Hudud – Mari Berkenalan

Video yang santai dan pendek, penerangan UZAR tentang hudud. InsyaAllah boleh faham dengan cepat apa sebenarnya hudud ni dalam terma yang paling ringkas. Mesti tonton! Mesti tonton! πŸ™‚

“Hudud ni untuk orang yang SANGAT JAHAT sahaja”

“Hudud ini memang untuk menakutkan penjenayah. Kalau kamu bukan penjenayah, buat apa takut? Kalau takut tu, penjenayah lah ni (nada berseloroh).” πŸ˜€

“Nak laksanakan hudud ni sangat susah. Ada 1 percent keraguan pun dah tak boleh nak laksanakan hudud”

“Hudud ini sebenarnya hanya simbolik kekuatan pemerintah nak laksanakan Islam, tu je”

Ada orang kata hudud ‘tak adil’ sebab kalau orang yang dirogol tak dapat bawa 4 saksi, terlepas lah perogol tu!

Betapa cantiknya islam ni, sistem perundangan jenayah islam bukan setakat hudud semata-mata sahaja. Ada juga yang dinamakan ‘ta’zir’.

Hukum Allah Yang Komprehensif

Ta’zir ni ialah hukuman untuk kesalahan yang tak termasuk dalam kesalahan yang boleh dikenakan hudud (zina, mencuri, merompak, minum arak, menuduh orang lain berzina);

serta yang tak termasuk dalam kesalahan yang boleh dikenakan qisas (membunuh dengan sengaja, mencederakan anggota tubuh badan);

Jadi, ta’zir ni ialah undang-undang/hukuman yang boleh ditetapkan oleh qadi contohnya – denda RM5000, penjara 20 tahun, dll.

Menurut UZAR dalam video di atas, hukuman ta’zir boleh jadi lebih dahsyat daripada hukum hudud contohnya kalau hudud bagi penzina 100 kali sebatan, mungkin perogol boleh disebat 200 kali sebatan.

Betapa adilnya hukum hudud ini, contohnya bagi kesalahan mencuri iaitu potong tangan, hanya yang mencuri akan menderita.

Itupun ada syarat-syarat ketat sebelum kesalahan mencuri itu boleh dihukum dengan hudud.

Katakan seorang pencuri itu dihukum penjara 20 tahun, insan yang menderita sama ialah ahli keluarga si pencuri itu. Si pencuri mungkin akan ‘bersenang-lenang, dapat makan free di penjara’ tetapi ibu bapa, anak isteri si pencuri mungkin terpaksa mencari rezeki sendirian setelah si pencuri itu masuk penjara.

Ataupun ibu bapa dan anak serta isteri hidup dalam kesedihan kerana terpaksa berjauhan dengannya untuk tempoh yang lama!

Pencuri yang bersalah, tetapi satu keluarga dihukum!

Sedikit tambahan, kalau ada mana-mana penjenayah yang terlepas atau meloloskan diri daripada hukuman yang Allah tetapkan untuk dilaksanakan di dunia ini, sesungguhnya akhirat itu ada sebagai hari pembalasan!

*Bacaan tambahan tentang hukum jenayah Islam KLIK SINI.

Hukum Allah Yang Maha Adil, Maha Bijaksana

Sistem perundangan jenayah yang adil dan bijak ini (hudud, qisas, ta’zir) pastinya datang daripada yang Maha Bijaksana dan Maha Adil, Allah Yang Maha Besar.

Akhir kata, sebagai umat Islam, kita tak ada sebab untuk ‘anti’ sangat dengan hukum Allah ni sebab hukum-hukum ini bukan nak menyusahkan kita tetapi Allah turunkan untuk menjaga kesejahteraan kita.

Tak perlu debat-debat, perlu kah tidak hudud di Malaysia, selagi kita ni Islam, sokong sajalah kerana ianya sebahagian daripada manifestasi iman kita kepada Allah SWT.

p.s. tulisan di atas adalah insights yang saya dapat selepas menonton video UZAR tersebut. (in fact, saya dengar live ceramah UZAR ini awal tahun 2011 di York, UK) πŸ™‚

Allahu’alam.

