PSI: Temuduga Berstruktur (Bahagian 2)

Dalam post sebelum ini aku telah menceritakan sedikit sebanyak apa yang berlaku dalam engagement session bersama Petronas pada malam Sabtu tersebut. Baik, aku sambung dari situ ya.😉

Jadi, selesai saja sesi QnA, kami dibahagikan kepada dua. Satu kumpulan student yang mengambil aliran teknikal yakni engineering dan satu kumpulan lagi yang mengambil bidang bukan teknikal seperti accounting & finance dan economics. Dalam sesi ini basically adalah rentetan daripada sesi QnA yang dibuat sebelumnya. Dalam sesi ini, kami boleh bertanya soalan yang mungkin lebih spesifik dengan bidang teknikal atau bukan teknikal.

Mitos dan Realiti

Aku rasa sesi tersebut sangat bermanfaat. Salah satunya ialah melalui penjelasan dan perkongsian pengalaman daripada para delegasi, kami didedahkan sedikit sebanyak realiti bekerja di lapangan sebenar. Selama ini di universiti, kita hanya mempelajari teori demi teori, namun bagaimana hendak menghubungkan teori dengan realiti, itulah yang lebih utama sebenarnya.

Kalian mungkin boleh jadi seorang yang hebat dari segi teori dan mendapat deretan A. Namun, jika gagal mengadaptasi dengan realiti, mungkin sukar untuk diaplikasikan segala teori yang diketahui itu. Ada satu analogi yang sangat menarik yang dikongsikan oleh delegasi tersebut. Dia berkata (lebih kurang maksudnya), “Kalau di universiti, anda akan mendapat assignment yang berbunyi begini:

A failure has been detected at one of the operating units on the plant. The failure must be resolved quickly as any delay would cost the business because the plant will need to be shut down while the problem is being fixed. As the project engineer you are required to investigate on what happened and prepare a report for it. The length of the report must not be less than 2500 words.

As a guidance, the following questions are provided for you to prepare the report:

  • What had cause the failure (e.g. specific instrument)
  • What are the immediate measures that need to  be taken
  • What are the long term measures that need to be taken
  • How can the incident be prevented in the first place
  • How much the failure had cost the business, do some economic analysis in it
  • ….

The deadline of the report is two weeks from now.”

Dalam alam realiti (ketika sudah mula bekerja) nanti, apa yang membezakan? Nanti, apa yang kita akan dapat hanyalah:

“A failure has been detected at one of the operating units on the plant”

Itu sahaja. Tidak ada penerangan lanjut tentang apa yang kita perlu buat. Tidak ada bullet points yang boleh meng-assist kita bagaimana untuk meng-approach sistuasi itu. Tidak ada panduan ‘bilangan patah perkataan’ i.e. panjang mana report yang kita perlu buat. Tidak ada ‘deadline’ yang jelas bila report itu perlu disiapkan.

Tiba-tiba sahaja, kita dipanggil oleh bos dan diminta untuk ‘fix the problem. ASAP!’

Jadi di sinilah kemahiran-kemahiran lembut (soft-skills), kemahiran berfikir, kemahiran bekerja dalam kumpulan, dan lain-lain (seperti yang aku ceritakan dalam post sebelum ini) diperlukan. Di alam realiti, kita tidak boleh lagi menjadi dependent dengan sesuatu yang lain untuk memberi panduan kepada kita dalam mencari penyelesaian kepada apa jua permasalahan yang timbul.

Tidak ada ‘lecturer‘ yang boleh memberi outlines kepada kita apakah langkah-langkah penyelesaian masalah yang sesuai. Semuanya perlu bermula dengan inisiatif diri sendiri. Satu tips yang dikongsikan oleh delegasi tersebut ialah (lebih kurang maksudnya),

“Ask the right question, then find the right answer”

Ketua Delegasi (Sponsorship & Talent Sourcing Unit)

‘Apa Yang Boleh Saya Sumbangkan?’ Atau ‘Apa Yang Boleh Saya Buat Untuk Menyumbang?’

