuah Cerita Lama

Apabila aku membaca komen atau laporan yang menetang Lynas ini, ramai yang membandingkannya dengan kilang ‘rare earth metals’ di Bukit Merah yang pernah wujud suatu ketika dahulu.

Secara ringkasnya, seperti yang dilaporkan oleh MerdekaReview dan The New York Times, dipercayai masih terdapat sisa buangan radioaktif daripada kilang ‘rare earth metals’ di Bukit Merah itu walaupun kilang itu telah ditutup pada tahun 1992.

Hal ini dipercayai berlaku kerana pada ketika itu – yakni selama kilang itu beroperasi semenjak tahun 1979, sisa buangan kilang yang radioaktif itu tidak diuruskan dengan betul. MerdekaReview melaporkan bahawa sisa itu telah dibuang secara merata-rata oleh kontraktor yang diupah. [Baca lanjut]

Health, Safety & Environment (HSE)

Selama 3 tahun menjadi pelajar chemical engineering (khususnya di University of Bath), tidak dapat tidak, sungguh jelas kepada kami peri pentingnya isu berkaitan HSE ini.

Well, tidaklah aku mengingati setiap butir kata lecturer mahupun pelbagai teori dan konsep berkaitan HSE itu mampu aku hafal by heart, tetapi cukup waras untuk aku mengambil iktibar atau gist daripada apa yang diajarkan kepada kami.

Dengan keadaan planet Bumi yang semakin uzur, sustainable development menjadi matlamat bagi setiap pembangun teknologi di dunia ini.

“Meets the needs of the present without compromising the ability of the future generations to meet their own needs”

Itulah yang didefinisikan sebagai sustainable development.

Oleh itu, aku yakin mana-mana syarikat besar yang terlibat dalam projek pemprosesan baik  dalam sektor oil & gas, mining, dan sebagainya, pastinya salah satu misi utama mereka ialah untuk memastikan kebajikan alam sekitar terjaga.

Ok, mungkin ada syarikat yang corrupted. Fine, jika ada antara kalian yang ingin mengatakan yang sedemikian.

Tapi aku tak boleh imagine, dalam pelbagai peringkat perancangan yang perlu dilalui untuk menghasilkan satu proposal bagi sesebuah projek bernilai berjuta malahan berbilion ringgit, sesebuah pasukan jurutera itu mengambil enteng akan aspek keselamatan!

Dipendekkan Cerita

Hampir 2 hari aku mengambil masa untuk menulis post ini (err, save as draft then sambung lagi menulis). Banyaknya aku dah luahkan di Facebook. Bacalah kalau rajin.

‘Hari ni tak sama dengan zaman dulu’ [klik untuk baca]
‘MOSTI dah buat apa yang patut’ [klik untuk baca]
‘Selamatkah tidak, untungkah tidak?’ [klik untuk baca]

 Sisi Hati Yang Lain РYang Sebenarnya

Selepas beberapa hari menjadi si ganjil yang semacam mempertahankan Lynas di Facebook, pada akhirnya aku terfikir, terpulang kepada akulah jika aku ingin berfikir seperti yang aku fikir dalam hal ini.

Begitu juga kepada mereka yang bermatian-matian ingin membantah projek Lynas ini. Mereka ada sebab kenapa mereka mengambil pendirian sedemikian. Dan aku juga ada sebab kenapa aku mengambil pendirian sebegini. Bukannya perbezaan dalam masalah qat’i pun (i.e. sesuatu yang jelas dan pasti hukumnya dalam al-Quran dan sunnah).

Jadi, sesiapa sahaja bebas mengeluarkan pendapat. Apa yang penting, aku tidak menyokong jika benar kilang Lynas di Pahang itu ternyata akan membahayakan pekerja dan penduduk tempatan serta alam sekitar amnya.

Mungkin aku cuma ingin menyatakan rasa ketidaksetujuanku kepada mereka yang bulat-bulat menentang Lynas ini tanpa cuba mempertimbangkan kemungkinan yang kilang itu boleh beroperasi dengan selamat asalkan semua piawaian dipatuhi serta sisa buangan kilang diuruskan dengan baik.

Bukan semua benda yang ada sinaran radioaktif tu membawa keburukan kepada manusia. Masalahnya, kita ini, sebut saja radioaktif, yang terkeluar di minda ialah radioaktif = jahat. erk!

Seperkara lagi, bila aku tengok orang condemn syarikat pemprosesan seperti Lynas, dengan memberikan respon seolah-olah Lynas langsung tidak kisah akan keselamatan manusia di sekitar kilang tersebut; seolah-olah Lynas tidak tahu segala prosedur keselamatan umpama satu insult kepada seluruh chemical engineers  mahupun pelajar chemical engineering sepertiku.

Membuatkan aku rasa betapa tidak bermaknanya apa yang diajar kepada kami tentang ethics, tentang sustainable development, tentang segala prosedur keselamatan yang melecehkan yang perlu dilakukan untuk sesebuah projek, tentang kepentingan menjaga imej korporat, tentang corporate responsibility, dan lain-lain lagi.

Kalau semua engineers dalam industri sudah berpenat lelah dan menghabiskan ribuan dollar, pound mahupun ringgit untuk belajar semua ini di universiti tetapi keluar untuk tidak mengaplikasikannya, bukankah satu perkara yang sia-sia?

Syarikat sebesar Lynas tidak akan melalukan perkara bodoh yang boleh mencemarkan nama dan imej syarikat dengan mengambil enteng tentang isu health, safety & environment.

Sekali imej sesebuah syarikat korporat tercalar, berlipat kali ganda kerugian yang mereka alami untuk memulihkan imej syarikat. Lihat sahaja apa yang berlaku kepada BP dengan kemalangan Deepwater Horizon rig dan tumpahan minyak yang berlaku di Gulf of Mexcio pada April 2010. Berbillion-billion kerugian yang dialami oleh BP sebagai natijah kejadian itu.

Kalau ikut apa yang dipelajari di kuliah chemical engineering, engineers bukan sahaja berperanan mencari cara atau kaedah untuk melaksanakan projek dengan kos yang paling murah dan paling menguntungkan tetapi juga paling selamat dan faktor keselamatan itulah yang paling utama!

Apakah realiti tidak seindah teori?

Bagiku, setakat 3 tahun menjalani kehidupan di dalam department of chemical engineering, diajar oleh lecturers mahupun visiting lecturers yang terdiri daripada professional engineers – aku belum berjumpa lagi dengan engineers yang mengambil enteng isu keselamatan.

Mungkin belum?

Aku harap aku tidak akan pernah berjumpa dengan engineer seperti itu seumur hidupku.

Penutup

Mudah saja mesejku – berhusnudzonlah. Jangan emo sahaja yang lebih, politik sahaja yang lebih.

“Wahai orang-orang yang beriman! Jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) sehingga menjadikan kamu menyesali apa yang kamu telah lakukan”
[Al-Hujurat: 6]

Dan bukan sesekali maksudku untuk memberi jaminan bahawa Lynas Advanced Material Plant di Gebeng, Kuantan, Pahang itu selamat. Itu bukan kerjaku.

Dan ini juga bukan perihal ‘sokongkah tidak’.

Ini perihal mempertimbangkan sebuah kemungkinan berdasarkan apa yang aku faham dan percaya.

Doakan yang terbaik untuk rakyat Malaysia, untuk penduduk Kuantan khususnya.

Allahu’alam.

One thought on “Sokongkah Tidak (Part 2)

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s