Tazkirah Di Suatu Petang

Semalam, usai solat Asar berjemaah dengan seorang sister dari Sudan, tak sempat hendak baca doa, dia bertanya kepadaku, “Do you know the morning/evening azkar?” (aku rasa dia nak ajak aku baca azkar tersebut bersama-sama)

*blur sekejap*

“Sorry?” kataku. Lalu dia mengambil satu buku kecil di rak buku di surau itu dan menyerahkannya kepadaku. Sekali imbas, macam al-mathurat (tapi tak 100% sama). Dalam buku kecil itu ada banyak potongan surah serta zikir dan doa harian.

*dipendekkan cerita*

Sister dari Sudan tersebut mengingatkan aku tentang 2 perkara:

1) Bacalah zikir harian setiap selepas Subuh dan Asar (kalau kita di Malaysia, mungkin familiar dengan al-mathurat)

2) Buat solat istikharah setiap hari/masa (sebaiknya sebelum Subuh)

Katanya, buat solat istikharah bukan semata-mata bila kita tak pasti nak buat keputusan sahaja. Dia memberi contoh, setiap pagi dia akan meninggalkan rumah, dia buat istikharah sebelumnya (aku assume sebelum Subuh).

Dia kata, dengan membuat istikharah, dia turut meniatkan dengan istikharah itu dia menyerahkan kepada Allah bahawa jika keluar rumah pada hari itu adalah baik baginya, Allah akan memudahkan.

Jika keluar rumah pada hari itu bakal memudaratkan atau jika ianya lebih baik untuk dia tidak keluar, maka Allah mungkin tidak akan mempermudah urusannya keluar.

Untuk zikir harian, dia kata zikir itu penting sebagai permohonan kita untuk sentiasa dalam perlindungan Allah. Selain itu, diharapkan Allah akan memberikan kita ‘keberkatan masa’ (i.e. dapat banyak manfaat dalam masa singkat).

Akhirnya, jika segalanya kita serahkan pada Allah, walau “teruk” macam mana pun hari yang kita alami, kita tetap redha dan tenang sebab kita dah serahkan semunya kepada Allah dan kita yakin bahawa itulah yang terbaik untuk kita dari Allah.

******

Subhanallah. Jazakillahu khair sister for such a beautiful reminder! May Allah bless her always.

Advertisements

PSI: Temuduga Berstruktur (Bahagian 2)

Dalam post sebelum ini aku telah menceritakan sedikit sebanyak apa yang berlaku dalam engagement session bersama Petronas pada malam Sabtu tersebut. Baik, aku sambung dari situ ya. 😉

Jadi, selesai saja sesi QnA, kami dibahagikan kepada dua. Satu kumpulan student yang mengambil aliran teknikal yakni engineering dan satu kumpulan lagi yang mengambil bidang bukan teknikal seperti accounting & finance dan economics. Dalam sesi ini basically adalah rentetan daripada sesi QnA yang dibuat sebelumnya. Dalam sesi ini, kami boleh bertanya soalan yang mungkin lebih spesifik dengan bidang teknikal atau bukan teknikal.

Mitos dan Realiti

Aku rasa sesi tersebut sangat bermanfaat. Salah satunya ialah melalui penjelasan dan perkongsian pengalaman daripada para delegasi, kami didedahkan sedikit sebanyak realiti bekerja di lapangan sebenar. Selama ini di universiti, kita hanya mempelajari teori demi teori, namun bagaimana hendak menghubungkan teori dengan realiti, itulah yang lebih utama sebenarnya.

Kalian mungkin boleh jadi seorang yang hebat dari segi teori dan mendapat deretan A. Namun, jika gagal mengadaptasi dengan realiti, mungkin sukar untuk diaplikasikan segala teori yang diketahui itu. Ada satu analogi yang sangat menarik yang dikongsikan oleh delegasi tersebut. Dia berkata (lebih kurang maksudnya), “Kalau di universiti, anda akan mendapat assignment yang berbunyi begini:

A failure has been detected at one of the operating units on the plant. The failure must be resolved quickly as any delay would cost the business because the plant will need to be shut down while the problem is being fixed. As the project engineer you are required to investigate on what happened and prepare a report for it. The length of the report must not be less than 2500 words.

As a guidance, the following questions are provided for you to prepare the report:

  • What had cause the failure (e.g. specific instrument)
  • What are the immediate measures that need to  be taken
  • What are the long term measures that need to be taken
  • How can the incident be prevented in the first place
  • How much the failure had cost the business, do some economic analysis in it
  • ….

The deadline of the report is two weeks from now.”

Dalam alam realiti (ketika sudah mula bekerja) nanti, apa yang membezakan? Nanti, apa yang kita akan dapat hanyalah:

“A failure has been detected at one of the operating units on the plant”

Itu sahaja. Tidak ada penerangan lanjut tentang apa yang kita perlu buat. Tidak ada bullet points yang boleh meng-assist kita bagaimana untuk meng-approach sistuasi itu. Tidak ada panduan ‘bilangan patah perkataan’ i.e. panjang mana report yang kita perlu buat. Tidak ada ‘deadline’ yang jelas bila report itu perlu disiapkan.

Tiba-tiba sahaja, kita dipanggil oleh bos dan diminta untuk ‘fix the problem. ASAP!’

Jadi di sinilah kemahiran-kemahiran lembut (soft-skills), kemahiran berfikir, kemahiran bekerja dalam kumpulan, dan lain-lain (seperti yang aku ceritakan dalam post sebelum ini) diperlukan. Di alam realiti, kita tidak boleh lagi menjadi dependent dengan sesuatu yang lain untuk memberi panduan kepada kita dalam mencari penyelesaian kepada apa jua permasalahan yang timbul.

Tidak ada ‘lecturer‘ yang boleh memberi outlines kepada kita apakah langkah-langkah penyelesaian masalah yang sesuai. Semuanya perlu bermula dengan inisiatif diri sendiri. Satu tips yang dikongsikan oleh delegasi tersebut ialah (lebih kurang maksudnya),

“Ask the right question, then find the right answer”

Ketua Delegasi (Sponsorship & Talent Sourcing Unit)

‘Apa Yang Boleh Saya Sumbangkan?’ Atau ‘Apa Yang Boleh Saya Buat Untuk Menyumbang?’

