PSI: Temuduga Berstruktur (Bahagian 1)

Kalau diikutkan, banyak event yang berlaku dalam hidup semenjak tamat peperiksaan semester 1 yang lalu yang ingin dikongsikan, namun sepertinya tiada berkesempatan sahaja.😛

Usai sahaja exam semester 1 yang lalu, aku telah ke London untuk menghadiri sebuah program anjuran UKEC iaitu ‘Projek Amanat Negara (PAN)’. Rasanya ke-exited-anku terhadap PAN telah pun diluahkan di Facebook dan Twitter. hehe. Banyak orang sudah menulis tentang PAN khususnya debat antara Rafizi Ramli (Pengarah Strategik PKR) dan KhairyKJ (Ketua Pemuda UMNO). Rata-rata yang ditulis penulis-penulis bebas di akhbar online telah meluahkan apa yang aku rasakan.😉

Tamatnya PAN, aku bergerak pulang ke Bath tidak keseorangan. Dari Bath datang ke London solo, pulangnya ke Bath, bertiga! Pada awal pagi Isnin itu, aku bertemu dengan 2 tetamu yang datang jaaaaauh dari Rusia!😀

Shafinaz dan Asylla dari Rusia!🙂

Seronok sungguh rasanya bertemu dengan rakan lama dari alma materku – Kolej Tun Datu Tuanku Haji Bujang! (setelah sekian lamak, dapat juak dengar sora belon yang terkenal di Kolej dolok)😀

Kemudian, beberapa hari yang berbaki semasa cuti seminggu itu pula diisi dengan beberapa tuntutan pekerjaan yang perlu dipenuhi. Jumpa lebih ramai kawan lagi pada penghujung minggu cuti tersebut. Tamat saja cuti itu, bermulalah nightmare bagi pelajar tahun akhir. Isnin yang muncul menyusul usai cuti itu menandakan bermulanya ‘era final year project’ bagi kami pelajar tahun akhir Kejuruteraan Kimia di University of Bath.

Brainstorming session

Tahun ini, sekali lagi aku ditakdirkan menjadi satu-satunya perempuan di dalam kumpulanku. Memang rasa janggal dan amat kurang bercakap pada awal-awal projek ini start 2 minggu lepas (sekarang ada kemajuan sikitlah, alhamdulillah. But still…kurang!). Nasib baik ahli kumpulanku rata-ratanya jenis yang ramah. Oh, kami perlu men-design satu device yang boleh merawat air dan pada masa yang sama boleh menghasilkan tenaga elektrik – microbial fuel cell (MFC).

Ringkasnya MFC ini memanfaatkan bakteria yang boleh ‘menghadam’ sisa organik yang wujud dalam air kotor dan serentak dengan itu boleh mengeluarkan elektron untuk menghasilkan elektrik.

Jadi, statusnya sekarang: aku dan rakan-rakan sekumpulan sedang “memecahkan otak” untuk menyiapkan tugasan kami (err, orang pecah otak boleh update blog? :P). Tapi secara serius memang penat. Sebab semenjak projek ini bermula, hampir setiap hari jadual kami ialah group meeting dari pagi hinggalah ke lewat petang. (-_-)

Allahu al-musta’an.

Temuduga Berstruktur

Okies, ini barulah masuk kepada apa yang aku nak kongsikan pada hari ini. Yang di atas tu, macam biasa, muqaddimah sahaja. hehe.😀

Alhamdulillah, hujung minggu yang baru berlalu, aku telah sekali lagi ke London. Kali ini untuk menghadiri temuduga berstruktur Petronas. Aku ke London bersama dengan housemateku yang juga merangkap scholar Petronas, Afiqah. Kami bermalan di sebuah hotel di London sekali dengan seorang lagi kawan kami iaitu Mana.