Pasti kalian pernah mendengar ‘rungutan’ daripada para senior yang sudah mula bekerja tetapi pekerjaan yang mereka lakukan tidak ada kaitan dengan bidang yang mereka pelajari selama ini di universiti. Dalam keadaan ekonomi yang mencabar ini, kita tidak dapat terlalu memilih pekerjaan. Sebaiknya, apa sahaja peluang pekerjaan yang diterima harus diambil walaupun ianya mungkin tiada kaitan dengan apa yang kita pelajari di universiti.

Tidak kurang ramainya para fresh graduates, apabila mereka memasuki alam pekerjaan, ada kecenderungan untuk mereka bertanyakan pada diri, ‘Apa yang boleh saya sumbangkan kepada syarikat ini dengan ilmu yang telah saya pelajari di universiti?

Apa yang menjadi permasalahan kepada mentaliti seumpama itu ialah apabila mereka mengalami ‘kebuntuan’ dalam pekerjaan mereka, ianya akan membuatkan mereka berasa ‘down’. Mereka mungkin akan berputus asa dan memberi alasan, ‘Macam manalah aku nak buat benda ni, aku tak pernah belajar semua ni di universiti!’

Dengan sikap itu, dia tidak akan dapat menyelesaikan permasalahan yang dihadapi dan dia juga tidak akan berasa gembira dengan pekerjaannya. Bukankah menyedihkan?😦

Oleh itu, para delegasi itu mengingatkan kepada kami bahawa bukan apa yang kita tidak tahu menjadi persoalannya tetapi sejauh mana kita berusaha untuk menjadikan diri kita tahu. Justeru, persoalan yang lebih sesuai untuk ditanyakan kepada diri ialah, ‘Apa yang boleh saya buat untuk menyumbang?

Mungkin inilah antara ciri-ciri employable employee yang diinginkan oleh Petronas (atau mana-mana majikan) – kemampuan untuk mengadaptasikan diri. Dalam kalangan delegasi itu sendiri, sekurang-kurangnya 2 daripada mereka mempunyai pengalaman ‘di universiti belajar lain, bila masuk ofis dapat kerja lain.’

Yang pertama, seorang graduan geology dari Kanada (sekitar 80-an). Ketika beliau memohon kerja di Petronas selepas tamat belajar, hanya 2 orang geologist yang diperlukan dalam Petronas pada ketika itu. Beliau tidak berjaya untuk mendapatkan salah satu posisi geologist itu (tetapi beliau tersenarai sebagai top 5 final candidates) dan terpaksa menceburkan diri dalam bidang IT di Petronas. Bayangkan!

Namun kini, beliau telah menjadi pakar dalam bidang tersebut dan bertanggungjawab dalam pengumpulan dan penghasilan data bagi kegunaan kerja-kerja upstream yang dilakukan oleh Petronas. Malahan beliau juga memegang posisi penting dalam pekerjaan beliau. Mungkin kalian bertanya, bagaimana beliau boleh menjadi pakar dalam bidang IT (yang tidak dipelajarinya di universiti)? Jawapannya, segala kepakaran dan kemahiran itu didapati daripada pengalaman yang beliau dapat daripada pekerjaan yang dilakukan.

Yang kedua pula merupakan seorang mechanical engineer by training, namun kini menjadi seorang senior process engineer (atau lebih dikenali umum sebagai chemical engineer) dalam Petronas. Lebih kurang sama juga apa yang terjadi kepada beliau, iaitu ketika beliau mula-mula masuk ke dalam Petronas, beliau telah dilibatkan dalam projek yang berkaitan dengan process plant. Kemahiran baru itu dipelajari daripada pengalaman dan bukannya pendidikan formal di universiti.

Mengaitkan semua ini dengan temuduga, ciri-ciri adaptability ini perlu ditonjolkan dalam CV dan juga semasa sesi temuduga. Kesediaan untuk belajar benda baru, tidak malu bertanya, dan resourceful sangat membantu untuk survive dalam alam pekerjaan yang tidak boleh dijangka. Salah seorang delegasi menyatakan bahawa, waima diberikan kerja mem-fotostat sekalipun perlu dimanfaatkan sebaik-baiknya!

