Hudud – Mari Berkenalan

Video yang santai dan pendek, penerangan UZAR tentang hudud. InsyaAllah boleh faham dengan cepat apa sebenarnya hudud ni dalam terma yang paling ringkas. Mesti tonton! Mesti tonton!🙂

“Hudud ni untuk orang yang SANGAT JAHAT sahaja”

“Hudud ini memang untuk menakutkan penjenayah. Kalau kamu bukan penjenayah, buat apa takut? Kalau takut tu, penjenayah lah ni (nada berseloroh).”😀

“Nak laksanakan hudud ni sangat susah. Ada 1 percent keraguan pun dah tak boleh nak laksanakan hudud”

“Hudud ini sebenarnya hanya simbolik kekuatan pemerintah nak laksanakan Islam, tu je”

Ada orang kata hudud ‘tak adil’ sebab kalau orang yang dirogol tak dapat bawa 4 saksi, terlepas lah perogol tu!

Betapa cantiknya islam ni, sistem perundangan jenayah islam bukan setakat hudud semata-mata sahaja. Ada juga yang dinamakan ‘ta’zir’.

Hukum Allah Yang Komprehensif

Ta’zir ni ialah hukuman untuk kesalahan yang tak termasuk dalam kesalahan yang boleh dikenakan hudud (zina, mencuri, merompak, minum arak, menuduh orang lain berzina);

serta yang tak termasuk dalam kesalahan yang boleh dikenakan qisas (membunuh dengan sengaja, mencederakan anggota tubuh badan);

Jadi, ta’zir ni ialah undang-undang/hukuman yang boleh ditetapkan oleh qadi contohnya – denda RM5000, penjara 20 tahun, dll.

Menurut UZAR dalam video di atas, hukuman ta’zir boleh jadi lebih dahsyat daripada hukum hudud contohnya kalau hudud bagi penzina 100 kali sebatan, mungkin perogol boleh disebat 200 kali sebatan.

Betapa adilnya hukum hudud ini, contohnya bagi kesalahan mencuri iaitu potong tangan, hanya yang mencuri akan menderita.

Itupun ada syarat-syarat ketat sebelum kesalahan mencuri itu boleh dihukum dengan hudud.

Katakan seorang pencuri itu dihukum penjara 20 tahun, insan yang menderita sama ialah ahli keluarga si pencuri itu. Si pencuri mungkin akan ‘bersenang-lenang, dapat makan free di penjara’ tetapi ibu bapa, anak isteri si pencuri mungkin terpaksa mencari rezeki sendirian setelah si pencuri itu masuk penjara.

Ataupun ibu bapa dan anak serta isteri hidup dalam kesedihan kerana terpaksa berjauhan dengannya untuk tempoh yang lama!

Pencuri yang bersalah, tetapi satu keluarga dihukum!

Sedikit tambahan, kalau ada mana-mana penjenayah yang terlepas atau meloloskan diri daripada hukuman yang Allah tetapkan untuk dilaksanakan di dunia ini, sesungguhnya akhirat itu ada sebagai hari pembalasan!

*Bacaan tambahan tentang hukum jenayah Islam KLIK SINI.

Hukum Allah Yang Maha Adil, Maha Bijaksana

Sistem perundangan jenayah yang adil dan bijak ini (hudud, qisas, ta’zir) pastinya datang daripada yang Maha Bijaksana dan Maha Adil, Allah Yang Maha Besar.

Akhir kata, sebagai umat Islam, kita tak ada sebab untuk ‘anti’ sangat dengan hukum Allah ni sebab hukum-hukum ini bukan nak menyusahkan kita tetapi Allah turunkan untuk menjaga kesejahteraan kita.

Tak perlu debat-debat, perlu kah tidak hudud di Malaysia, selagi kita ni Islam, sokong sajalah kerana ianya sebahagian daripada manifestasi iman kita kepada Allah SWT.

p.s. tulisan di atas adalah insights yang saya dapat selepas menonton video UZAR tersebut. (in fact, saya dengar live ceramah UZAR ini awal tahun 2011 di York, UK)🙂

Allahu’alam.

(diambil daripada post asalku di Facebook)

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s