Castleton Hotel London (sekitar Paddington)

Pada hari Sabtu itu sebenarnya telah bermula sesi temuduga untuk scholar Petronas. Dengarnya temuduga itu telah bermula pada awal minggu lepas. Jadi, kami antara yang terakhir ditemuduga. Giliranku pula pada hari Ahad, antara yang paling terakhir. Sesi temudugaku yang mengambil masa sekitar 1.5 jam tamat pada lewat petang juga.

Sebelum itu, pada sebelah malam hari Sabtu, telah diadakan engagement session bersama delegasi Petronas yang rata-ratanya terdiri daripada big bosses dalam Petronas. Paling tinggi jawatan rasanya ialah VP Finance. Ada juga GM Petronas Motorsports (kira bos Formula 1  lah)! Kagum, kedua-duanya wanita.🙂

Selain daripada 2 wanita hebat itu, ada lagi ramai orang-orang hebat yang hadir (sebenarnya keseluruhan delegasi tu orang hebat, kalau tak, tidaklah mereka jadi big bosses). Salute!

Acara pada malam itu adalah satu sesi untuk kami beramah mesra dengan pihak majikan berpotensi kami. Sambil-sambil  makan, berborak dan mereka berkongsi pengalaman mereka dalam kerjaya masing-masing. Kami telah awal-awal lagi dinasihatkan oleh student advisor kami untuk menggunakan peluang itu sebaiknya dan cuba membina hubungan.

Oh, untuk setiap meja, student dan para delegasi dicampurkan. Oleh itu, tidak ada apa yang dinamakan ‘meja VIP’. Malam itu aku telah ditakdirkan oleh Allah untuk duduk bersebelahan dengan bos F1 tersebut! Phew~ Segan sungguh rasanya. Cakap pun sepatah dua saja. Dalam hati rasa, ‘habis la, tak berjaya menunjukkan rapport yang baik.’ (-_-“)

Tapi setelah malam semakin menjauh, kurang sikit rasa segan dan janggal tersebut. Di meja kami ada seorang lagi delegasi yang merupakan process engineer yang senior dan ada posisi besar juga. Disebabkan beliau banyak bercerita tentang aliran teknikal dalam Petronas, maka tumpuanku lebih kepada beliau pada malam itu.

Pembentangan oleh GM Petronas Motorsports

Kemudian, ada sesi pembentangan tentang organisasi Petronas. Apa yang ada di dalamnya. Apa visi, misi, dan yang sewaktu dengannya. Kemudian kami diterangkan juga pencapaian Petronas sedikit sebanyak. Dan rasanya yang paling menarik perhatian kami ialah penerangan tentang ciri-ciri employee yang diperlukan oleh Petronas. Jadi, dalam sesi temuduga dengan Petronas atau jika kalian berminat untuk memohon dan bekerja dengan Petronas, ciri-ciri inilah yang perlu ditonjolkan dalam CV dan semasa temuduga.

The Employable Employee

Aku tak ingat secara detail apakah ciri-ciri yang diperlukan, tetapi rasanya ciri-ciri ini adalah ciri-ciri tipikal yang sering diminta jika hendak memohon apa-apa pekerjaan atau biasiswa pun, seperti: leadership, teamwork, resilience, dan lain-lain soft-skills. Jadi mungkin tips pertama yang aku boleh konsgsikan, khususnya kepada adik-adik undergraduates, pastikan kalian aktif dalam kegiatan ko-kurikulum di universiti masing-masing, di samping memastikan status akademik yang baik (bukan cukup makan). *nak katanya, kedua-dua pun penting*

Tapi betulkanlah niat (kerana Allah itu yang utama ditambah dengan niat lain yang perlu). Janganlah menyertai aktiviti di universiti semata-mata ingin sijil tetapi berpartisipasilah secara aktif. Jadi orang yang ‘menyumbang’ bukan sekadar jadi ‘penerima sumbangan’. Contoh, instead of  jadi ‘peserta’ sesebuah program, sudikanlah juga diri untuk menjadi ‘penganjur program’.