Pasti kalian pernah mendengar ‘rungutan’ daripada para senior yang sudah mula bekerja tetapi pekerjaan yang mereka lakukan tidak ada kaitan dengan bidang yang mereka pelajari selama ini di universiti. Dalam keadaan ekonomi yang mencabar ini, kita tidak dapat terlalu memilih pekerjaan. Sebaiknya, apa sahaja peluang pekerjaan yang diterima harus diambil walaupun ianya mungkin tiada kaitan dengan apa yang kita pelajari di universiti.

Tidak kurang ramainya para fresh graduates, apabila mereka memasuki alam pekerjaan, ada kecenderungan untuk mereka bertanyakan pada diri, ‘Apa yang boleh saya sumbangkan kepada syarikat ini dengan ilmu yang telah saya pelajari di universiti?

Apa yang menjadi permasalahan kepada mentaliti seumpama itu ialah apabila mereka mengalami ‘kebuntuan’ dalam pekerjaan mereka, ianya akan membuatkan mereka berasa ‘down’. Mereka mungkin akan berputus asa dan memberi alasan, ‘Macam manalah aku nak buat benda ni, aku tak pernah belajar semua ni di universiti!’

Dengan sikap itu, dia tidak akan dapat menyelesaikan permasalahan yang dihadapi dan dia juga tidak akan berasa gembira dengan pekerjaannya. Bukankah menyedihkan? 😦

Oleh itu, para delegasi itu mengingatkan kepada kami bahawa bukan apa yang kita tidak tahu menjadi persoalannya tetapi sejauh mana kita berusaha untuk menjadikan diri kita tahu. Justeru, persoalan yang lebih sesuai untuk ditanyakan kepada diri ialah, ‘Apa yang boleh saya buat untuk menyumbang?

Mungkin inilah antara ciri-ciri employable employee yang diinginkan oleh Petronas (atau mana-mana majikan) – kemampuan untuk mengadaptasikan diri. Dalam kalangan delegasi itu sendiri, sekurang-kurangnya 2 daripada mereka mempunyai pengalaman ‘di universiti belajar lain, bila masuk ofis dapat kerja lain.’

Yang pertama, seorang graduan geology dari Kanada (sekitar 80-an). Ketika beliau memohon kerja di Petronas selepas tamat belajar, hanya 2 orang geologist yang diperlukan dalam Petronas pada ketika itu. Beliau tidak berjaya untuk mendapatkan salah satu posisi geologist itu (tetapi beliau tersenarai sebagai top 5 final candidates) dan terpaksa menceburkan diri dalam bidang IT di Petronas. Bayangkan!

Namun kini, beliau telah menjadi pakar dalam bidang tersebut dan bertanggungjawab dalam pengumpulan dan penghasilan data bagi kegunaan kerja-kerja upstream yang dilakukan oleh Petronas. Malahan beliau juga memegang posisi penting dalam pekerjaan beliau. Mungkin kalian bertanya, bagaimana beliau boleh menjadi pakar dalam bidang IT (yang tidak dipelajarinya di universiti)? Jawapannya, segala kepakaran dan kemahiran itu didapati daripada pengalaman yang beliau dapat daripada pekerjaan yang dilakukan.

Yang kedua pula merupakan seorang mechanical engineer by training, namun kini menjadi seorang senior process engineer (atau lebih dikenali umum sebagai chemical engineer) dalam Petronas. Lebih kurang sama juga apa yang terjadi kepada beliau, iaitu ketika beliau mula-mula masuk ke dalam Petronas, beliau telah dilibatkan dalam projek yang berkaitan dengan process plant. Kemahiran baru itu dipelajari daripada pengalaman dan bukannya pendidikan formal di universiti.

Mengaitkan semua ini dengan temuduga, ciri-ciri adaptability ini perlu ditonjolkan dalam CV dan juga semasa sesi temuduga. Kesediaan untuk belajar benda baru, tidak malu bertanya, dan resourceful sangat membantu untuk survive dalam alam pekerjaan yang tidak boleh dijangka. Salah seorang delegasi menyatakan bahawa, waima diberikan kerja mem-fotostat sekalipun perlu dimanfaatkan sebaik-baiknya!

Bukan pada ‘kerja mem-fotostat’ itu yang perlu di-highlight-kan tetapi ilmu yang diperolehi ketika mem-fotostat itu yang lebih bernilai. Katanya, sambil mem-fotostat helaian demi helaian kertas itu, peluang itu perlu digunakan untuk membaca apa yang terkandung dalam dokumen itu. Mungkin saja apa yang difotostat tiada berkaitan dengan kerja kita namun maklumat yang terdapat dalamnya mungkin boleh memberi nilai tambah kepada diri yang mungkin berguna pada suatu masa nanti!

Akhirnya engagement session pada malam itu tamat sekitar pukul 11 malam. Sebelum bersurai, sempat juga kami mengambil gambar beramai-ramai bersama para delegasi (sayangnya semua kamera yang diugunakan pada ketika itu adalah milik delegasi atau student advisor kami).

Oh, sebut tentang gambar, ada satu gambar yang aku rasakan menarik. Hehe. Sebabnya, dalam gambar candid yang diambil oleh kawanku Imeyk, aku sempat berada dalam satu gambar bersama dengan 2 orang yang telah melakukan temuduga ke atasku pada keesokan harinya. 😀

Hari Temuduga

Hari Ahad pun menjelma. Temudugaku dijadualkan pada petang Ahad itu. Semenjak pagi, pastinya terasa sedikit (atau banyak?) nervous. Aku keluar dari hotel pada pukul 11 pagi dan menuju ke Malaysian Hall untuk menanti di sana sebelum ke lokasi temuduga. Alhamdulillah, sampainya di sana, aku bertemu dengan rakan-rakan lain yang sedang/telah habis bersarapan di mana mereka kesemuanya telah selesai dengan temuduga. Aku pula tidak lalu untuk makan (walaupun terdapat banyak pilihan makanan eksotik Malaysia di sana!) (-_-“)

Alhamdulillah, aku bersyukur kerana kesempatan bertemu mereka sedikit-sebanyak mengurangkan rasa nervousku. Mereka mengongsikan pengalaman ditemuduga dan memberikan tips-tips yang boleh aku bersedia sedikit-sebanyak dengannya. Semoga Allah merahmati dan memberkati semua yang sudi berkongsi itu! Allahumma ameen.

Setelah selesai menunaikan solat jamak Zohor dan Asar di Malaysian Hall, aku pun mula bergerak untuk menuju ke lokasi temuduga di Hilton Metropole London. Rakan-rakan lain juga sebahagiannya sudah siap-siap untuk pulang ke tempat masing-masing. Sempat juga kami bergambar sebelum berpisah.