Bukan pada ‘kerja mem-fotostat’ itu yang perlu di-highlight-kan tetapi ilmu yang diperolehi ketika mem-fotostat itu yang lebih bernilai. Katanya, sambil mem-fotostat helaian demi helaian kertas itu, peluang itu perlu digunakan untuk membaca apa yang terkandung dalam dokumen itu. Mungkin saja apa yang difotostat tiada berkaitan dengan kerja kita namun maklumat yang terdapat dalamnya mungkin boleh memberi nilai tambah kepada diri yang mungkin berguna pada suatu masa nanti!

Akhirnya engagement session pada malam itu tamat sekitar pukul 11 malam. Sebelum bersurai, sempat juga kami mengambil gambar beramai-ramai bersama para delegasi (sayangnya semua kamera yang diugunakan pada ketika itu adalah milik delegasi atau student advisor kami).

Oh, sebut tentang gambar, ada satu gambar yang aku rasakan menarik. Hehe. Sebabnya, dalam gambar candid yang diambil oleh kawanku Imeyk, aku sempat berada dalam satu gambar bersama dengan 2 orang yang telah melakukan temuduga ke atasku pada keesokan harinya.😀

Hari Temuduga

Hari Ahad pun menjelma. Temudugaku dijadualkan pada petang Ahad itu. Semenjak pagi, pastinya terasa sedikit (atau banyak?) nervous. Aku keluar dari hotel pada pukul 11 pagi dan menuju ke Malaysian Hall untuk menanti di sana sebelum ke lokasi temuduga. Alhamdulillah, sampainya di sana, aku bertemu dengan rakan-rakan lain yang sedang/telah habis bersarapan di mana mereka kesemuanya telah selesai dengan temuduga. Aku pula tidak lalu untuk makan (walaupun terdapat banyak pilihan makanan eksotik Malaysia di sana!) (-_-“)

Alhamdulillah, aku bersyukur kerana kesempatan bertemu mereka sedikit-sebanyak mengurangkan rasa nervousku. Mereka mengongsikan pengalaman ditemuduga dan memberikan tips-tips yang boleh aku bersedia sedikit-sebanyak dengannya. Semoga Allah merahmati dan memberkati semua yang sudi berkongsi itu! Allahumma ameen.

Setelah selesai menunaikan solat jamak Zohor dan Asar di Malaysian Hall, aku pun mula bergerak untuk menuju ke lokasi temuduga di Hilton Metropole London. Rakan-rakan lain juga sebahagiannya sudah siap-siap untuk pulang ke tempat masing-masing. Sempat juga kami bergambar sebelum berpisah.

Dari kiri (berdiri): Fauzana (Warwick), Faiz (Exeter), Iman (Warwick), Zaki (London), Habibah (Warwick), Farrah (Lancaster), Hanis (Leeds), Mana (Birmingham), Syafiqah (Bath), Izzaty (Leeds); (duduk) Long Haffiz (London), Qama (Durham), Said (France); Imeyk (photographer)🙂

Temuduga Berstruktur Petronas (PSI)

Apa yang ingin aku kongsikan di sini bolehlah sedikit-sebanyak dijadikan rujukan andai kata pada masa depan ada junior yang bertanya tentang pengalaman melalui PSI (hehe. Sebabnya aku pun bertanya kepada seniorku pengalaman mereka, sebelum aku terlupa banyak perkara, mungkin elok juga kalau buat catatan ini). (^_^”)

Aku tiba di Hilton Metropole London sekitar pukul 1.30 petang. Sementara menunggu giliranku untuk temuduga, aku menanti sambil berborak dengan 2 orang lagi kawan dan student advisor kami. Beliau menceritakan pengalaman beliau bekerja di Petronas Dagangan. Banyak kisah menarik yang beliau ceritakan. Tidak lupa juga beliau memberikan sedikit kata semangat untuk temuduga.