Tak kisahlah, jadi tukang masakkah, drebar kah, tukang susun meja; jika ada peluang, volunteerkan diri. Percayalah, ia akan menjadi pengalaman yang sangat berharga! Jika ada peluang, boleh juga ambil pengalaman dengan memegang tanggungjawab yang lebih ‘formal’ seperti setiausaha, bendahari, exco, presiden, pengarah, dan sebagainya.

Mungkin ada yang bertanya, aku seriuskah pabila aku katakan menjadi ‘tukang masak’ pun boleh jadi sesuatu yang bermanfaat untuk temuduga seumpama ini?

Ya, ianya sangat bermanfaat. Seperti yang aku katakan tadi, kita perlu ada niat yang betul i.e. bukan sekadar nak dapat sijil atau untuk jadikan sesuatu yang boleh dimasukkan dalam CV.

Dengan menjadi ‘tukang masak’, banyak soft-skills yang kita boleh dapat. Contohnya, bila nak memasak untuk satu program yang pesertanya 150 orang, bukan mudah! Jadi perlu perancangan (1). Kalau kita yang jadi ‘ketua chef’, maka kita perlu bijak merancang, membuat kira-kira, berapa banyak bahan mentah yang hendak dibeli (2), hendak beli di mana, berapa ramai sidekick yang diperlukan untuk membantu, dan sebagainya.

Katakan seorang ketua chef yang tidak bijak merancang, ayam dibelinya seminggu lebih awal daripada program! Pastinya tindakan itu tidak betul kerana untuk memasak ayam, tentulah kita mahukan ayam yang fresh (dan halalan toyyiban). Kemudian, ketua chef itu juga perlu ‘tahu memasak’ (3). Untuk mencari sidekick, ketua chef perlu menghubungi ramai orang (4) dan ‘memujuk’ orang-orang tersebut (5) untuk menyertai pasukan memasaknya.

Tambahan lagi, ketika hari program, ketua chef juga perlu bijak menyusun jadual memasak pasukannya. Bila akan mula potong bawang, bila akan mula masak nasi, bila akan mula menghidang, mengemas, dll (6). Jika ketua chef itu tidak mampu merancang, maka jadinya makanan yang dimasak untuk lunch jadi makanan dinner. Naya!

Gordon Ramsay in the 'Hell's Kitchen' show

Tidak ada organisasi atau kumpulan yang sempurna. Menggunakan contoh yang sama, kemalangan boleh saja terjadi e.g. satu periuk kari ayam terbalik dan semua ayam itu tidak bersih untuk dimakan! Keadaan itu pasti sungguh stress. Jadi di sini memerlukan kebijaksanaan emosi (EQ) ketua chef tersebut dan pasukannya agar tidak panik (7) dan bertindak cepat untuk menyelesaikan isu (8) tersebut (maksudnya, apa yang boleh dihidangkan untuk menggantikan seperiuk ayam yang sepatutnya menjadi sajian tengah hari peserta).

Kalau tak jadi ‘ketua chef’ pun, sekadar menjadi sidekick ketua chef (baca: pengikut/follower), kemahiran yang sama juga diperlukan. Satu lagi kemahiran yang diperlukan ialah untuk mampu menerima arahan dan bertindak mengikut arahan (9). Andaikata kita gagal menjadi pengikut yang baik, maka tindakan kita itu akan menjejaskan keseluruhan pasukan. Contohnya, kita ditugaskan oleh ketua chef untuk memasak nasi, andai kata kita gagal menerima arahan ketua chef tentang berapa sukatan beras dan air yang diperlukan, boleh saja nasi itu menjadi mentah ataupun cair menjadi bubur!