Dari kiri (berdiri): Fauzana (Warwick), Faiz (Exeter), Iman (Warwick), Zaki (London), Habibah (Warwick), Farrah (Lancaster), Hanis (Leeds), Mana (Birmingham), Syafiqah (Bath), Izzaty (Leeds); (duduk) Long Haffiz (London), Qama (Durham), Said (France); Imeyk (photographer) 🙂

Temuduga Berstruktur Petronas (PSI)

Apa yang ingin aku kongsikan di sini bolehlah sedikit-sebanyak dijadikan rujukan andai kata pada masa depan ada junior yang bertanya tentang pengalaman melalui PSI (hehe. Sebabnya aku pun bertanya kepada seniorku pengalaman mereka, sebelum aku terlupa banyak perkara, mungkin elok juga kalau buat catatan ini). (^_^”)

Aku tiba di Hilton Metropole London sekitar pukul 1.30 petang. Sementara menunggu giliranku untuk temuduga, aku menanti sambil berborak dengan 2 orang lagi kawan dan student advisor kami. Beliau menceritakan pengalaman beliau bekerja di Petronas Dagangan. Banyak kisah menarik yang beliau ceritakan. Tidak lupa juga beliau memberikan sedikit kata semangat untuk temuduga.

Student Advisor yang sangat supportive dan prihatin, En Shahfree

Sekitar pukul 2.30 petang aku masuk ke dalam sebuah bilik menunggu. Di dalam bilik itu ada dua lagi calon temuduga sedang mempersiapkan diri dengan case study mereka. Sebelum aku diberikan case studyku pada pukul 3 petang, aku diminta untuk mengisi borang application for employment. Sekitar pukul 3.30 petang barulah aku masuk ke bilik temuduga.

Secara kasarnya, temuduga ini bolehlah dibahagikan kepada 3 bahagian.

PSI: Bahagian 1

Pertama sekali, mereka meminta untuk aku memperkenalkan diri. Ringkas sahaja, sambil aku bercakap mereka juga bertanya soalan-soalan yang berkaitan dengan diri. Mereka juga bertanya apakah strengths dan weaknesses diri. Kemudian, mereka meminta supaya aku menceritakan satu pengalaman yang aku rasakan mencabar di mana outcomenya positif.

Untuk makluman kalian, sambil mereka bertanya dan aku bercakap, mereka juga membuat catatan pada borang yang ada di hadapan mereka. Apa yang aku boleh katakan dalam soalan ketiga itu, mereka prefer jika aku boleh menceritakan satu pengalaman di mana dalam pengalaman itu aku ada mengaplikasikan beberapa langkah seperti mengenal pasti masalah, menyelesaikan masalah, membuat keputusan, dan sebagainya.

Aku telah memilih untuk menggunakan penglibatan dalam jualan cendol FUIYO 2009 sebagai contoh pengalaman. Apa yang perlu aku buat ialah ‘bercerita’ pengalaman itu dan mereka bertanya soalan untuk mendapatkan maklumat yang mereka inginkan. Antara soalan yang yang boleh aku tafsirkan:

  • Apa pengalaman mencabar
  • Adakah dalam pengalaman itu aku ada membuat pilihan (daripada beberapa pilihan yang ada)
  • Apa yang aku buat dalam proses untuk membuat pilihan akhir (i.e. screening process yang mungkin dilakukan seperti menilai options yang ada; menetapkan kriteria bagi ‘memotong’ mana-mana pilihan yang tidak feasible untuk membuat narrowing down of the available options)
  • Menjustifikasikan kenapa akhirnya aku memilih untuk membuat pilihan itu
  • Adakah ada sesi perbincangan/brainstorming terlibat dalam membuat keputusan itu (di mana kita terlibat dengan kerja secara berkumpulan, berkomunikasi, etc)
  • Selepas buat pilihan, apa tindakan seterusnya daripada aku (follow-up procedures)
  • etc.

Yang aku senaraikan itu secara kasar sahaja (aku pun tak ingat exactly apa yang mereka tanya). Ianya sangat spontan dan bergantung pada respon yang kita berikan. Jika mereka merasakan jawapan kita tidak cukup memuaskan hati mereka, mereka akan terus bertanya dan bertanya sehingga mereka dapat mengenalpasti kriteria yang mereka cari (jika ada).

Untuk bahagian ini, apa yang penting (aku rasa) adalah untuk memikirkan satu contoh atau pengalaman yang pernah dilalui yang boleh kita pamerkan apa-apa soft-skills yang mungkin kita acquire mahupun require daripada pengalaman tersebut. Gunakan peluang ini untuk menonjolkan apa-apa yang patut.

Contohnya, jika kalian pernah menghadapi krisis komunikasi ketika bekerja dalam kumpulan, boleh ceritakan apa langkah-langkah yang kalian ambil untuk menyelesaikannya. Ataupun jika pernah mendapat masalah yang tidak dijangka dalam sesebuah projek. Kalau aku boleh simpulkan, dalam menghadapi slot ini, kita perlu menunjukkan yang kita mampu untuk:

  • Identify the problem
  • Assess the impacts
  • Evaluate the options to solve it
  • Implement the chosen option
  • Monitor the outcome (i.e. does the chosen option solve the problem?)

Jadi, slot ini lebih kepada ingin melihat problem-solving skill kita. Aku rasalah.

Anyway, seterusnya, mereka bertanya kepadaku apakah pengalaman yang aku pernah ada yang memerlukan aku untuk menguasai sesuatu kemahiran baru dalam masa yang singkat. Lebih kuranglah macam yang di atas. Jadi, untuk manfaat kalian, bolehlah memikirkan dan bersedia dengan pengalaman yang berkaitan.

Apa yang mereka cari ialah, adakah kita dapat menguasai kemahiran itu dalam masa yang singkat. Oleh kerana proses untuk menguasai sesuatu kemahiran baru dalam masa yang singkat itu tidak mudah, jadi mereka ingin melihat apakah inisiatif kita dalam menguasai kemahiran baru itu. Contohnya, apakah kita hanya merujuk pada satu sumber? Adakah kita turut mencari alternatif lain untuk menguasai kemahiran itu? Susah juga aku nak terangkan di sini, tapi apa yang penting tonjolkan bahawa kalian tidak cepat putus asa dan berikhtiar 1001 cara hingga berjaya.

PSI: Bahagian 2

Baik, untuk bahagian 2 pula, aku perlu membentangkan case study yang diberikan kepadaku. Case study yang aku dapat ialah tentang kecenderungan syarikat besar untuk membuang pekerja demi mengurangkan kos. Dalam kertas case study itu, memang diberi penjelasan lengkaplah tentang case study tersebut. Apa yang perlu dibuat hanyalah memahami sistuasi yang diberikan.