Student Advisor yang sangat supportive dan prihatin, En Shahfree

Sekitar pukul 2.30 petang aku masuk ke dalam sebuah bilik menunggu. Di dalam bilik itu ada dua lagi calon temuduga sedang mempersiapkan diri dengan case study mereka. Sebelum aku diberikan case studyku pada pukul 3 petang, aku diminta untuk mengisi borang application for employment. Sekitar pukul 3.30 petang barulah aku masuk ke bilik temuduga.

Secara kasarnya, temuduga ini bolehlah dibahagikan kepada 3 bahagian.

PSI: Bahagian 1

Pertama sekali, mereka meminta untuk aku memperkenalkan diri. Ringkas sahaja, sambil aku bercakap mereka juga bertanya soalan-soalan yang berkaitan dengan diri. Mereka juga bertanya apakah strengths dan weaknesses diri. Kemudian, mereka meminta supaya aku menceritakan satu pengalaman yang aku rasakan mencabar di mana outcomenya positif.

Untuk makluman kalian, sambil mereka bertanya dan aku bercakap, mereka juga membuat catatan pada borang yang ada di hadapan mereka. Apa yang aku boleh katakan dalam soalan ketiga itu, mereka prefer jika aku boleh menceritakan satu pengalaman di mana dalam pengalaman itu aku ada mengaplikasikan beberapa langkah seperti mengenal pasti masalah, menyelesaikan masalah, membuat keputusan, dan sebagainya.

Aku telah memilih untuk menggunakan penglibatan dalam jualan cendol FUIYO 2009 sebagai contoh pengalaman. Apa yang perlu aku buat ialah ‘bercerita’ pengalaman itu dan mereka bertanya soalan untuk mendapatkan maklumat yang mereka inginkan. Antara soalan yang yang boleh aku tafsirkan:

  • Apa pengalaman mencabar
  • Adakah dalam pengalaman itu aku ada membuat pilihan (daripada beberapa pilihan yang ada)
  • Apa yang aku buat dalam proses untuk membuat pilihan akhir (i.e. screening process yang mungkin dilakukan seperti menilai options yang ada; menetapkan kriteria bagi ‘memotong’ mana-mana pilihan yang tidak feasible untuk membuat narrowing down of the available options)
  • Menjustifikasikan kenapa akhirnya aku memilih untuk membuat pilihan itu
  • Adakah ada sesi perbincangan/brainstorming terlibat dalam membuat keputusan itu (di mana kita terlibat dengan kerja secara berkumpulan, berkomunikasi, etc)
  • Selepas buat pilihan, apa tindakan seterusnya daripada aku (follow-up procedures)
  • etc.

Yang aku senaraikan itu secara kasar sahaja (aku pun tak ingat exactly apa yang mereka tanya). Ianya sangat spontan dan bergantung pada respon yang kita berikan. Jika mereka merasakan jawapan kita tidak cukup memuaskan hati mereka, mereka akan terus bertanya dan bertanya sehingga mereka dapat mengenalpasti kriteria yang mereka cari (jika ada).

Untuk bahagian ini, apa yang penting (aku rasa) adalah untuk memikirkan satu contoh atau pengalaman yang pernah dilalui yang boleh kita pamerkan apa-apa soft-skills yang mungkin kita acquire mahupun require daripada pengalaman tersebut. Gunakan peluang ini untuk menonjolkan apa-apa yang patut.

Contohnya, jika kalian pernah menghadapi krisis komunikasi ketika bekerja dalam kumpulan, boleh ceritakan apa langkah-langkah yang kalian ambil untuk menyelesaikannya. Ataupun jika pernah mendapat masalah yang tidak dijangka dalam sesebuah projek. Kalau aku boleh simpulkan, dalam menghadapi slot ini, kita perlu menunjukkan yang kita mampu untuk:

  • Identify the problem
  • Assess the impacts
  • Evaluate the options to solve it
  • Implement the chosen option
  • Monitor the outcome (i.e. does the chosen option solve the problem?)

