“Lalang” by MatLuthfi

Pertama sekali, komen yang ingin aku tuliskan ini bukanlah untuk mengkritik hasil karya MatLuthfi. MasyaAllah, MatLuthfi memang seorang yang berbakat dalam menghasilkan video. Bukan video saja-saja tapi ada mesej yang bermakna. Video MatLuthfi yang pertama aku tonton ialah video bertajuk “typical local film/drama scenes“. Mantop, tak kering gusi aku dibuatnya! LOL! >_<

Bermula dari situ, aku mengikuti video-video yang beliau hasilkan.πŸ™‚

Kemudian, baru-baru ini, MatLuthfi telah ‘menggegarkan dunia’ dengan kemunculannya dalam video ‘Oley!‘ dengan tagline beliau yang popular dalam video tersebut iaitu, “Curi gitar haram, curi hati takpe.” Video tersebut merupakan video response kepada video Sembang Rakyat yang menghina hukum hudud. Aku pernah kongsikan tentang video tersebut dahulu di blog ini.

Tentang video ‘lalang‘, beberapa hari lepas, entah bagaimana aku boleh terdetik untuk membuka channel MatLuthfi di Youtube. Sebaik sahaja dibuka, aku ternampak ada video terbaru di sana. Apa lagi, aku sungguh excited!

Video itu aku tonton. Aku expect aku akan ketawa menonton video itu (yalah, sedang exam, ingin mencari sesuatu yang boleh membuatkan diri tersenyum). Namun jangkaanku meleset kerana isu yang dibawa oleh MatLuthfi dalam video itu merupakan isu yang berat. Ianya berunsurkan sindiran kepada masyarakat yang suka berbalah dalam isu politik namun perbalahan itu selalunya tidak berasas.

Seperti kata MatLuthfi dalam penerangan yang dituliskannya di bawah video tersebut:

benar politik itu tidak kotor. cumanya penghujahan sihat jarang sekali berlaku. seringkali sesuatu isu itu dicemari sentiment parti, peribadi malah emosi. Lalang menceritakan sisi pandang pihak ketiga, sang kancil yang tersepit antara dua gajah…”

‘Lalang’ dalam video ini merujuk kepada golongan yang berkecuali dalam isu politik. Golongan ini dikatakan ‘lalang’ kerana mereka tiada pendirian (tidak menyokong mana-mana pihak) dan seperti tidak ambil kisah tentang isu semasa dan lebih suka ‘buat kerja sendiri’ sahaja (kerana mereka tidak menyatakan pendirian atau pendapat mereka secara terang-terangan mengenai isu-isu politik).

‘lalang’ : Satu Analisa

Sebelum kalian membaca komentarku, adalah baik untuk ditonton dahulu video ini agar lebih mudah memahami apa yang aku tuliskan:

Dalam video itu, ada 2 watak lelaki. Jika kita lihat, mereka jelas mempunyai pandangan politik yang berbeza. Apa yang MatLuthfi highlightkan ialah (aku rasa), daripada 2 watak tersebut, perbezaan pandangan politik antara mereka lebih dipengaruhi oleh sentimen politik kepartian. Dengan erti kata lain, golongan seperti ini cenderung membenarkan pihaknya saja walaupun nyata salah dan memburukkan pihak lawannya walaupun mereka benar.

(Contoh: cadangan memberi kondom percuma untuk mengatasi masalah buang bayi).

Seperkara lagi, jika perhatikan setiap kali mereka berbicara isu politik, lihat ‘suasana’ mereka. Tegang bukan? Setiap kali pun mesti bergaduh. Meninggi suara, sindir-menyindir, dan segala perbuatan yang menyakitkan hati satu sama lain.

Pada pengamatan aku, itulah ‘permasalahan’ yang ingin ditonjolkan dalam video tersebut. Yakni, permasalahan SIKAP segolongan anggota masyarakat yang berlebih-lebihan dari sudut emosi ketika berbicara mengenai politik. IQ dan SQ diletakkan entah di mana.

Matlamat “perbincangan” (baca: perbalahan) bukan untuk mendapatkan penyelesaian tetapi untuk memenangkan pendapat sendiri (dan parti yang disokong) dan pada masa yang sama ingin menyakitkan hati pihak yang satu lagi. Kedua-dua pihak pun sama saja.

Aku kira MatLuthfi telah berjaya mengenalpasti ‘latar belakang masyarakat’ yang ‘bermasalah’ dan telah ditonjolkan dalam video ini agar mesej yang ingin diketengahkan dapat disampaikan.