Dalam masa 20-30 minit sebelum temuduga, kita diberi masa untuk mengeluarkan idea-idea yang boleh kita fikirkan daripada case study tersebut. Dalam kertas case study tersebut juga ada soalan-soalan yang boleh membantu kita. Aku rasa untuk bahagian ini, ianya lebih kepada melihat cara kita berfikir (aku tak tahulah bagaimana mereka membuat assessment dalam hal ini).

It’s more of giving our opinions on the matter. Jadi, tak ada jawapan yang betul atau salah. Tidak ada juga kaitan dengan course yang aku belajar, contohnya, tak ada pun ditanya elemen teknikal yang berkaitan dengan chemical engineering dalam case study tersebut. More to logical thinking. Contohnya, apa kesan daripada perkara sekian sekian. Apa yang boleh dibuat untuk mengatasi. Apa cadangan. Apa yang boleh dielakkan. That kind of thing.

Tuntasnya, apa saja idea yang kalian terfikirkan, keluarkan saja. Jangan risau kalau rasa ridiculous kah apa. Cuma, dalam kita membetangkan itu, mungkin ada provokasi-provokasi ringan (atau berat; aku rasa bergantung kepada penemuduga itu juga). Kalau menerima provokasi, jangan panik. Bertenang, fikir, dan jawab/jelaskan apa yang patut.

PSI: Bahagian 3

Akhir sekali ialah role-play. Sekali lagi kita akan diberikan satu situasi. Bezanya, untuk case study, kita ada masa untuk berfikir dan membuat catatan. Tetapi untuk role play ini, ianya spontan. Aku diberikan satu kertas di mana aku perlu memahami situasi tersebut. Jadi, aku perlu ‘membawa watak’ pengurus pemasaran di mana aku perlu menyampaikan  satu idea untuk mempromosikan sejenis minyak pelincir terbaru keluaran syarikat. Dalam situasi yang diberikan, bosku (yang dilakonkan oleh para penemuduga) tidak berkenan dengan idea yang ingin aku sampaikan.  (Idea tu memang dah ada dalam kertas role play teresebut, bukan sesuatu yang aku perlu fikirkan, ia hanya sebuah situasi).

Begitulah kisahnya. Jadi dalam sesi ini, ianya sangat spontan di mana kita hanya jawab sahajalah apa-apa yang ditanya atau diprovokasi oleh penemuduga. Mereka mungkin mempersoalkan tindakan kita dan sebagainya. Well, aku rasa part role play ni aku screwed-up sikit. Tak tahulah jika responku menepati kehendak penemuduga. ^^”

Aku rasa aku tidak diprovokasi dengan dahsyat sangat (mungkin sebab aku calon terakhir yang ditemuduga dan mungkin semua pun dah penat. aku rasa. Hehe). Namun, ada rakan-rakan lain yang menceritakan provokasi yang diberi sampai boleh mencabar kesabaran. Contohnya, kalau kalian jenis yang cepat marah, maka perlu tenang dan tidak sampai terlalu emosi atau meninggikan suara. Sebagai contohlah.

Apa yang boleh disimpulkan, seperti yang dijelaskan oleh penemuduga itu selepas sesi role play tersebut tamat ialah mereka ingin melihat sejauh mana aku boleh meyakinkan mereka dengan apa-apa yang aku sampaikan.  Aku tak dapat menghayati role play ini kerana ianya bukan situasi sebenar. erm, mungkin dalam situasi sebenar, lain respon yang mungkin kita berikan atau tekanan itu lebih dirasakan.

Akhir sekali sebelum berpisah, mereka menanyakan soalan general seperti ‘how do you see yourself in 5 years time etc?’ Jadi, kalian bolehlah bersedia dengan perancangan kalian. Contohnya, ingin menjadi professional engineer selepas sekian-sekian. Ingin menjadi CEO selepas sekian-sekian, dsb. Juga ditanya kepadaku apakah aku ingin berada dalam aliran teknikal atau bukan serta preference lokasi tempat kerja. Tambahan, kalau kalian ada apa-apa soalan ingin ditanyakan kepada mereka, bolehlah ditanya pada waktu itu juga.

Persiapan Sebelum Temuduga

Secara peribadi apa yang aku buat untuk persiapan PSI ini ialah antaranya bertanya dengan para senior yang juga merupakan scholar Petronas yang kini sedang bekerja di Petronas. Alhamdulillah, nasihat mereka sedikit-sebanyak membantu. Berikut beberapa nasihat para senior yang aku rasakan bermanfaat:

  • Prepare a GOOD resume
  • Answer the questions CONFIDENTLY
  • Get general interview tips (Google)
  • Get some idea of the business done by Petronas (yang ni bolehlah buka website dan baca corporate profile atau annual report)
  • ENJOY the interview!

Untuk poin keempat, aku rasa walaupun ianya tidak ditanya dalam sesi temuduga, mungkin bagus untuk tahu sedikit-sebanyak tentang operasi Petronas supaya kita tidak blur semasa sesi perkongsian/pembentangan oleh para delegasi semasa engagement session. Mereka akan memberikan contoh mengikut bahasa yang mereka biasa guna dalam Petronas. Contohnya, bila mereka sebut ‘upstream‘/’downstream‘, perlu tahu apa yang mereka maksudkan. Ataupun short form seperti ‘E&P’ yang merujuk kepada exploration & production. Dan lain-lain.

Student advisor kami pula seringkali mengingatkan supaya kami menjadi diri sendiri semasa temuduga. Be yourself, katanya. Aku bersetuju dengannya, dan tidak perlu untuk overdo dalam temuduga. Dalam laras bahasa kita selaku umat Islam, lakukanlah temuduga dengan ikhlas (i.e. kerana Allah).

Student advisor kami juga menggalakkan kami untuk menggunakan peluang semasa engagement session untuk beramah mesra dengan semua. Kalau ada soalan yang hendak ditanya, tanyakan saja. Sama ada semasa temuduga atau di luar temuduga.

Pergantungan Utama

Setalah menulis dengan panjang lebar pengalamanku yang seciput itu, sukalah untuk aku mengingatkan diriku dan kalian semua bahawa Allah jualah yang Maha Berkuasa ke atas segalanya.

Sama ada kita mampu jawab atau tidak.

Sama ada kita mampu bercakap dengan lancar atau tidak.