‘Skil Lembut’ (Soft-skills)

Ok. Rasanya cukup dengan contoh yang aku beri. Kalau kalian perasan, aku ada letakkan nombor pada perenggan contoh di atas. Berikut ialah kemahiran yang kalian boleh dapati dengan menjadi ‘tukang masak’ tersebut:

(1) kemahiran merancang

(2) kemahiran membuat keputusan

(3) kemahiran khusus tertentu

(4) kemahiran komunikasi

(5) kemahiran negotiate

(6) kemahiran menguruskan masa/prioriti

(7) kemahiran menguruskan stress

(8) kemahiran menyelesaikan masalah

(9) kemahiran mendengar

Jadi, apa yang ‘dicari’ oleh Petronas (dan mana-mana employer pun) bukanlah jawatan apa kita pernah pegang. Bukan juga pada seprestij mana persatuan yang kita pernah sertai. Tetapi apa yang diinginkan ialah ‘kemahiran’ yang tertentu yang boleh diaplikasikan di medan kerjaya kelak. Kemahiran tertentu ini (seperti yang tersenarai) tidak boleh didapati daripada buku teks. Hanya dengan ‘melibatkan diri’ dan merasai sendiri pengalaman itu, barulah kita dapat menghayati kesusahan dan cabarannya serta ‘belajar sesuatu’ daripada pengalaman tersebut.

Takut mencuba kerana takut gagal? Tak mengapa! Kalau gagal pun, pasti ada yang kita boleh belajar. Semasa temuduga, kalian boleh menceritakan bagaimana kalian boleh ‘bangkit kembali’ selepas kegagalan itu sehinggalah berjaya. Itu yang penemuduga mahu dengar.

Sesi QnA: Aku dan ‘Reimagining Energy’

Baik, aku sambung lagi cerita engagement session itu. Jadi, selepas pembentangan tentang Petronas, sesi QnA pun dibuka. Orang pertama yang tanya soalan ialah saudara Iman dari Warwick. Selepas soalan beliau dijawab, aku mengambil peluang itu untuk bertanya soalan juga. Semenjak dahulu lagi aku curious apakah Petronas ada apa-apa perancangan yang berkaitan dengan renewables (sumber tenaga boleh kitar semula untuk memastikan sustainability alam ini).

Secara peribadi, minatku semenjak mula lagi (khususnya selepas menyambung studi dalam bidang chemical engineering ini) ialah pada renewable energy dan sustainable development. Kalau kalian pernah membaca tulisanku yang dulu-dulu di laman ini, aku pernah mengongsikan technical review yang pernah aku buat pada Tahun 3 berkenaan dengan sumber minyak alternatif iaitu minyak daripada alga dalam usaha mengurangkan/merawat pemanasan global.

Berbalik kepada sesi QnA tersebut, aku sungguh ingin tahu jawapannya, adakah Petronas  berminat juga pada renewables. Semasa sesi dinner yang aku ceritakan tadi (di mana kami boleh beramah mesra dengan para delegasi), aku agak malu/segan untuk bertanya. Tapi, ketika sesi QnA itu aku merasakan kalau tidak ditanya, mesti aku menyesal sebab ada persoalan yang tak terjawab dalam hati. Penasaran kata orang Indonesia.😛

Aku pun bertanyakanlah soalan itu dengan merujuk pada satu ‘tagline’ baru Petronas iaitu ‘reimagining energy’. Asalnya aku ingat maksud tagline tersebut ialah “perubahan” pada skop yang ingin difokuskan oleh Petronas daripada sumber tenaga non-renewables (e.g. fossil fuel) kepada renewables.

Setelah mendapat jawapan yang panjang lebar dan ‘deep’ daripada delegasi Petronas, ternyata sangkaanku selama ini salah. ^^

Secara ringkasnya (setakat yang aku fahami), ‘reimagining energy’ ini bermaksud ‘dare to be different’. Kalau selama ini kita biasa guna cara yang konvensional untuk buat sesuatu, apa cara baru yang boleh kita buat dan membuahkan hasil yang lebih baik? Dalam konteks Petronas, kalau selama ini mereka biasa menggali minyak di perairan laut cetek dengan teknologi yang sedia ada; apa teknologi baru atau skop baru yang boleh mereka terokai untuk menjadi satu entiti bisnes yang lebih berjaya (kalau boleh, potong BP, Shell, etc dalam senarai Fortune 500!).

