Cakoi Amboi-amboi

Murtabak harum semerbak.

Cakoi amboi-amboi.

Teh tarik menarik.

Haha. Kalian tidak akan berjumpa dengan menu seumpama di atas ini di mana-mana melainkan di Herbert’s Cafe!πŸ˜€

Gambar ihsan dari facebook WaniπŸ™‚

*Herbert Road ialah nama jalan di mana kami tinggal/menyewa.

After Exam Escapade

Semua ini idea Wani, housemateku yang merupakan warganegara Brunei. Begitu juga Sidah dan Emma. Wani dan Sidah baru sahaja selesai peperiksaan akhir mereka pada Jumaat yang lepas. Emma sahaja yang belum habis, insyaAllah kertas terakhirnya pada hari Khamis ini.

Selain daripada Wani, beberapa rakan-rakan lain warganegara Brunei datang ke rumah kami untuk memeriahkan suasana. Memang riuh rumah kami semalam dengan kedatangan mereka!πŸ™‚

Oh, kredit kepada Wani atas nama-nama menu yang diberikan olehnya itu. Apa yang paling mengkagumkan, home made kaya yang disediakan oleh Wani sunguh marvelous!πŸ˜‰

Alhamdulillah.

Housemates

Sudah hampir 2 tahun kami menjadi housemates (kecuali Emma, Emma baru masuk tahun 2010/11 untuk menggantikan Datul). Dan pada Jun tahun ini, kontrak rumah sewa kami akan habis.

Kami tidak akan tinggal di rumah sewa ini bersama-sama lagi.😦

Wani dan Sidah akan graduate dalam jurusan farmasi Julai ini manakala Emma akan graduate dalam masternya dalam bidang pengurusan (dan inovasi) sekitar September kelak.

Aku juga tidak dapat untuk terus stay di rumah sewa ini kerana tidak cukup korum. InsyaAllah, untuk tahun 2011/12, tahun terakhirku di Bath, aku akan tinggal bersama Afiqah dan Kak Shima di sebuah flat/apartmen 3 bilik.

Walaupun ketiga-tiga mereka; Wani, Sidah dan Emma lebih tua dari segi umur kepadaku, kami selesa menjalani kehidupan sebagai housemates. Walaupun terdapat perbezaan bahasa, aku sangat hargai effort mereka untuk berbahasa Melayu Malaysia kepadaku dan Afiqah.

Sedikit mengecewakan kerana aku tidak mampu berbahasa Brunei, cuma sekadar mampu memahami sedikit-sebanyak bahasa Brunei tetapi tidak boleh untuk membalas kembali dalam bahasa Melayu Brunei. -_-“

Sesungguhnya banyak yang aku belajar dari mereka.

Semoga kami kekal bersahabat dengan ukhuwwah fillah sehingga ke akhirnya. Ameen ya Rabb.

Penutup

InsyaAllah, akan balik ke Miri tidak begitu lama lagi (doakan semoga dieprmudahkan segala urusanku).

Juga bermaksud, tidak lama lagi masa untuk aku bersama komuniti Melayu Brunei yang sangat baik hati dan peramah ini, khususnya housematesku.

Dan aku, mungkin aku patut mula bersiap untuk urusan packing. Bukan sekadar packing untuk pulang bercuti summer, tetapi packing untuk pindah keluar dari 59 Herbert Road ini.😦

Allahu’alam.

One thought on “Cakoi Amboi-amboi

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s