Jadi, slot ini lebih kepada ingin melihat problem-solving skill kita. Aku rasalah.

Anyway, seterusnya, mereka bertanya kepadaku apakah pengalaman yang aku pernah ada yang memerlukan aku untuk menguasai sesuatu kemahiran baru dalam masa yang singkat. Lebih kuranglah macam yang di atas. Jadi, untuk manfaat kalian, bolehlah memikirkan dan bersedia dengan pengalaman yang berkaitan.

Apa yang mereka cari ialah, adakah kita dapat menguasai kemahiran itu dalam masa yang singkat. Oleh kerana proses untuk menguasai sesuatu kemahiran baru dalam masa yang singkat itu tidak mudah, jadi mereka ingin melihat apakah inisiatif kita dalam menguasai kemahiran baru itu. Contohnya, apakah kita hanya merujuk pada satu sumber? Adakah kita turut mencari alternatif lain untuk menguasai kemahiran itu? Susah juga aku nak terangkan di sini, tapi apa yang penting tonjolkan bahawa kalian tidak cepat putus asa dan berikhtiar 1001 cara hingga berjaya.

PSI: Bahagian 2

Baik, untuk bahagian 2 pula, aku perlu membentangkan case study yang diberikan kepadaku. Case study yang aku dapat ialah tentang kecenderungan syarikat besar untuk membuang pekerja demi mengurangkan kos. Dalam kertas case study itu, memang diberi penjelasan lengkaplah tentang case study tersebut. Apa yang perlu dibuat hanyalah memahami sistuasi yang diberikan.

Dalam masa 20-30 minit sebelum temuduga, kita diberi masa untuk mengeluarkan idea-idea yang boleh kita fikirkan daripada case study tersebut. Dalam kertas case study tersebut juga ada soalan-soalan yang boleh membantu kita. Aku rasa untuk bahagian ini, ianya lebih kepada melihat cara kita berfikir (aku tak tahulah bagaimana mereka membuat assessment dalam hal ini).

It’s more of giving our opinions on the matter. Jadi, tak ada jawapan yang betul atau salah. Tidak ada juga kaitan dengan course yang aku belajar, contohnya, tak ada pun ditanya elemen teknikal yang berkaitan dengan chemical engineering dalam case study tersebut. More to logical thinking. Contohnya, apa kesan daripada perkara sekian sekian. Apa yang boleh dibuat untuk mengatasi. Apa cadangan. Apa yang boleh dielakkan. That kind of thing.

Tuntasnya, apa saja idea yang kalian terfikirkan, keluarkan saja. Jangan risau kalau rasa ridiculous kah apa. Cuma, dalam kita membetangkan itu, mungkin ada provokasi-provokasi ringan (atau berat; aku rasa bergantung kepada penemuduga itu juga). Kalau menerima provokasi, jangan panik. Bertenang, fikir, dan jawab/jelaskan apa yang patut.

PSI: Bahagian 3

Akhir sekali ialah role-play. Sekali lagi kita akan diberikan satu situasi. Bezanya, untuk case study, kita ada masa untuk berfikir dan membuat catatan. Tetapi untuk role play ini, ianya spontan. Aku diberikan satu kertas di mana aku perlu memahami situasi tersebut. Jadi, aku perlu ‘membawa watak’ pengurus pemasaran di mana aku perlu menyampaikan  satu idea untuk mempromosikan sejenis minyak pelincir terbaru keluaran syarikat. Dalam situasi yang diberikan, bosku (yang dilakonkan oleh para penemuduga) tidak berkenan dengan idea yang ingin aku sampaikan.  (Idea tu memang dah ada dalam kertas role play teresebut, bukan sesuatu yang aku perlu fikirkan, ia hanya sebuah situasi).