Kemudian ada banyak lagi soalan lain yang turut ditanyakan oleh rakan-rakan yang hadir.

Monetary and Non-Monetary Benefit

Kalau kalian perasan, tidak sikit orang yang memilih untuk bekerja dengan syarikat asing berbanding dengan syarikat tempatan seperti Petronas. Ada yang dulunya bekerja dengan Petronas, setelah mendapat segala kepakaran, lalu dia berpindah pada syarikat antarabangsa yang lebih besar untuk mendapat gaji yang lebih lumayan!

Dalam sesi engagement session itu juga barulah aku tahu bahawa Petronas membelanjakan tidak kurang RM1 juta untuk setiap pekerja dalam program pembangunan pekerjanya. Subhanallah! Bukan sedikit yang dibelanjakan. Dan sebagai anak kepada kakitangan Petronas, aku tidak boleh menafikan hakikat itu kerana membesar melihat ayahku menghadiri pelbagai jenis kursus yang dikelolakan oleh Petronas, sama ada dekat mahupun jauh untuk meningkatkan kemahirannya.

Jika lebih 30 tahun dahulu ayahku hanyalah pekerja ofis biasa sahaja (aku masih ingat, ketika itu ofis ayahku berdepan saja dengan Tadika Bina tempat aku belajar), kini dia sudah menjadi seorang juruteknik senior yang berkemahiran. Alhamdulillah.  Dengan izin Allah, melalui peruntukan daripada Petronas untuk program pembangunan kakitangannya, ayahku (di samping ramai lagi kakitangan Petronas) berpeluang menimba pelbagai ilmu yang bermanfaat dan mengubah kehidupannya dan kami sekeluarga.

Ok, the point is walaupun gaji bekerja di Petronas tidaklah sebesar gaji di Shell atau BP atau lain-lain, tapi banyak non-monetary benefit yang boleh didapati sebagai pekerja Petronas. Selain itu, kami juga diberitahu oleh para delegasi, uniknya Petronas ialah, jika kalian berminat untuk menceburkan diri dalam apa-apa cabang kerjaya, kalian boleh melakukannya di dalam Petronas.

Hal ini disebabkan Petronas merupakan sebuah syarikat yang mengintegrasikan daripada proses pencarian minyak (upstream) sehinggalah kepada pemprosesan (midstream) dan juga penjualan (downstream). Jadi dalam sebuah syarikat yang sama, kalian berpeluang untuk mencuba bidang berlainan tanpa perlu “berhenti kerja”. Hanya perlu memohon pertukaran ke jabatan yang diingini (rasanya subject to availability), tapi ruang itu ada.

Satu lagi perkara yang membanggakan rakyat Malaysia ialah SETIAP KERETA MERCEDES yang kalian jumpa di jalan kini, terdapat Petronas di dalamnya. Daimler (pengeluar Mercedes) telah bersetuju untuk menggunakan minyak pelincir keluaran Petronas – Syntium.😉

Oleh itu, nanti bila kalian graduate bolehlah berusaha untuk memohon untuk berkhidmat dengan Petronas dengan melayari laman web Discover Petronas.

Penutup

Alamak, cerita aku belum habis lagi. Mengantuk sudah. hehe.😀

Apa-apa pun, semoga ada manfaatnya apa yang dikongsikan di atas. InsyaAllah, sementara masih tersimpan dalam memori jangka pendekku tentang acara temuduga itu baru-baru ini, akan dikongsikan dalam Bahagian 2 untuk cerita-cerita yang lain.

Okies, sekian dulu buat masa ini.🙂

Allahu’alam.

2 thoughts on “PSI: Temuduga Berstruktur (Bahagian 1)

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s