FUIYO 2011: Apa Saya Dapat (ASDA)

Bukan ASDA the supermarket ok😛

Alhamdulillah, selamat juga aku sampai ke FUIYO 2011, bermula 22 Disember dan berakhir pada 25 Disember 2011. Bila balik semalam, rasa sedih. Mungkin ini kali terakhir ke FUIYO atau program seumpamanya di UK ini (insyaAllah grad pada July 2012).

Hari Khamis yang lalu, aku telah bertolak dari Bath dengan menaiki tren ke Exeter. Alhamdulillah, tiket yang aku dapat agak murah iaitu sekitar £8 lebih. Perjalana ke Exeter dari Bath tidaklah begitu lama, kurang daripada 1.5 jam. Namun yang tidak boleh blahnya, aku telah dengan semangatnya pergi ke tren station pada pukul 7.30 pagi (hari masih gelap) walhal tren yang ingin aku naiki akan bertolak pada pukul 8.57 pagi. (-_-“)

Tersilap baca masa tren bertolak, mati-mati aku ingatkan pada pukul 7.57 pagi. Tapi tak apalah, seronok juga ke Exteter pada pertama kali. Sebuah town yang kelihatan kecil dan damai. Sempat juga aku bersiar-siar di pusat bandarnya sebelum menaiki bas untuk ke Heatree Activity Centre di Devon pada  pukul 2.30 petang (sebelumnya, sampai di Exeter  sekitar pukul 10 lebih pagi macam tu).

Seperti biasa, penginapan, makanan, dan hospitaliti FUIYO memang terbaikk dan mantop! Apa yang lagi best, berpeluang jumpa dan menjadi team yang membantu ustaz Zamri (Mari Mengaji TV9) dalam aktiviti-aktiviti yang beliau kendalikan. Tahun ini, diberi peluang untuk menyertai FUIYO  sebagai fasilitator. Pengalaman yang menarik. Alhamdulillah.🙂

Bawah ni ‘Notes’ yang di copy + paste daripada Facebook: FUIYO 2011.

*********

Kalau orang tanya saya apa yang FUIYO 2011 ajar saya:

1. Sedar diri bahawa kita akan mati, lepas mati nanti, kita akan ke alam kubur dan Padang Mahsyar, sebelum ke syurga atau neraka.

2. Ada 2 pilihan, (i) syurga dan (ii) neraka.

3. Oleh kerana diyakini tidak ada yang mahu memilih (ii) neraka, maka kita sebenarnya tiada pilihan melainkan untuk ke (i) syurga.

4. JADI, mahu tidak mahu, berat atau ringan, suka atau tidak suka, kita perlu HIDUP DI DUNIA ini macam kita nak pergi ke syurga.

5. Ustaz Zamri kata, ciri ahli syurga ada 2; (a) hamba Allah dan (b) khalifah.

6. Menjadi hamba Allah dengan mentaati SEMUA perintah Allah, dari segi solat, puasa, berpakaian, bergaul, ber-Facebook, mengundi, bernegara, dan setiap aspek kehidupan perlu dilakukan dengan tapisan iman (ambil kisah halal dan haram)

7. Menjadi khalifah Allah dengan MENGAJAK manusia lain untuk turut menjadi hamba Allah dan khalifah Allah di atas muka bumi ini. Menegakkan keadilan dan menyebarkan kesejahteraan islam dengan melakukan kebajikan kepada manusia (tidak mengira agama dan bangsa), menjalankan amar ma’ruf dan nahi munkar. (Surah ali-Imran: 104)

8. Nak jadi hamba Allah, kita boleh buat secara berseorangan sahaja. Atau beramai-ramai.

9. Tetapi nak jadi khalifah Allah, ia memerlukan kepada satu usaha yang kolektif. Kita perlu bersama dengan hamba-hamba Allah yang lain secara beramai-ramai dalam SEBUAH jemaah (kumpulan islam) – untuk melaksanakan peranan sebagai khalifah (7).