Begitulah kisahnya. Jadi dalam sesi ini, ianya sangat spontan di mana kita hanya jawab sahajalah apa-apa yang ditanya atau diprovokasi oleh penemuduga. Mereka mungkin mempersoalkan tindakan kita dan sebagainya. Well, aku rasa part role play ni aku screwed-up sikit. Tak tahulah jika responku menepati kehendak penemuduga. ^^”

Aku rasa aku tidak diprovokasi dengan dahsyat sangat (mungkin sebab aku calon terakhir yang ditemuduga dan mungkin semua pun dah penat. aku rasa. Hehe). Namun, ada rakan-rakan lain yang menceritakan provokasi yang diberi sampai boleh mencabar kesabaran. Contohnya, kalau kalian jenis yang cepat marah, maka perlu tenang dan tidak sampai terlalu emosi atau meninggikan suara. Sebagai contohlah.

Apa yang boleh disimpulkan, seperti yang dijelaskan oleh penemuduga itu selepas sesi role play tersebut tamat ialah mereka ingin melihat sejauh mana aku boleh meyakinkan mereka dengan apa-apa yang aku sampaikan.  Aku tak dapat menghayati role play ini kerana ianya bukan situasi sebenar. erm, mungkin dalam situasi sebenar, lain respon yang mungkin kita berikan atau tekanan itu lebih dirasakan.

Akhir sekali sebelum berpisah, mereka menanyakan soalan general seperti ‘how do you see yourself in 5 years time etc?’ Jadi, kalian bolehlah bersedia dengan perancangan kalian. Contohnya, ingin menjadi professional engineer selepas sekian-sekian. Ingin menjadi CEO selepas sekian-sekian, dsb. Juga ditanya kepadaku apakah aku ingin berada dalam aliran teknikal atau bukan serta preference lokasi tempat kerja. Tambahan, kalau kalian ada apa-apa soalan ingin ditanyakan kepada mereka, bolehlah ditanya pada waktu itu juga.

Persiapan Sebelum Temuduga

Secara peribadi apa yang aku buat untuk persiapan PSI ini ialah antaranya bertanya dengan para senior yang juga merupakan scholar Petronas yang kini sedang bekerja di Petronas. Alhamdulillah, nasihat mereka sedikit-sebanyak membantu. Berikut beberapa nasihat para senior yang aku rasakan bermanfaat:

  • Prepare a GOOD resume
  • Answer the questions CONFIDENTLY
  • Get general interview tips (Google)
  • Get some idea of the business done by Petronas (yang ni bolehlah buka website dan baca corporate profile atau annual report)
  • ENJOY the interview!

Untuk poin keempat, aku rasa walaupun ianya tidak ditanya dalam sesi temuduga, mungkin bagus untuk tahu sedikit-sebanyak tentang operasi Petronas supaya kita tidak blur semasa sesi perkongsian/pembentangan oleh para delegasi semasa engagement session. Mereka akan memberikan contoh mengikut bahasa yang mereka biasa guna dalam Petronas. Contohnya, bila mereka sebut ‘upstream‘/’downstream‘, perlu tahu apa yang mereka maksudkan. Ataupun short form seperti ‘E&P’ yang merujuk kepada exploration & production. Dan lain-lain.

Student advisor kami pula seringkali mengingatkan supaya kami menjadi diri sendiri semasa temuduga. Be yourself, katanya. Aku bersetuju dengannya, dan tidak perlu untuk overdo dalam temuduga. Dalam laras bahasa kita selaku umat Islam, lakukanlah temuduga dengan ikhlas (i.e. kerana Allah).

Student advisor kami juga menggalakkan kami untuk menggunakan peluang semasa engagement session untuk beramah mesra dengan semua. Kalau ada soalan yang hendak ditanya, tanyakan saja. Sama ada semasa temuduga atau di luar temuduga.

Pergantungan Utama

Setalah menulis dengan panjang lebar pengalamanku yang seciput itu, sukalah untuk aku mengingatkan diriku dan kalian semua bahawa Allah jualah yang Maha Berkuasa ke atas segalanya.

Sama ada kita mampu jawab atau tidak.

Sama ada kita mampu bercakap dengan lancar atau tidak.

Sama ada kita bersabar atau tidak.

Sama ada kita berjaya atau tidak, dan setiap apa pun yang berkaitan dengan temuduga ini; semuanya tertakluk pada kuasa Allah jua.