Sama ada kita bersabar atau tidak.

Sama ada kita berjaya atau tidak, dan setiap apa pun yang berkaitan dengan temuduga ini; semuanya tertakluk pada kuasa Allah jua.

Jadi, dalam sibuk membuat persiapan temuduga, pengharapan dan doa kepada Allah perlulah dilakukan sesungguhnya. Mohon agar Allah berikan kita ilham dan petunjuk andai kejayaan dalam temuduga itu sesuatu yang baik atau tidak untuk kita atau sebaliknya – kita serahkan sepenuhnya pada Allah. Buat solat sunat istikharah dan solat sunat hajat.

Jika kita rasa kita ‘cemerlang’ dalam temuduga (i.e. temuduga berjalan lancar), kita perlu ingat itu pun berlaku dengan izin Allah, maka tidak layak untuk kita merasa ‘besar diri’ dengan perkara tersebut. In the end, berjaya atau tidak dalam temuduga, jika kita telah menyerahkan sepenuhnya pergantungan kepada Allah, kita akan terima dengan redha. insyaAllah.

Seindah doa istikharah ini, mungkin boleh diamalkan juga:

“Ya Allah, aku memohon petunjuk daripada-Mu dengan ilmu-Mu dan aku memohon ketentuan daripada-Mu dengan kekuasaan-Mu dan aku memohon daripada-Mu akan limpah kurniaan-Mu yang besar. Sesungguhnya Engkau Maha Berkuasa sedangkan aku tidak berkuasa dan Engkau Maha Mengetahui sedangkan aku tidak mengetahui dan Engkaulah Yang Maha Mengetahui segala perkara yang ghaib.

Ya Allah, seandainya Engkau mengetahui bahawasanya urusan ini (sebutkan..) adalah baik bagiku pada agamaku, kehidupanku dan kesudahan urusanku sama ada cepat atau lambat, takdirkanlah ia bagiku dan permudahkanlah serta berkatilah bagiku padanya dan seandainya Engkau mengetahui bahawa urusan ini (sebutkan..) mendatangkan keburukan bagiku pada agamaku, kehidupanku dan kesudahan urusanku sama ada cepat atau lambat, maka jauhkanlah aku daripadanya dan takdirkanlah kebaikan untukku dalam sebarang keadaan sekalipun kemudian redhailah aku dengannya”

(Hadith Rasulullah)

Penutup

Ramai orang ada silap faham bahawa, pelajar yang ditaja Petronas akan confirm mendapat kerja dengan Petronas. Sesungguhnya itu tidak benar. Mendapat scholarship hanyalah merupakan bantuan pendidikan yang diberikan Petronas kepada pelajar yang melepasi temuduga selepas SPM. Untuk mendapat pekerjaan di Petronas, temuduga berstruktur inilah yang menjadi penentu (dengan izin Allah jua pastinya), di samping pencapaian akademik yang memenuhi requirement.

Perlu juga aku nyatakan, apa yang aku tulis hanyalah daripada point of view diriku, yang mungkin benar dan mungkin salah. Mungkin apa yang orang lain lalui tidak sama dengan apa yang aku lalui dalam temuduga tersebut. Mungkin orang lain mendapat soalan atau bentuk provokasi atau situasi yang berbeza denganku.

Oleh itu, sesiapa sahaja yang merasakan boleh mendapat manfaat daripada penulisan ini, diharap tidak mengambil bulat-bulat apa yang aku tuliskan namun cukup sekadar untuk mendapatkan gambaran kasar tentang temuduga berstrukutur ini. Adalah lebih baik jika kalian dapat bertanya dengan lebih ramai orang terutamanya yang lebih berpengalaman dan berpengetahuan.

Ini juga hanya tertakluk kepada temuduga berstruktur Petronas pada tahun ini dan mungkin berbeza pada masa akan datang atau berbeza daripada temuduga syarikat lain.

Akhir kata, doakan yang terbaik untuk kehidupanku pasca graduasi serta final year projects yang sedang dan akan dibuat sepanjang semester terakhir ini insyaAllah.

Buat yang akan menghadapi interview dalam masa terdekat, all the best! 🙂

Allahu’alam.

PSI: Temuduga Berstruktur (Bahagian 1)

Kalau diikutkan, banyak event yang berlaku dalam hidup semenjak tamat peperiksaan semester 1 yang lalu yang ingin dikongsikan, namun sepertinya tiada berkesempatan sahaja. 😛

Usai sahaja exam semester 1 yang lalu, aku telah ke London untuk menghadiri sebuah program anjuran UKEC iaitu ‘Projek Amanat Negara (PAN)’. Rasanya ke-exited-anku terhadap PAN telah pun diluahkan di Facebook dan Twitter. hehe. Banyak orang sudah menulis tentang PAN khususnya debat antara Rafizi Ramli (Pengarah Strategik PKR) dan KhairyKJ (Ketua Pemuda UMNO). Rata-rata yang ditulis penulis-penulis bebas di akhbar online telah meluahkan apa yang aku rasakan. 😉

Tamatnya PAN, aku bergerak pulang ke Bath tidak keseorangan. Dari Bath datang ke London solo, pulangnya ke Bath, bertiga! Pada awal pagi Isnin itu, aku bertemu dengan 2 tetamu yang datang jaaaaauh dari Rusia! 😀

Shafinaz dan Asylla dari Rusia! 🙂

Seronok sungguh rasanya bertemu dengan rakan lama dari alma materku – Kolej Tun Datu Tuanku Haji Bujang! (setelah sekian lamak, dapat juak dengar sora belon yang terkenal di Kolej dolok) 😀

Kemudian, beberapa hari yang berbaki semasa cuti seminggu itu pula diisi dengan beberapa tuntutan pekerjaan yang perlu dipenuhi. Jumpa lebih ramai kawan lagi pada penghujung minggu cuti tersebut. Tamat saja cuti itu, bermulalah nightmare bagi pelajar tahun akhir. Isnin yang muncul menyusul usai cuti itu menandakan bermulanya ‘era final year project’ bagi kami pelajar tahun akhir Kejuruteraan Kimia di University of Bath.

Brainstorming session

Tahun ini, sekali lagi aku ditakdirkan menjadi satu-satunya perempuan di dalam kumpulanku. Memang rasa janggal dan amat kurang bercakap pada awal-awal projek ini start 2 minggu lepas (sekarang ada kemajuan sikitlah, alhamdulillah. But still…kurang!). Nasib baik ahli kumpulanku rata-ratanya jenis yang ramah. Oh, kami perlu men-design satu device yang boleh merawat air dan pada masa yang sama boleh menghasilkan tenaga elektrik – microbial fuel cell (MFC).