(diambil daripada post asalku di Facebook)

Advertisements

Senior Sayang Junior

Alhamdulillah, bangun sahaja awal pagi tadi, sudah 6 malam aku tidur di Bath. Yea, I’m back in Bath. Tahun 4. Macam tak percaya bukan? Sudah masuk tahun ke-4 aku di sini.

Pertama kali tiba di Heathrow Airport, London (2008)

3 tahun lepas, pada tarikh yang sama dengan hari ini, aku telah menjejakkan kakiku di bumi Bath yang indah ini. Dalam tempoh ini aku sudah jatuh dan bangun, berasa lemah dan kuat; semuanya terekod dan menjadi pelajaran berguna dalam hidup ini.

Segala puji bagi Allah atas segalanya!

Senior Year Eh!

Hoho. Apakah? πŸ˜›

To be honest, tidak ada rasa macam pelajar senior pun. Mungkin sebab bilangan kami yang sedikit di sini. Bagusnya, tidaklah diri merasa ‘tua’ di sini. Hehe.

Tahun ini aku kembali ke Bath lebih awal sedikit, lebih kurang seminggu sebelum kelas bermula. Tidak kurang juga yang bertanya kenapa. Antara faktor yang mempengaruhi:-

  • Tahun akademik 2011/12, pindah ke rumah sewa baru. Maka dijangkakan perlu masa untuk mengemas-ngemas dan menyesuaikan diri dengan rumah baru ini
  • Beri masa kepada diri sendiri untuk pulih daripada jet-lagged
  • Hari Raya yang lebih awal pada tahun ini
  • Harga tiket yang lebih murah pada tarikh sampai
  • Jumpa juniors!!

Kalau tahun-tahun sebelum ini, juniors tiba sebelum aku balik ke Bath. Akhirnya, tahun ini barulah aku berpeluang bertemu juniors seawal ketibaan mereka di sini. Ini antara yang terawal aku temui:

(Dari kiri): Alifah, Ishaq, Azam, Ck

(Gambar diambil daripada SINI. Terima kasih) πŸ™‚

Bila jumpa mereka, aku teringat saat-saat ketika mula tiba di Bath dahulu. Aku ketika itu mendapat university accomodation on-campus. Bilik atas sekali (3 tingkat). Ketika itu, baru mula tiba, luggage yang dibawa bersama adalah seberat ~30 kg! (O_o)

Alhamdulillah, pada ketika itu, ada pasangan postgrad yang sungguh baik hati sudi menjemput kami di stesen bas dan yang paling aku hargai dan terhutang budi ialah isteri kepada postgrad tersebut mengangkat luggageku yang berat itu ke tingkat 3 seorang diri! (T_T)

“Energy receive, energy return” – aku kira itulah apa yang cuba aku lakukan. Ada masa orang tolong kita, di masa lain, kita perlu tolong orang. Aku percaya, ramai lagi yang melalukan yang sama, seperti yang dianjurkan dalam al-Quran:

Tunjuk Jalan Yang Betul

Dalam keghairahan para senior menjemput junior yang baru tiba, tidak kisah lah di mana kalian mahupun senior-senior yang lain berada, di mana-mana institusi pengajian yang ada di dunia ini, tunjukkanlah kepada para junior ini ‘jalan yang betul’.

Heh, pastinya aku bermaksud secara tersurat – yakni tunjukkan kepada mereka jalan yang betul untuk ke kedai, ke masjid, ke bus stop, ke universiti, dan lain-lain agar mereka tiba ke destinasi sesuai dengan apa yang mereka perlukan.

Secara tersiratnya pula, khususnya kepada yang Islam dan beriman, para senior ada tanggungjawab untuk mengajak mereka ke arah kebaikan atau (jika tidak mampu) sekurang-kurangnya hindarilah daripada mengajak mereka ke arah kemungkaran.

“Dan hendaklah ada di antara kamu satu puak yang menyeru kepada kebajikan dan menyuruh berbuat segala perkara yang baik, serta melarang daripada segala yang salah (buruk dan keji) dan mereka yang bersifat demikian ialah orang-orang yang berjaya. “

(Surah ali-Imran : 104)

Ini bukan soal ingin jadi ‘cool’ ataupun tidak mahu ‘ketinggalan’ (baca: jika tidak mengikut budaya hedonisme semasa) tetapi soal dosa pahala, taat dan ingkar kepada perintah Pencipta serta pilihan jalan menuju syurga atau neraka.