‘lalang’ : Pengajaran Yang Boleh Diambil

Maka, maksud yang dapat aku tafsirkan daripada video ini ialah; supaya kita selaku anggota masyarakat haruslah meninggalkan budaya berbalah pendapat dalam isu politik yang tidak sihat seperti caci-mencaci antara pihak berlawanan hingga menyebabkan pergaduhan.

Pengajaran lain yang boleh diambil ialah ahli politik sendiri (yang bertanggungjawab memulakan budaya caci-mencaci pihak lawan) perlu berhenti daripada budaya tidak elok itu kerana mereka menjadi contoh masyarakat. Apa yang mereka perkatakan akan ‘dilantunkan’ oleh rakyat. Mungkin bagi penyokong mereka (baca: ahli politik), perkara tersebut ‘halal’ untuk dilakukan kerana insan yang mereka ‘hormat’ pun berbuat begitu.

Masyarakat seluruhnya (ahli politik mahupun pengikut mereka) perlu melakukan PERUBAHAN SIKAP.

Buat rakyat marhaen seperti kita, menjadi keperluan untuk kita cakna dalam isu politik dan isu semasa. Sebab itulah MatLuthfi menghighlightkan ‘politik itu tidak kotor’; ayat tersebut menunjukkan unsur penegasan bahawa politik itu penting dan perlu.

‘lalang’ :Β  Ekspresi Simpati

Amat menyimpang anggapan pihak tertentu (pengkomen video tersebut) yang mentafsirkan bahawa MatLuthfi ‘menyokong’ golongan yang diistilahkan sebagai ‘lalang’ ini.

Aku rasa MatLuthfi hanya ‘bersimpati’ kepada golongan ‘lalang’ yang menjadi mangsa masyarakat yang diwakili oleh 2 watak yang disebutkan tadi. Apa yang menyedihkan wujudnya golongan ‘lalang’ ini bukanlah kerana mereka tidak mahu ambil kisah tentang isu semasa dan politik.

Tetapi, mereka mengambil sikap ‘berkecuali’ atau ‘mediamkan diri’ kerana mereka menyampah, meluat, muak, dan yang sewaktu dengannya terhadap SIKAP masyarakat yang lebih kepada emosi dalam membicarakan isu politik yang kadang-kala membawa kepada pergaduhan (dan permusuhan).

*kalau rajin, boleh la go through komen-komen pada video tersebut dan kalian akan mendapati luahan rasa ramai ‘lalang’ seperti yang aku tuliskan di atas*

‘lalang’ : Mesej Utama

Apabila dikatakan kita perlu cakna akan isu politik dan isu semasa, tidak bermaksud kita harus mengambil sikap politik kepartian. Kita bebas mengkritik kedua-dua pihak. Namun perlu diperjelaskan di sini, apabila dikatakan ‘mengkritik’ bukanlah bermaksud bercakap mengenai keburukan peribadi tokoh-tokoh politik (contoh: menggelarkan orang dengan gelaran seperti ‘Nojib Altantuya‘, ‘Onwar Aljuburi‘, dll).

Tindakan mengkritik secara negatif (baca: menghina, mencaci, dsb) tidak ada manfaatnya. Malahan menambah dosa. Perkara ini dihighlightkan oleh MatLuthfi dalam babak terakhir video tersebut di mana watak ‘lalang’ itu membocorkan siling dan air menitis daripada siling itu lalu mengatakan, “Siapa yang nak cegah masalah pi tutup lubang, siapa yang nak kawal masalah, pi cari baldi.”

Ketika kedua-dua lelaki tadi bergegas ingin “menyelesaikan masalah siling bocor tetsebut”, mereka telah dihentikan oleh watak ‘lalang’ yang bertanya mereka hendak ke mana. Dengan serentak mereka menjawab mereka ingin menyelesaikan masalah itu. Apa kata watak ‘lalang’ itu seterusnya?

Takyah, takyah, takyah. Hangpa sambung bergaduh, masalah selesai sendiri!” dengan nada yang penuh sinikal.

Di sini kita dapat melihat dengan jelas ‘mesej utama’ yang boleh kita ambil ialah: perbalahan politik dalam kalangan rakyat seperti yang dilakukan oleh 2 watak lelaki itu tadi tidak membawa ke mana. “Perbincangan” (so-called) mereka selama ini yang konononnya ‘cakna akan isu politik dan isu semasa’ tidak menyelesaikan apa-apa pun.

Apa yang mereka dapat? Rasa sakit hati dan benci antara satu sama lain. Dalam skala masyarakat yang lebih besar, ini menyebabkan perpecahan yang ketara.