Jadi, dalam sibuk membuat persiapan temuduga, pengharapan dan doa kepada Allah perlulah dilakukan sesungguhnya. Mohon agar Allah berikan kita ilham dan petunjuk andai kejayaan dalam temuduga itu sesuatu yang baik atau tidak untuk kita atau sebaliknya – kita serahkan sepenuhnya pada Allah. Buat solat sunat istikharah dan solat sunat hajat.

Jika kita rasa kita ‘cemerlang’ dalam temuduga (i.e. temuduga berjalan lancar), kita perlu ingat itu pun berlaku dengan izin Allah, maka tidak layak untuk kita merasa ‘besar diri’ dengan perkara tersebut. In the end, berjaya atau tidak dalam temuduga, jika kita telah menyerahkan sepenuhnya pergantungan kepada Allah, kita akan terima dengan redha. insyaAllah.

Seindah doa istikharah ini, mungkin boleh diamalkan juga:

“Ya Allah, aku memohon petunjuk daripada-Mu dengan ilmu-Mu dan aku memohon ketentuan daripada-Mu dengan kekuasaan-Mu dan aku memohon daripada-Mu akan limpah kurniaan-Mu yang besar. Sesungguhnya Engkau Maha Berkuasa sedangkan aku tidak berkuasa dan Engkau Maha Mengetahui sedangkan aku tidak mengetahui dan Engkaulah Yang Maha Mengetahui segala perkara yang ghaib.

Ya Allah, seandainya Engkau mengetahui bahawasanya urusan ini (sebutkan..) adalah baik bagiku pada agamaku, kehidupanku dan kesudahan urusanku sama ada cepat atau lambat, takdirkanlah ia bagiku dan permudahkanlah serta berkatilah bagiku padanya dan seandainya Engkau mengetahui bahawa urusan ini (sebutkan..) mendatangkan keburukan bagiku pada agamaku, kehidupanku dan kesudahan urusanku sama ada cepat atau lambat, maka jauhkanlah aku daripadanya dan takdirkanlah kebaikan untukku dalam sebarang keadaan sekalipun kemudian redhailah aku dengannya”

(Hadith Rasulullah)

Penutup

Ramai orang ada silap faham bahawa, pelajar yang ditaja Petronas akan confirm mendapat kerja dengan Petronas. Sesungguhnya itu tidak benar. Mendapat scholarship hanyalah merupakan bantuan pendidikan yang diberikan Petronas kepada pelajar yang melepasi temuduga selepas SPM. Untuk mendapat pekerjaan di Petronas, temuduga berstruktur inilah yang menjadi penentu (dengan izin Allah jua pastinya), di samping pencapaian akademik yang memenuhi requirement.

Perlu juga aku nyatakan, apa yang aku tulis hanyalah daripada point of view diriku, yang mungkin benar dan mungkin salah. Mungkin apa yang orang lain lalui tidak sama dengan apa yang aku lalui dalam temuduga tersebut. Mungkin orang lain mendapat soalan atau bentuk provokasi atau situasi yang berbeza denganku.

Oleh itu, sesiapa sahaja yang merasakan boleh mendapat manfaat daripada penulisan ini, diharap tidak mengambil bulat-bulat apa yang aku tuliskan namun cukup sekadar untuk mendapatkan gambaran kasar tentang temuduga berstrukutur ini. Adalah lebih baik jika kalian dapat bertanya dengan lebih ramai orang terutamanya yang lebih berpengalaman dan berpengetahuan.

Ini juga hanya tertakluk kepada temuduga berstruktur Petronas pada tahun ini dan mungkin berbeza pada masa akan datang atau berbeza daripada temuduga syarikat lain.

Akhir kata, doakan yang terbaik untuk kehidupanku pasca graduasi serta final year projects yang sedang dan akan dibuat sepanjang semester terakhir ini insyaAllah.

Buat yang akan menghadapi interview dalam masa terdekat, all the best!🙂

Allahu’alam.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s