10. Hal ini kerana Allah suka jika hamba-hamba-Nya berjuang dalam satu barisan yang teratur umpama binaan yang tersusun kukuh (Surah as-Saff: 4). Timbul persoalan, jemaah mana?

11. Maka, dijawab oleh Ustaz Zamri, jemaah itu perlulah mempunyai ciri-ciri berikut: (i) Pencapaian gemilang yang berterusan, (ii) Pelanggan setia, (iii) Pekerja dengan budaya cemerlang, (iv) Penghasilan yang bermakna (i.e. kalau jemaah ini tidak wujud, masyarakat akan merasakan kehilangan yang amat sangat).

12. Ustaz Zamri kata lagi, asas jemaah yang unggul ialah (i) individu yang hebat, (ii) pemimpin yang hebat, dan (iii) sistem dan perlaksanaan yang hebat

13. Lalu abang Tazli (PhD Chemical Engineering (London), pemegang biasiswa Komanwel), menambah, jemaah itu perlulah bersifat dinamik hingga layak dikatakan sebagai sebuah ‘harakah islamiyah’ yang bermatlamatkan kembali kepada islam untuk memimpin masyarakat dan mengarah seluruh aspek kehidupan.

14. Ciri-ciri sebuah harakah islamiyah ialah: (i) Rabbaniyah (ketuhanan), (ii) Syumuliyyah (menyeluruh), (iii) ‘Alamiyyah (kesejagatan), (iv) Waqi’iyyah (praktikal), (v) Thabat & Murunah (tetap dan tegas pada prinsip, fleksibel dalam pendekatan), (vi) Inqilabiyyah (tertegak atas keruntuhan jahiliyyah)

15. Ustaz Dr. Khairuddin at-Takiri (Pakar bahasa & kesusasteraan Arab (Jordan), memiliki PhD dalam Pengajian Islam (UKM), bekas pensyarah UKM, pemilik sekolah tahfiz Darul Fuqaha, ahli perniagaan) menyatakan bahawa tafsiran ulama’ pada surah ali-Imran ayat 104 adalah seperti berikut:

(i) ‘Yad’una ila al-khair’ bermaksud menyeru kepada islam terhadap yang bukan islam

(ii) Manakala seruan ‘amar ma’ruf nahi munkar’ pula adalah ditujukan kepada orang islam

(iii) Terhadap orang yang dah islam, orang itu sudah berjanji untuk ‘hidup secara islam’

(iv) Maka perlu DISURUH berbuat kebaikan (amar ma’ruf) apabila dia meninggalkan kebaikan dan perlu DITEGAH apabila berbuat kemungkaran (nahi munkar)

16. Itulah yang boleh saya gambarkan (secara ringkasnya) apakah pengisian yang saya terima daripada FUIYO 2011. Pastinya lebih banyak lagi yang kami belajar di dalam FUIYO 2011 – pelbagai dalil al-Quran, hadith, dan sirah yang boleh dikaitkan dengan kehidupan hari ini.

17. Tidak dilupakan ukhuwwah yang terjalin antara kami, salam dan peluk FUIYO yang merapatkan kami, lagu tema FUIYO yang menaikkan semangat kami, gurau senda yang mencuit hati kami, pengorbanan dan usaha para AJK yang menyentuh hati kami, dan banyak lagi.

18. Alhamdulillah ‘ala kulli hal, FUIYO 2011 sudah berakhir. Pabila sauh telah diangkat, layar sudah dilabuhakan, ayuh kita mulakan kemudi!

p.s. yang belum naik ‘kapal’, cepat-cepatlah membuat pilihan dan naikilah kapal yang unggul itu. Kita naik atau tidak, islam akan menang akhirnya, namun merugilah kita andai kita terlepas syurga yang diidam-idamkan itu (na’uzubillah min zalik!).

Allahu’alam.

Alumni,
FUIYO 2011.

Kenangan FUIYO 2011 (kot bersama name tag, dan badge-badge dari FUIYO 2011)
Ustaz Zamri mantop! (Gambar yang ingin diupload secara LIVE semasa FUIYO tetapi tidak kesampaian kerana tidak dapat akses kepada internet)

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s