Di akhir video, MatLuthfi meninggalkan kita dengan sepotong ayat, “ya mereka pohon besar, akar kuat sampai sukar nak diubah“. Apa yang boleh aku tafsirkan, walau dahsyat bagaimana pun rakyat marhaen seperti kita mengkritik ‘pihak atasan’, kita takkan mampu ubah apa-apa tentang mereka, akhirnya bergaduh sesama sendiri sahaja.

KESIMPULANNYA: Berhenti kutuk-mengutuk antara penyokong-penyokong parti politik kerana apa yang dibuat itu TIDAK BERGUNA dan TAK DAPAT MENGUBAH APA-APA. Tindakan itu hanya akan menyebabkan lebih ramai anggota masyarakat memilih untuk menjadi ‘lalang’ di mana jika ianya berlaku, merupakan perkara yang sangat merugikan negara!

‘lalang’ : Menjadinya Bukan Pilihan

MatLuthfi tidak meninggalkan ‘penyelesaian’ yang jelas kepada kita selaku penonton. Mungkin MatLuthfi ingin kita berfikir dan mentafsir sendiri. Namun, natijahnya wujudlah pelbagai tafsiran yang boleh kita lihat daripada respon para penonton. Ada yang menafsirkan video itu ‘mengiktiraf’ sikap ‘lalang’ (di mana aku sangat tidak bersetuju degan tafsiran ini) dan tafsiran seperti yang aku fahami.

Jika kita teliti kembali, mesej yang sama juga harus dihayati oleh golongan ‘lalang’ iaitu, tindakan mereka untuk ‘tidak berbuat apa-apa’ juga tidak mampu mengubah keadaan. Walaupun mereka merasakan dengan ‘berdiam diri’ mereka telah terhindar daripada ‘mencetuskan perkelahian’ dan bersikap (baca: bajet) ‘neutral’, namun dengan ‘berdiam diri’ itu juga mereka secara tidak langsung merelakan apa yang mereka tidak persetujui.

Ini mengingatkan aku dengan satu quote yang sangat terkenal:

β€œIf you are neutral in situations of injustice, you have chosen the side of the oppressor. If an elephant has its foot on the tail of a mouse, and you say that you are neutral, the mouse will not appreciate your neutrality.”

(Desmond Tutu)

Jika kita sama-sama membukakan mata dan melihat realiti semasa, kita dapat merasakan ketidakadilan itu memang wujud. Banyak perkara yang tidak kena sedang berlaku dalam masayarakat kita. Sebagai contohnya: kenaikan harga barang, masalah sosial remaja dengan peningkatan kes buang bayi, hidup rakyat termiskin banyak yang tidak terbela, dan sebagainya.

Itu contoh yang kita boleh ‘rasa’ sebab ia dekat dengan kita. Kita sebagai pengguna dapat merasakan apabila harga barangan meningkat. Contohnya, apabila syarikat telco menaikkan caj penghantaran SMS, kita akan melenting. Ataupun, kita pasti pernah mendengar rungutan ibu bapa kita seperti, “Bulan lepas, harga tepung RM1.80 sekarang dah naik RM 2.40! Cekik darahnya!” dan lain-lain.

Masalah sosial? Lihat sahaja kawan-kawan kita. Di sekolah, universiti, di Facebook; lihat cara pergaulan mereka. Banyak aksi yang kalau diketahui oleh ibu bapa pasti akan mengecewakan para ibu bapa.

Itu satu dua contoh yang ‘dekat’ dengan kita. Tetapi untuk kita tidak ‘merasa apa-apa’ itu adalah sesuatu yang tidak kena.

Dalam diri kita perlu ada perasaan ‘there is something wrong somewhere’. Dengan tidak membutakan mata terhadap permasalahan inilah yang akan membawa kita – suka ataupun tidak suka – untuk cakna akan isu politik dan isu semasa.

Politics : It’s All About Governance!

Adalah mustahil jika masalah masyarakat dan negara ini tidak dikaitkan dengan politik kerana politics is all about governance! Politik adalah berkaitan dengan urusan pentadbiran (baca: masyarakat, negara). Presenting problem yang timbul pasti disebabkan actual problem yakni masalah berkaitan dasar atau ‘bersifat akar’.

Mungkin ada silap urus, mungkin ada cuai pada sikap mereka yang mengurus, dan lain-lain.

Sekadar Bergosip : Hindarkanlah

Seperkara lagi, jika kita pernah terdorong untuk berbicara isu politik dan semasa, elakkan butir bicara yang menyentuh hal peribadi. Contohnya (pengalaman sendiri ni), pernah seseorang menceritakan padaku, ada seorang menteri ini, sebelum beliau nak berjumpa orang ramai, beliau akan pakai lipstik (tapi memang betul pun, bibirnya selalu nampak merah – oh beliau adalah seorang lelaki).