Ringkasnya MFC ini memanfaatkan bakteria yang boleh ‘menghadam’ sisa organik yang wujud dalam air kotor dan serentak dengan itu boleh mengeluarkan elektron untuk menghasilkan elektrik.

Jadi, statusnya sekarang: aku dan rakan-rakan sekumpulan sedang “memecahkan otak” untuk menyiapkan tugasan kami (err, orang pecah otak boleh update blog? :P). Tapi secara serius memang penat. Sebab semenjak projek ini bermula, hampir setiap hari jadual kami ialah group meeting dari pagi hinggalah ke lewat petang. (-_-)

Allahu al-musta’an.

Temuduga Berstruktur

Okies, ini barulah masuk kepada apa yang aku nak kongsikan pada hari ini. Yang di atas tu, macam biasa, muqaddimah sahaja. hehe. 😀

Alhamdulillah, hujung minggu yang baru berlalu, aku telah sekali lagi ke London. Kali ini untuk menghadiri temuduga berstruktur Petronas. Aku ke London bersama dengan housemateku yang juga merangkap scholar Petronas, Afiqah. Kami bermalan di sebuah hotel di London sekali dengan seorang lagi kawan kami iaitu Mana.

Castleton Hotel London (sekitar Paddington)

Pada hari Sabtu itu sebenarnya telah bermula sesi temuduga untuk scholar Petronas. Dengarnya temuduga itu telah bermula pada awal minggu lepas. Jadi, kami antara yang terakhir ditemuduga. Giliranku pula pada hari Ahad, antara yang paling terakhir. Sesi temudugaku yang mengambil masa sekitar 1.5 jam tamat pada lewat petang juga.

Sebelum itu, pada sebelah malam hari Sabtu, telah diadakan engagement session bersama delegasi Petronas yang rata-ratanya terdiri daripada big bosses dalam Petronas. Paling tinggi jawatan rasanya ialah VP Finance. Ada juga GM Petronas Motorsports (kira bos Formula 1  lah)! Kagum, kedua-duanya wanita. 🙂

Selain daripada 2 wanita hebat itu, ada lagi ramai orang-orang hebat yang hadir (sebenarnya keseluruhan delegasi tu orang hebat, kalau tak, tidaklah mereka jadi big bosses). Salute!

Acara pada malam itu adalah satu sesi untuk kami beramah mesra dengan pihak majikan berpotensi kami. Sambil-sambil  makan, berborak dan mereka berkongsi pengalaman mereka dalam kerjaya masing-masing. Kami telah awal-awal lagi dinasihatkan oleh student advisor kami untuk menggunakan peluang itu sebaiknya dan cuba membina hubungan.

Oh, untuk setiap meja, student dan para delegasi dicampurkan. Oleh itu, tidak ada apa yang dinamakan ‘meja VIP’. Malam itu aku telah ditakdirkan oleh Allah untuk duduk bersebelahan dengan bos F1 tersebut! Phew~ Segan sungguh rasanya. Cakap pun sepatah dua saja. Dalam hati rasa, ‘habis la, tak berjaya menunjukkan rapport yang baik.’ (-_-“)

Tapi setelah malam semakin menjauh, kurang sikit rasa segan dan janggal tersebut. Di meja kami ada seorang lagi delegasi yang merupakan process engineer yang senior dan ada posisi besar juga. Disebabkan beliau banyak bercerita tentang aliran teknikal dalam Petronas, maka tumpuanku lebih kepada beliau pada malam itu.

Pembentangan oleh GM Petronas Motorsports

Kemudian, ada sesi pembentangan tentang organisasi Petronas. Apa yang ada di dalamnya. Apa visi, misi, dan yang sewaktu dengannya. Kemudian kami diterangkan juga pencapaian Petronas sedikit sebanyak. Dan rasanya yang paling menarik perhatian kami ialah penerangan tentang ciri-ciri employee yang diperlukan oleh Petronas. Jadi, dalam sesi temuduga dengan Petronas atau jika kalian berminat untuk memohon dan bekerja dengan Petronas, ciri-ciri inilah yang perlu ditonjolkan dalam CV dan semasa temuduga.

The Employable Employee

Aku tak ingat secara detail apakah ciri-ciri yang diperlukan, tetapi rasanya ciri-ciri ini adalah ciri-ciri tipikal yang sering diminta jika hendak memohon apa-apa pekerjaan atau biasiswa pun, seperti: leadership, teamwork, resilience, dan lain-lain soft-skills. Jadi mungkin tips pertama yang aku boleh konsgsikan, khususnya kepada adik-adik undergraduates, pastikan kalian aktif dalam kegiatan ko-kurikulum di universiti masing-masing, di samping memastikan status akademik yang baik (bukan cukup makan). *nak katanya, kedua-dua pun penting*

Tapi betulkanlah niat (kerana Allah itu yang utama ditambah dengan niat lain yang perlu). Janganlah menyertai aktiviti di universiti semata-mata ingin sijil tetapi berpartisipasilah secara aktif. Jadi orang yang ‘menyumbang’ bukan sekadar jadi ‘penerima sumbangan’. Contoh, instead of  jadi ‘peserta’ sesebuah program, sudikanlah juga diri untuk menjadi ‘penganjur program’.

Tak kisahlah, jadi tukang masakkah, drebar kah, tukang susun meja; jika ada peluang, volunteerkan diri. Percayalah, ia akan menjadi pengalaman yang sangat berharga! Jika ada peluang, boleh juga ambil pengalaman dengan memegang tanggungjawab yang lebih ‘formal’ seperti setiausaha, bendahari, exco, presiden, pengarah, dan sebagainya.

Mungkin ada yang bertanya, aku seriuskah pabila aku katakan menjadi ‘tukang masak’ pun boleh jadi sesuatu yang bermanfaat untuk temuduga seumpama ini?

Ya, ianya sangat bermanfaat. Seperti yang aku katakan tadi, kita perlu ada niat yang betul i.e. bukan sekadar nak dapat sijil atau untuk jadikan sesuatu yang boleh dimasukkan dalam CV.

Dengan menjadi ‘tukang masak’, banyak soft-skills yang kita boleh dapat. Contohnya, bila nak memasak untuk satu program yang pesertanya 150 orang, bukan mudah! Jadi perlu perancangan (1). Kalau kita yang jadi ‘ketua chef’, maka kita perlu bijak merancang, membuat kira-kira, berapa banyak bahan mentah yang hendak dibeli (2), hendak beli di mana, berapa ramai sidekick yang diperlukan untuk membantu, dan sebagainya.