Tidak bermaksud mengajak para junior ke masjid itu ‘tidak cool’ dan ‘ketinggalan’ kerana kita di luar negara oi!

Tidak semestinya juga untuk membuktikan bahawa kita ‘cool’ dan ‘up-to-date’ di luar negara ini, kita perlu mendedahkan kepada mereka tentang budaya yang tidak kena dengan sensitiviti masyarakat kitaΒ  di Malaysia.

Usah Jadi Liberal

Ok, ambil contoh, jika kita di Malaysia, kita hidup sebagai seorang muslim yang mengamalkan rukun-rukun Islam (baca: solat 5 waktu dan puasa) dan tinggal di bandar; suatu hari, bapa saudara kita dari kampung datang bersama anaknya yang sebaya dengan kita.

Lalu si bapa saudara kita meminta agar kita membawa anaknya yakni sepupu kita itu bersiar-siar dan melihat-lihat bagaimana rupa kehidupan di bandar. Di mana akan kita bawa dan tunjukkan kepada sepupu kita itu?

Di sini?

Pastinya kita akan membwa sepupu kita itu ke tempat-tempat yang mendapat ‘green-light’ daripada bapa saudara kita, dan mengelakkan tempat-tempat yang boleh membuatkan bapa saudara kita marah kerana tempat tersebut tidak sesuai dengan sensitiviti kita sebagai orang Timur, lebih-lebih lagi seorang Islam.

Jika di Malaysia, kita segan atau ‘malu’ untuk masuk ke tempat-tempat seperti ‘pub’, ‘club’, mahupun ‘bar’; kenapa tidak di luar negara? Tidak seharusnya ada sikap ‘tak ada apa-apalah’ dengan tempat seperti itu di luar negara.

Sepatutnya, sensitiviti kita sama ada di Malaysia ataupun di luar Malaysia adalah konsisten dan sama. Apa yang kita malu dan rasa bersalah untuk dibuat di Malaysia adalah juga salah dan memalukan untuk dibuat di mana-mana sahaja pun.

Itu hanya benar – jika pegangan kita dan pendirian kita tentang sesuatu perkara itu dipandu oleh iman (baca: keyakinan kepada Allah dan seluruh komponen rukun iman) dan bukannya ‘ikut suka rasa dan hati’ kita.

Aku akui, di luar negara khususnya negara di Barat, kita akan dikelilingi rakan-rakan ‘orang puteh’ yang aktiviti wajib mingguan mereka ialah ‘clubbing’ dan ‘partying’ – dan kita perlu memilih; to be part of them or not to be?

Jadi, berbalik kepada peranan senior di atas tadi, seliberal* mana pun seseorang senior itu, si senior wajib menghindari daripada mengongsikan pendapat-pendapatnya yang liberal dengan junior yang baru sahaja tiba dan kebanyakannya masih ‘innocent’ lagi!

Apa yang kita wajib elakkan ialah para junior merasakan ‘eh, macam ok saja kalau nak buat benda ni di sini’ untuk perkara-perkara yang selama ini mereka faham dan percaya adalah tidak OK untuk dibuat di tanah air atau kampung halaman.

Kebetulan pula hari ini tadi salah seorang rakanku di Facebook mengupdate status beliau:

“kita ni, kalau tak boleh nak buat baik pun, jangan buat jahat! ” [Za’im, 29 September 2011]

Setuju!

*Liberal – open to new behavior or opinions and willing to discard traditional values [New Oxford American Dictionary]

Solat Saja Tidak Cukup

Benar, solat itu wajib. Juga benar, ganjaran menunaikan solat fardhu 5 waktu itu sangat besar.

Usman bin Affan berkata, beliau mendengar Rasulullah s.a.w bersabda, “Seorang muslim yang hendak melakukan sembahyang lima waktu apabila tiba waktunya, lalu beliau berwudhuk dengan sempurna.