Dalam erti kata lain, elakkan bercerita tentang apa-apa keaiban orang tersebut yang tidak melibatkan hak orang ramai. Tetapi, jika keaibannya itu melibatkan hak orang ramai seperti terdapat bukti jelas bahawa orang tersebut mengamalkan rasuah atau tanda-tanda mengamalkan rasuah (contohnya hidup terlampau mewah sedangkan kalau diikutkan gaji sebagai menteri tidak mungkin dapat hidup semewah itu), maka kita boleh persoalkan.

Ingin Mengubah : Usahakanlah

Seterusnya, kita perlu berfikir apakah cara-cara yang boleh kita lakukan agar isu politik atau isu semasa yang kita bicarakan tidak hanya terhenti pada sembang kedai kopi sahaja. Banyak yang kita boleh buat:-

Tulis surat. Lapor polis. Hantar memorandum. Menyertai demonstrasi yang terancang. Mengundi. Sertai parti politik. Sertai NGO dengan perjuangan tertentu. Terlibat dalam kempen kesedaran (e.g. melalui video, poster dll). Dan banyak lagi.

Terserah kepada kita CARA bagaimana dan SALURAN apa yang kita ingin gunakan. Apa yang penting, PERUBAHAN KEADAAN itu kita usahakan. Dalam membuat pilihan ‘cara bagaimana’ dan ‘saluran apa’ itu, kita ada sistem nilai untuk membuat pertimbangan. Buat yang muslim, kita tahu garisan halal-dan-haram. Untuk perkara yangΒ  tidak pasti, kita ada ramai ulama’ untuk dijadikan rujukan.

Selari dengan hadith Rasulullah s.a.w. yang bermaksud:

Sesiapa di kalangan kamu yang melihat kemungkaran, maka hendaklah ia mengubahkannya dengan tangan. Jika dia tidak mampu, maka hendaklah mengubahkannya dengan lidahnya, dan jika dia tidak mampu maka hendaklah mengubahkannya dengan hatinya, yang demikian itu adalah selemah-lemah iman.”

(Riwayat Muslim)

Akhir kata, kita ada tanggungjawab sosial dalam masyarakat. Apatah lagi buat umat islam, memelihara kepentingan sosial itu suatu kewajipan buat kita. Lihat saja bagaimana adab yang Rasulullah s.a.w. ajarkan kepada kita dalam melayani tetamu dan kehidupan berjiran. Itu bukti islam menjunjung nilai kemasyarakatan. Rasulullah s.a.w. juga memberikan teladan pemerintahan yang adil, itu bukti islam mengangkat nilai rakyat dan kenegaraan.

Oleh itu, menjadi ‘lalang’ bukan pilihan kita sama sekali.

Aku tidak tahu apakah apa yang aku faham daripada video “lalang” oleh MatLuthfi ini sama seperti yang MatLuthfi ingin sampaikan. Kalaulah MatLuthfi terbaca tulisan ini, harap MatLuthfi boleh betulkan saya kalau saya salah. Kalian yang membaca pun, jika ada pandangan lain yang ingin dikongsikan, adalah amat dialu-alukan.πŸ™‚

Sekadar pandangan amatur walaupun cara tulis bajet macam penganalisis filem. Just kidding! πŸ˜›

Bacaan sisi: “Tamatkan Politik Fitnah” (tulisan yang baik oleh Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Malaysia, Dato’ Saifuddin Abdullah)

Allahu’alam.

2 thoughts on ““Lalang” by MatLuthfi

  1. lalang bukan satu pilihan.

    betul .krtitikan & ketidakpuashatian itu sangat perlu diutarakan tapi dalam masa yg sama perlu betul saluran dia dan perlu ada takat mana batas dia. aku rasa.

    aku suka video lalang ni. cuma dia tak bagi solusi.

    tapi xpalah. untuk aku hasilkan video sebagus ni pun belum tentu. ya dak?πŸ˜€

    1. Terima kasih singgah Rybe. Setuju, sebagai rakyat kita harus jadi ‘check and balance’ kepada ahli-ahli politik ni.

      Saya pun rasa video ‘lalang’ ni bagus. Bukan senang nak buat video (nak cari idea, nak shoot, nak edit), tapi Matluthfi berjaya buat alhamdulillah. Lagi-lagi video yang bermesej macam ni.πŸ™‚

      Sebenarnya tulisan ni lahir daripada kerisauan saya pada komen-komen (sebahagiannya) pada video tersebut yang bernada “kita perlu terus jadi lalang”, harap sangat orang yang menonton tak salah mentafsir.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s