Katakan seorang ketua chef yang tidak bijak merancang, ayam dibelinya seminggu lebih awal daripada program! Pastinya tindakan itu tidak betul kerana untuk memasak ayam, tentulah kita mahukan ayam yang fresh (dan halalan toyyiban). Kemudian, ketua chef itu juga perlu ‘tahu memasak’ (3). Untuk mencari sidekick, ketua chef perlu menghubungi ramai orang (4) dan ‘memujuk’ orang-orang tersebut (5) untuk menyertai pasukan memasaknya.

Tambahan lagi, ketika hari program, ketua chef juga perlu bijak menyusun jadual memasak pasukannya. Bila akan mula potong bawang, bila akan mula masak nasi, bila akan mula menghidang, mengemas, dll (6). Jika ketua chef itu tidak mampu merancang, maka jadinya makanan yang dimasak untuk lunch jadi makanan dinner. Naya!

Gordon Ramsay in the 'Hell's Kitchen' show

Tidak ada organisasi atau kumpulan yang sempurna. Menggunakan contoh yang sama, kemalangan boleh saja terjadi e.g. satu periuk kari ayam terbalik dan semua ayam itu tidak bersih untuk dimakan! Keadaan itu pasti sungguh stress. Jadi di sini memerlukan kebijaksanaan emosi (EQ) ketua chef tersebut dan pasukannya agar tidak panik (7) dan bertindak cepat untuk menyelesaikan isu (8) tersebut (maksudnya, apa yang boleh dihidangkan untuk menggantikan seperiuk ayam yang sepatutnya menjadi sajian tengah hari peserta).

Kalau tak jadi ‘ketua chef’ pun, sekadar menjadi sidekick ketua chef (baca: pengikut/follower), kemahiran yang sama juga diperlukan. Satu lagi kemahiran yang diperlukan ialah untuk mampu menerima arahan dan bertindak mengikut arahan (9). Andaikata kita gagal menjadi pengikut yang baik, maka tindakan kita itu akan menjejaskan keseluruhan pasukan. Contohnya, kita ditugaskan oleh ketua chef untuk memasak nasi, andai kata kita gagal menerima arahan ketua chef tentang berapa sukatan beras dan air yang diperlukan, boleh saja nasi itu menjadi mentah ataupun cair menjadi bubur!

‘Skil Lembut’ (Soft-skills)

Ok. Rasanya cukup dengan contoh yang aku beri. Kalau kalian perasan, aku ada letakkan nombor pada perenggan contoh di atas. Berikut ialah kemahiran yang kalian boleh dapati dengan menjadi ‘tukang masak’ tersebut:

(1) kemahiran merancang

(2) kemahiran membuat keputusan

(3) kemahiran khusus tertentu

(4) kemahiran komunikasi

(5) kemahiran negotiate

(6) kemahiran menguruskan masa/prioriti

(7) kemahiran menguruskan stress

(8) kemahiran menyelesaikan masalah

(9) kemahiran mendengar

Jadi, apa yang ‘dicari’ oleh Petronas (dan mana-mana employer pun) bukanlah jawatan apa kita pernah pegang. Bukan juga pada seprestij mana persatuan yang kita pernah sertai. Tetapi apa yang diinginkan ialah ‘kemahiran’ yang tertentu yang boleh diaplikasikan di medan kerjaya kelak. Kemahiran tertentu ini (seperti yang tersenarai) tidak boleh didapati daripada buku teks. Hanya dengan ‘melibatkan diri’ dan merasai sendiri pengalaman itu, barulah kita dapat menghayati kesusahan dan cabarannya serta ‘belajar sesuatu’ daripada pengalaman tersebut.

Takut mencuba kerana takut gagal? Tak mengapa! Kalau gagal pun, pasti ada yang kita boleh belajar. Semasa temuduga, kalian boleh menceritakan bagaimana kalian boleh ‘bangkit kembali’ selepas kegagalan itu sehinggalah berjaya. Itu yang penemuduga mahu dengar.

Sesi QnA: Aku dan ‘Reimagining Energy’

Baik, aku sambung lagi cerita engagement session itu. Jadi, selepas pembentangan tentang Petronas, sesi QnA pun dibuka. Orang pertama yang tanya soalan ialah saudara Iman dari Warwick. Selepas soalan beliau dijawab, aku mengambil peluang itu untuk bertanya soalan juga. Semenjak dahulu lagi aku curious apakah Petronas ada apa-apa perancangan yang berkaitan dengan renewables (sumber tenaga boleh kitar semula untuk memastikan sustainability alam ini).

Secara peribadi, minatku semenjak mula lagi (khususnya selepas menyambung studi dalam bidang chemical engineering ini) ialah pada renewable energy dan sustainable development. Kalau kalian pernah membaca tulisanku yang dulu-dulu di laman ini, aku pernah mengongsikan technical review yang pernah aku buat pada Tahun 3 berkenaan dengan sumber minyak alternatif iaitu minyak daripada alga dalam usaha mengurangkan/merawat pemanasan global.

Berbalik kepada sesi QnA tersebut, aku sungguh ingin tahu jawapannya, adakah Petronas  berminat juga pada renewables. Semasa sesi dinner yang aku ceritakan tadi (di mana kami boleh beramah mesra dengan para delegasi), aku agak malu/segan untuk bertanya. Tapi, ketika sesi QnA itu aku merasakan kalau tidak ditanya, mesti aku menyesal sebab ada persoalan yang tak terjawab dalam hati. Penasaran kata orang Indonesia. 😛

Aku pun bertanyakanlah soalan itu dengan merujuk pada satu ‘tagline’ baru Petronas iaitu ‘reimagining energy’. Asalnya aku ingat maksud tagline tersebut ialah “perubahan” pada skop yang ingin difokuskan oleh Petronas daripada sumber tenaga non-renewables (e.g. fossil fuel) kepada renewables.

Setelah mendapat jawapan yang panjang lebar dan ‘deep’ daripada delegasi Petronas, ternyata sangkaanku selama ini salah. ^^

Secara ringkasnya (setakat yang aku fahami), ‘reimagining energy’ ini bermaksud ‘dare to be different’. Kalau selama ini kita biasa guna cara yang konvensional untuk buat sesuatu, apa cara baru yang boleh kita buat dan membuahkan hasil yang lebih baik? Dalam konteks Petronas, kalau selama ini mereka biasa menggali minyak di perairan laut cetek dengan teknologi yang sedia ada; apa teknologi baru atau skop baru yang boleh mereka terokai untuk menjadi satu entiti bisnes yang lebih berjaya (kalau boleh, potong BP, Shell, etc dalam senarai Fortune 500!).

