Hidup Dalam Tiga Dimensi

Semalam, aku buka Facebook agak lewat. Sebelah malamnya. Sepanjang siang tidak kujenguk pun facebook. Aman hidup sebentar. Tapi, bila buka saja facebook, ada-ada sahajalah post-post yang ‘mengusik jiwa’. Ada yang ‘menghidupkan hati’, alhamdulillah. Namun, ada juga yang ‘mencederakan hati’. (T_T)

Salah satunya, sekitar isu politik. Ada yang sinis dengan pilihan orang yang ingin berpolitik. Ada yang sinis dengan pilihan orang untuk banyak bercakap tentang politik.

Sebab apa?

Sebab mereka rasa politik itu tak penting, mungkin. Ataupun sebab mereka faham bahawa kalau sebut politik, tidak islamik, mungkin. Atau kalau namanya politik, mestilah kotor, mungkin.

Mereka yang meluahkan itu aku kenali sebagai golongan yang islamist. Pendirian mereka secara tidak langsung mencabar pendirianku selama ini. Timbul ragu-ragu. Seccara spontan, aku terpaksa mempersoalkan diriku; betulkah aku, salahkah aku?

Jadi, aku cuba review semula, apakah aqidah perjuangan dalam berpolitik. Lalu terluahlah seperti yang berikut…

Hurm.
Meneliti kembali aqidah perjuangan dalam berpolitik.

Aqidah perjuangan ialah memperjuangkan aqidah.

Memperjuangkan aqidah ialah menyebarkan kalimah TAUHID yang membawa kepada perhambaan hanya pada Allah dengan membebaskan perhambaan sesama manusia.

Apa pula makna berpolitik?
Mengambil bahagian dalam urusan pemerintahan, kenegaraan.

Apa yang diperjuangkan dalam berpolitik?
Pemimpin yang dikagumi? Ideologi yang disukai?

Atau, apakah sebagai protes pada individu yang dibenci? Atau kerana marah pada sistem yang tirani?

Atau, saja-saja sebab syok sendiri?

Manusia menindas kerana tiada rasa perhambaan kepada Allah, lalu menjadi manusia yang memperhambakan manusia.

Manusia boleh diperhambakan oleh manusia, bergantung pada cara tadbir negara.

Kembali kepada aqidah perjuangan; mengembalikan perhambaan hanya pada Allah dengan membebaskan perhambaan sesama manusia.

Aqidah hanya terbina atas runtuhan jahiliyah.
Jahiliyah perlu diruntuhkan, seiring dengan mendirikan aqidah.
Kezaliman perlu ditumbangkan, dalam memastikan keadilan ditegakkan.
Amar ma’ruf itu, sama wajibnya dengan nahi munkar.
Begitu yang difahami.
Berpolitik/bernegara dengan tujuan ini.

Jika beginilah yang harus difahami, bagaimana boleh mengecualikan diri?

Penjelasan lanjut mungkin boleh rujuk tulisan ini.

Kesimpulannya, bila kita bicara mengenai kewajipan da’wah, amar ma’ruf nahi munkar, peranan sebagai ‘khalifah Allah’; skopnya sangat luas. Maka mengapa perlu ditanggapi dengan pendekatan yang sempit?

Hendak bentuk individu muslim, ianya perlu pendekatan 3-dimensi. Ajak manusia mengenal Allah, satu dimensi. Mewujudkan suasana yang mendekatkan manusia kepada Allah, satu lagi dimensi. Menghalang segala perkara yang boleh menjauhkan manusia dari Allah, satu dimensi yang lain pula.

Sebab itu realitinya, manusia hidup dalam 3-dimensi. Cabarannya besar, lagi-lagi dunia di akhir zaman ini, tiada rasul mahupun nabi. Dalam dunia ini ada syaitan ada taghut. Kalau pendekatan terbatas pada mengajak manusia kepada Allah, apa jaminan yang manusia boleh lawan hasutan syaitan dan pengaruh taghut? Oleh itu, bila kata nak berjuang, berjuanglah lengkap dengan pakej semua sekali.

Maafkan aku jika pendirian kita berbeza dalam hal ini. Aku memohon maaf kerana kalian saudaraku, tidak mahu ada terguris rasa antara kita kerana perbezaan ini. Betulkan dan tunjuki aku andai aku salah memahami.

Allahu’alam.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s