Kemudian beliau sembahyang dengan penuh tumpuan serta juga sempurna rukuknya.

Maka sembahyang itu akan menghapuskan segala dosa yang pernah dilakukan oleh orang itu sebelum beliau mendirikan sembahyang tersebut.

Kelebihan ini diberikan kepada orang itu dengan syarat beliau tidak melakukan dosa besar sebelum beliau melakukan sembahyang itu.

Kelebihan ini diberikan untuk sepanjang masa.”

(Riwayat Muslim, Riyadhus-Solihin)

Pendek kata, jika kita menunaikan solat 5 waktu dengan sempurna, segala dosa yang kita buat sebelum solat itu akan diampunkan oleh Allah selagi mana kita tidak melakukan dosa-dosa besar.

TAPI, Allah tak perintahkan kita hidup di dunia ini HANYA untuk menunaikan solat. Banyak tanggungjawab kita (dush~ *kena muka sendiri*) yang selalu orang ringkaskan untuk jadi ‘mengabdikan diri kepada Allah’ dan ‘sebagai khalifah Allah di muka bumi’ ini.

Apa yang aku nak kata ialah, kita jangan pernah rasa dengan solat yang kita buat 5 waktu sehari semalam itu dah mencukupi untuk bekalan kita ke akhirat.

Tak pasti lagi kalau solat yang kita buat itu Allah terima atau tidak. Tambah dengan dosa-dosa kita yang kita tidak tahu besar mana magnitudnya! Cukupkah solat kita itu untuk menghapuskan dosa-dosa kita? Tak tambah lagi dengan waktu-waktu solat yang pernah kita tinggalkan. 😦

Oleh yang demikian, kita tak layak untuk rasa selesa untuk melakukan perkara yang ‘tidak elok’ dengan keyakinan bahawa, ‘Tak apalah aku bersosial-sosial begini, yang penting solat aku tak pernah tinggal tau!”

Kalau boleh kita usaha untuk maksimakan amalan kebaikan dan minimakan amalan yang buruk dan keji (yalah, kalau totally sifar-maksiat mungkin tak logik sebab kita bukan malaikat!).

Pun begitu, ayat dalam kurungan itu bukanlah bermaksud untuk kita ambil enteng tentang perkara dosa-pahala serta halal-haram.

Perdagangan Akhirat

Ada orang, selesa untuk hidup dengan mentaliti ‘cukuplah-aku-jaga solat-5-waktu-puasa-di-bulan-Ramadhan-then-aku-tak-kacau-hidup-orang-lain’ dan menghabiskan masa dengan BANYAK perkara ‘harus’ (baca: buat tak dapat pahala, ditinggal tak dapat dosa).

Ada orang merasakan hidup ini perlu dimaknakan lebih daripada itu. Mereka beriman dengan kata-kata Allah dalam surah as-Saff ayat 10-13:

“Wahai orang-orang yang beriman! Mahukah Aku tunjukkan sesuatu perniagaan yang boleh menyelamatkan kamu dari azab seksa yang tidak terperi sakitnya? (10)

Iaitu, kamu beriman kepada Allah dan rasulNya, serta kamu berjuang membela dan menegakkan agama Allah dengan harta benda dan diri kamu; yang demikian itulah yang lebih baik bagi kamu, jika kamu hendak mengetahui (hakikat yang sebenarnya). (11)

(Dengan itu) Allah akan mengampunkan dosa-dosa kamu dan memasukkan kamu ke dalam taman-taman yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, serta ditempatkan kamu di tempat-tempat tinggal yang baik dalam Syurga “Adn”. Itulah kemenangan yang besar. (12)

Dan ada lagi limpah kurnia yang kamu sukai, iaitu pertolongan dari Allah dan kemenangan yang cepat (masa berlakunya) dan sampaikanlah berita yang menggembirakan itu kepada orang-orang yang beriman. (13)”

Selain daripada menunaikan kewajipan solat dan puasa; kita wajib berusaha menambahkan ilmu dan kefahaman tentang cara hidup Islam yang kita imani ini dan menyampaikan kata-kata atau seruan yang baik kepada yang lain agar kita semua sama-sama dapat menuju redha Allah.