Kemudian ada banyak lagi soalan lain yang turut ditanyakan oleh rakan-rakan yang hadir.

Monetary and Non-Monetary Benefit

Kalau kalian perasan, tidak sikit orang yang memilih untuk bekerja dengan syarikat asing berbanding dengan syarikat tempatan seperti Petronas. Ada yang dulunya bekerja dengan Petronas, setelah mendapat segala kepakaran, lalu dia berpindah pada syarikat antarabangsa yang lebih besar untuk mendapat gaji yang lebih lumayan!

Dalam sesi engagement session itu juga barulah aku tahu bahawa Petronas membelanjakan tidak kurang RM1 juta untuk setiap pekerja dalam program pembangunan pekerjanya. Subhanallah! Bukan sedikit yang dibelanjakan. Dan sebagai anak kepada kakitangan Petronas, aku tidak boleh menafikan hakikat itu kerana membesar melihat ayahku menghadiri pelbagai jenis kursus yang dikelolakan oleh Petronas, sama ada dekat mahupun jauh untuk meningkatkan kemahirannya.

Jika lebih 30 tahun dahulu ayahku hanyalah pekerja ofis biasa sahaja (aku masih ingat, ketika itu ofis ayahku berdepan saja dengan Tadika Bina tempat aku belajar), kini dia sudah menjadi seorang juruteknik senior yang berkemahiran. Alhamdulillah.  Dengan izin Allah, melalui peruntukan daripada Petronas untuk program pembangunan kakitangannya, ayahku (di samping ramai lagi kakitangan Petronas) berpeluang menimba pelbagai ilmu yang bermanfaat dan mengubah kehidupannya dan kami sekeluarga.

Ok, the point is walaupun gaji bekerja di Petronas tidaklah sebesar gaji di Shell atau BP atau lain-lain, tapi banyak non-monetary benefit yang boleh didapati sebagai pekerja Petronas. Selain itu, kami juga diberitahu oleh para delegasi, uniknya Petronas ialah, jika kalian berminat untuk menceburkan diri dalam apa-apa cabang kerjaya, kalian boleh melakukannya di dalam Petronas.

Hal ini disebabkan Petronas merupakan sebuah syarikat yang mengintegrasikan daripada proses pencarian minyak (upstream) sehinggalah kepada pemprosesan (midstream) dan juga penjualan (downstream). Jadi dalam sebuah syarikat yang sama, kalian berpeluang untuk mencuba bidang berlainan tanpa perlu “berhenti kerja”. Hanya perlu memohon pertukaran ke jabatan yang diingini (rasanya subject to availability), tapi ruang itu ada.

Satu lagi perkara yang membanggakan rakyat Malaysia ialah SETIAP KERETA MERCEDES yang kalian jumpa di jalan kini, terdapat Petronas di dalamnya. Daimler (pengeluar Mercedes) telah bersetuju untuk menggunakan minyak pelincir keluaran Petronas – Syntium. 😉

Oleh itu, nanti bila kalian graduate bolehlah berusaha untuk memohon untuk berkhidmat dengan Petronas dengan melayari laman web Discover Petronas.

Penutup

Alamak, cerita aku belum habis lagi. Mengantuk sudah. hehe. 😀

Apa-apa pun, semoga ada manfaatnya apa yang dikongsikan di atas. InsyaAllah, sementara masih tersimpan dalam memori jangka pendekku tentang acara temuduga itu baru-baru ini, akan dikongsikan dalam Bahagian 2 untuk cerita-cerita yang lain.

Okies, sekian dulu buat masa ini. 🙂

Allahu’alam.

Islamik – Apa Maknanya?

Mana satu status facebook yang islamik?

“…membaca surah al-Kahfi pada setiap hari Jumaat merupakan sunnah yang sangat dituntut…”

“…hindari zina. Nikah khitbah kan ada…”

“…pembuangan sisa toksik di sungai X mesti ditentang! Ayuh, ramai-ramai kita hantar memorandum kepada Menteri Alam Sekitar…”

“…tol perlu dihapuskan, ianya membebankan rakyat. Modal buat highway tu dah dapat, malahan sekarang berbillion ringgit untung pemilik konsesi tu dapat…”

“…kurangkan manis dalam minuman, tambahkan manis dalam senyuman. Selamat menyambut hari Diabetes sedunia! Jom amalkan gaya hidup sihat…”

Setuju tak, semuanya pun islamik sebenarnya? 😉

Yang berikut ni, tak berapa pasti islamik atau tidak:

“…ayuh perjuangkan melayu dan raja! Tanpa mereka islam akan pupus!”

Apa Dalilnya?

Status 1:

Sabda Rasulullah s.a.w:

“Barangsiapa membaca surat al-Kahfi pada malam Jum’at, maka dipancarkan cahaya untuknya sejauh antara dirinya dia dan Baitul ‘atiq”

(Sunan Ad-Darimi, no. 3273. Juga diriwayatkan al-Nasai dan Al-Hakim)

 

Status 2:

“Dan janganlah kamu menghampiri zina, sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang jahat (yang membawa kerosakan).”

(Surah al-Isra’: 32)

 

Status 3:

“Dan janganlah kamu berbuat kerosakan di bumi setelah (diciptakan) dengan baik. Berdoalah dengan rasa takut dan penuh harap. Sesungguhnya rahmat Allah sangat dekat kepada orang yang berbuat kebaikan.”

(Surah al-A’raf: 56)

 

Status 4:

“Sesungguhnya Allah menyuruh (kamu) berlaku adil dan berbuat kebajikan, memberi bantuan kepada kaum kerabat, dan Dia melarang (melakukan) perbuatan keji, kemungkaran, dan permusuhan…”

(Surah an-Nahl: 90)

 

Status 5:

Sabda Rasulullah s.a.w:

“Orang mukmin yang kuat lebih baik di sisi Allah dan lebih dikasihi daripada orang mukmin yang lemah, sedangkan setiap seorang itu mempunyai kebaikannya (imannya); oleh itu hendaklah engkau bersungguh-sungguh berusaha memperoleh apa yang memberi manfaat kepadamu…”

(Riwayat Muslim)

 

 

Status ke-6 itu, err…

 

Allahu’alam.