PAU, Lembu, dan Kuda

Baru-baru ini PAU 2011 telah berlangsung. Dengarnya, kebanyakan channel TV percuma di Malaysia telah ‘dipenuhi’ dengan liputan PAU 2011 ini. Aku ada mengikuti sikit-sikit daripada ucapan mereka. Antaranya, ucapan dasar Presiden, beberapa klip daripada sayap Wanita (ada yang terlebih popular dan hangat) serta ucapan ulama’ muda mereka.

Aku ada mengongsikan komen-komen spontan di Facebook [ucapan dasar presiden, wanita, ulama’ muda]

Pastinya, banyak onar-onar yang tidak enak didengar dan dibaca terhadap gerakan islam tertentu di akhbar hasil daripada PAU 2011 tersebut.

Astaghfirullah!

‘Yue Liang Dai Biao Wo De Xin’

Menarik video ini. Tohmahan yang ditimbulkan ketika PAU 2011 dan gambar-gambar yang terdapat dalam video ini mengingatkan aku dengan kisah Perjanjian Hudaibiyah yang pernah berlaku dalam sirah Nabi Muhammad s.a.w.

Ada golongan tertentu mengatakan bahawa sebuah gerakan islam tertentu di Malaysia telah ‘menggadaikan prinsip’ dengan usahasama yang mereka lakukan bersama kumpulan yang majoritinya bukan islam. Ada yang mengatakan bahawa gerakan islam tersebut telah ‘diperkudakan’ oleh rakan usahasama mereka.

Maha Suci Allah! Aku rasa tohmahan itu sungguh dangkal sedangkan hakikatnya banyak kebaikan yang telah dicapai hasil usahasama itu. Alhamdulillah.

Kalian mungkin lihat pandangan aku biased dalam isu politik. Tetapi, apa yang boleh aku katakan, aku dan kita semua tidak boleh menyokong apa-apa usaha yang melemahkan dan merosakkan umat islam.

Jadi, sesiapa yang serius untuk memenuhi tuntutan dan perintah Allah ke atas manusia, agar manusia mengabdikan diri kepada Allah dan berperanan sebagai khalifah-Nya, insyaAllah itulah yang wajib kita sokong, tolong, dan dokong.

Dan sebaliknya.

Jadi, aku berharap agar kalian tidak terpengaruh dengan berita-berita yang tidak matang dan bersifat tohmahan yang disebarkan di akhbar-akhbar atau laman maya ini. Dengarlah pendapat daripada pelbagai sudut dan buatlah penilaian dengan adil. Sokong atau tolaklah sesuatu itu dengan hujah bukan mengikut perasaan benci atau suka semata-mata.

Perjanjian Perdamaian Yang Menguntungkan

Ketika Perjanjian Hudaibiyah, Rasulullah s.a.w yang ingin ke Mekah (dari Madinah) untuk mengerjakan umrah telah dihalang oleh pihak musyrikin Mekah.

Mereka meminta agar satu perjanjian dibuat. Dalam perjanjian itu, Rasulullah telah menuruti permintaan kaum musyrikin agar tidak ditulis ‘bismillahirrahmanirrahim’ tetapi ditulis ‘bismikallahumma’.

Kemudian, rasulullah meminta jurutulis perjanjian itu (Saidina Ali r.a.) untuk menulis “Bismikallahumma, ini adalah perjanjian yang dibuat oleh Muhammad rasul Allah” tetapi telah dibantah oleh wakil kaum musyrikin.

Akhirnya, perkataan ‘Muhammad rasul Allah’ ditukar kepada ‘Muhammad bin Abdullah’.

Selain itu, kaum muslimin tidak dibenarkan mengerjakan umrah pada tahun itu tetapi hanya dibolehkan untuk datang ke Mekah mengerjakan umrah pada tahun berikutnya.

Kaum musyrikin juga ‘demand’ agar mana-mana orang Mekah yang datang kepada Rasulullah s.a.w mesti dikembalikan kepada mereka dan Rasulullah bersetuju.

Tetapi, mana-mana orang Islam yang datang kepada kaum musyrikin tidak akan dikembalikan.

Ramai sahabat merasakan islam telah direndahkan dalam perjanjian itu (kerana mengalah terhadap tuntutan kaum musyrikin) tetapi Rasulullah meyakinkan mereka dengan berkata, “Sesungguhnya aku adalah rasul Allah, aku tidak akan menyalahi perintah-Nya dan Dia pasti akan membelaku.”

Setelah Perjanjian Hudaibiyah termeterai, genjatan senjata 10 tahun dimulakan. Suasana aman dan damai terwujud, umat islam bebas bercakap mengenai islam (tanpa ada tekanan akan dicederakan) dan semakin ramai yang memeluk islam.

Akhirnya, kemenangan agung tercapai iaitu peristiwa pembukaan kota Mekah yang berlaku dalam keadaan damai (bukan perang) dan menjadilah Mekah sebagai kota suci umat Islam yang diasaskan oleh Nabi Ibrahim a.s. hingga kini!

Sumber: ‘Sirah Nabawiyah’, Said Ramadhan al-Buthy.

Diperkuda atau Strategi?

Pengajaran yang paling obvious daripada peristiwa di atas ialah, Rasulullah bersikap fleksibel dalam approach baginda (walaupun tidak dipersetujui oleh para sahabat) tetapi memastikan prinsip asas islam terpelihara. Penilaian kita mungkin terbatas, apa yang ‘baik’ atau ‘tidak baik’ untuk survival islam pada pandangan kita mungkin berbeza dengan pandangan para ulama’.

Hal ini disebabkan ilmu kita yang terbatas. Banyak ayat al-Quran yang kita baca tapi kita tak faham maksudnya. Banyak hadith rasulullah yang diriwayatkan tetapi kita tidak tahu kebanyakan daripadanya. Jadi, mana mungkin orang yang tidak cukup ilmu seperti kita boleh mempertikaikan bagaimana dan apa cara yang optimum untuk menegakkan dan memperjuangkan islam.

Oleh itu, pilihan yang kita ada ialah untuk mengikuti apa yang disepakati oleh para ulama’ dan hal ini termasuklah juga dalam isu negara dan pemerintahan. Islam perlu dipraktikkan daripada sekecil-kecil perkara seperti masuk tandas sehinggalah ke sebesar-besar perkara untuk mentadbir dan menguruskan rakyat dan harta negara.

Setiap satunya akan dipersoalkan di akhirat kelak.

“Dan janganlah engkau mengikut apa yang engkau tidak mempunyai pengetahuan mengenainya; sesungguhnya pendengaran dan penglihatan serta hati, semua anggota-anggota itu tetap akan ditanya tentang apa yang dilakukannya”

(Surah al-Isra’ : 36)

Penutup

Kemenangan islam itu pasti. Itu Allah dan rasulullah yang janji. Persoalannya, apakah kita yakin dan percaya akan janji Allah dan rasul-Nya?

Terkenang akan peringatan yang pernah aku dengar,

“Kalau nak ikut amalan diri kita, dengan iman yang naik dan turun, amalan kita memang sikit. Jadi, Allah ‘offer’ kita ganjaran syurga dengan syarat perlu berjuang di jalan-Nya. (as-Saff: 10-13)

Tanpa perjuangan ini, harapan kita ke syurga amat tipis!”

Peringatan buat diri terutamanya.

Allahu’alam.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s