Penutup

Aku sendiri ada banyak kelemahan.

Ada masa-masanya, aku ada masalah untuk ikhlas; contohnya rasa berat kadang-kadang apabila diminta bantuan.

Kadang-kadang, kurang upaya untuk cegah kemungkaran dengan tegas dan terang. Aku lihat perkara yang mungkar, aku sakit hati, tetapi diam dan tidak aku luahkan.

Tidak kurang juga, ada yang aku cakapkan, tetapi aku sendiri belum sempurnakan.

Apa yang aku tulis adalah untuk peringatan diri khususnya dan semua yang membaca amnya. Sudah pasti apa yang aku tulis ini aku lakukan dengan ‘sengaja’ tetapi andai ianya mengguris rasa, itu bukan sesuatu yang aku sengajakan.

Anggaplah ia sebagai tanda sayang, bukan benci; tanda ambil berat dan bukannya tidak puas hati.

Allahu’alam.

Hari Malaysia, Hati Lara

Hello blog! Akhirnya, terasa ingin menulis kembali. Dalam tempoh blog tidak ber-update ini, bukanlah aku tiada langsung menulis. Cuma, kebelakangan ini, ruangan Facebook lebih banyak digunakan sebagai ruang ekspresi.

Tadi membelek-belek setting blog ini, cuba preview beberapa theme, banyak theme baru, semuanya tak berkenan di hati. Last-last, stay dengan theme ini dan tukar header blog.

Sebelum meneruskan lanjut, rasanya wajar untuk aku berikan kredit kepada sumber header blog yang baru aku tukar ini. Di bawah ini merupakan gambar penuh poster daripada ‘UNDILAH.COM‘:


I think I’ll keep this header until the next general election – which is speculated to be held very soon!

Hari Malaysia

Yeah, hari ini Hari Malaysia. Tengok berita di TV, nampak meriah sambutan Hari Malaysia pada tahun ini. Kalau sebelum-sebelum ini, highlight banyak diberikan kepada Hari Kemerdekaan, tetapi tidak tahun ini.

Malam tadi, perdana menteri Malaysia ada membuat satu perutusan khas sempena Hari Malaysia, tapi aku tidak menontonnya. Keseorangan di rumah dan aku memencilkan diri di dalam bilikku.

Aku jadi tahu apabila melihat update status rakan-rakan di Facebook. Satu perkara yang menarik minatku, perdana menteri mengumumkan pemansuhan Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960 (ISA).

Oh, kalau nak baca perutusan perdana menteri tersebut, bolehlah baca di sini.

Undilah

Ada satu video yang baru sahaja disebarluaskan di laman maya ini bersempena dengan Hari Malaysia – video kempen mengundi yang dihasilkan oleh Pete Teo.

Aku rasa video ini sungguh menarik. Namewee dan Afdlin Shauki menyanyi di dalam video tersebut. Ramai lagi selebriti tempatan dalam video tersebut; artis, ahli politik, mahupun atlit!

Ah, tak nak cakap panjang, lihatlah sendiri:

Penutup

Adoi, tetiba rasa stress. Rasa tak sedap hati dengan beberapa orang. Dalam hati rasa macam, “Dia tak setuju dengan apa yang aku buatkah?”, “Dia ada terasa hati dengan apa yang aku pernah buatkah?”

Kalau ada antara kalian yang ada rasa aku dah buat salah dan mungkin aku tak sedar atau tak perasan atau tak tahu yang kalian kecil hati, terguris perasaan, dan yang sewaktu dengannya, aku minta maaf ya.

Aku prefer jika orang terus-terang denganku daripada memendam perasaan dan simpan rasa tidak puas hati terhadapku.

Raya baru ini, aku terdengar satu keluhan (mungkin tak sengaja) tentang sesuatu yang aku pernah buat lama dahulu yang rupanya beliau tidak puas hati. Dan aku sangat ingin tahu mengapa beliau terasa begitu. Tak best berkawan tetapi hakikat dalam hati ada perkara yang seperti belum diselesaikan.

Ah, merapu pula jadinya. Ok, semoga aku menulis lagi.

Allahu’alam.