Duduk Renah Renah

 

 

I certainly can’t join BERSIH 3.0 on the coming 28th of April 2012 (which is next Saturday). Not that I do not support it, but the nearest one will be in London and I have a report deadline less than a week after that (which is on 4th of May 2012).

Last night was a historical night. I’ve been following the tweets of few MPs and I found out that they just broke the record by having the LONGEST parliamentary session in Malaysian history! The session ended at 3.21 AM (20th April 2012), GMT +8. Read more here.

I think one of the significant outcomes was the amendment of UUCA (University and University College Act) which now allows university student to be involved in any political party.

“Malaysian parliamentarians shed their political differences tonight to unanimously vote on legislative amendments granting university students freedom to hold posts in both political parties and on-campus organisations…”

(The Malaysian Insider, 20 April 2012)

I wonder how this would change the Malaysian political landscape. Too bad that I can’t follow whatever discussions that my fellow friends are having now on Facebook. Would there be more people starting to comment or posting or declaring their political inclination from now onwards? (especially the students).

I don’t know about others as why they support certain political parties, but as for me I’ve been taught that to be politically aware and active are part of our responsibility as the servant and khalifah of Allah on this earth. You might agree or disagree with this statement. The discussion could be long and it’s best if you could hear it from the appropriate figures such as the ulamas (muslim scholars).

One of the best read I had so far is “State in Islam” by Dr Yusuf al-Qardhawi (DOWNLOAD HERE).

In the Quran, Allah says:

“And let there be [arising] from you a nation inviting to [all that is] good, enjoining what is right and forbidding what is wrong, and those will be the successful”

(Surah ali-Imran, 3: 104)

In another verse, Allah says:

“And what is [the matter] with you that you fight not in the cause of Allah and [for] the oppressed among men, women, and children who say, “Our Lord, take us out of this city of oppressive people and appoint for us from Yourself a protector and appoint for us from Yourself a helper?””

(Surah an-Nisa’, 4: 75)

If you agree that there are still unfortunate people who are oppressed in our country, as a muslim, you have to fight for their cause! But then, Malaysia is a very harmony and peaceful place to live, mana ada orang kena oppress. Is it? Let me just give you one example:

“Seorang jutawan dengan Mercedeznya tidak terasa apa-apa dengan RM 10 untuk tol yang dibayar, tetapi untuk seorang pakcik tua pencen yang menaiki Proton Saga usang semenjak tahun 1985 lagi merasakan RM 10 itu cukup untuk mengenyangkan perut dia dan keluarganya untuk sehari (baca: betapa bernilainya RM 10 kepada orang susah).

Maka menghapuskan tol adalah satu bentuk menegakkan keadilan yang menyeluruh itu tadi. Menurut keadilan islam, cukai itu harus dikenakan mengikut kemampuan setiap rakyat. Bagaimana pula dengan rancangan kerajaan untuk mengenakan GST (cukai barangan dan servis), sama juga halnya, ia akan menjadi beban kepada rakyat yang miskin kerana golongan kaya mahupun miskin akan membayar cukai yang sama nilainya.”

(myfikrah, 12 December 2012)

Belum masuk lagi salah guna wang pembayar cukai hingga menyebabkan negara rugi berbillion-billion ringgit! Duit siapa? Duit kita juga.

If we choose to not to take part in any efforts of changing this situation (e.g. keeping quiet, refrain ourselves from voting, label ourselves as being “neutral”, etc), does this not mean that we are supporting all these wrong-doings? Nau’zubillah min zalik!

******

Ok, back to Bersih 3.0. So basically there are 8 demands of Bersih 3.0:

  • Clean the electoral roll
  • Reform postal ballot
  • Use of indelible ink
  • Minimum 21 days campaign period
  • Free and fair access to media
  • Stop corruption
  • Stop dirty politics

(For more details onĀ  Bersih 3.0 demands: CLICK HERE)

 

So, whoever has the chance, do join any of the Bersih 3.0 gatherings that will be held in main cities all over the world on the 28th of April 2012 (Saturday). The biggest one will be in Dataran Merdeka in KL. Will the turnout be bigger than any Merdeka Day celebration? History will be made again, insyaAllah.

Duduk renah renah, iboh berolah! (Sit properly, don’t be naughty) šŸ˜‰

 

Allahu’alam.

 

Sweet

Berada jauh dari tanah air tidaklah menjadikan aku totallyĀ ketinggalan dengan perkembangan drama dan movie Melayu yang keluar di Malaysia. Tidak juga aku pengikut setia. Tapi adalah beberapa yang aku maklum juga. Seperti biasa, sumbernya ialah Facebook! šŸ˜›

Oh, apa yang aku nak tulis sebenarnya? Yang aku nak tulis ialah berkenaan dengan drama atau movie bergenre cinta dan kesannya kepada remaja. Kalau tengok di Facebook pun (walaupun pada ketika ini aku sedang deactivate akaun Facebookku), genre cinta menjadi trend (selain daripada politik) –Ā  well, depends denganĀ siapa Facebook friends kita.

Untuk kesku, sebahagian besar yang aku friend adalah golongan remaja (sekolah menengah, pelajar universiti).

Ramai yang menginginkan pasangan couple yang sweet. Tak kurang juga yang buat status-status bajet sweet di Facebook untuk kekasih-kekasih mereka #facepalm# Malahan yang turut menjadi kritikan sekarang ialah golongan “enta-enti” juga ada trend yang tersendiri dalam isu ini. Well, I rest my case tetang keharusan semua perkara ini.

Ramai orang (mungkin, aku tak pernah buat kajian tentangnya) terlalu dibuai-buai dengan “keindahan” bercouple atau berkahwin dengan melihat pada drama-drama dan movie yang ada. Ramai yang ingin pasangan yang ‘ideal’ atauĀ sweet seperti seperti Azam & Anna (Ketika Cinta Bertasbih), Harriz & Izzah (Ombak Rindu), Adam & Maya (Adamaya) dan banyak lagi. Yang aku sebutkan itu antara yang popular.

Maka keluarlah kata-kata seperti, “Kan best kalau dapat couple yang sweet macam fulan bin fulan…” atau “Kalau dapat wife yang baik macam fulanah binti fulan, memang bertuahlah!” dan lain-lain lagi ‘harapan’ yang tercetus.

Hal ini menjadikan kita semua sebagai anggota masyarakat menjadikan orang atau watak tertentu sebagai kayu ukur dan kadang-kadang boleh membahayakan kerana expectation yang terlalu ideal seperti yang tergambar dalam drama dan movie tersebut tidak menggambarkan realiti. Akhirnya, tujuan bercouple atau berkahwin adalah untuk mencapai expectation yang telah tertanam dalam minda untuk sekian lama!

Dalam situasi yang lain, orang atau watak yang ideal dalam drama dan movie menjadikan golongan yang sudah berpasangan (khususnya yang sudah berkahwin) membandingkan pasangan mereka dengan watak yang ditonton dalam drama atau movie lantas mempersoalkan mengapa pasangan mereka tidak se-sweet watak-watak tersebut. Akibatnya, ini menjadikan perasaan tidak puas hati yang boleh membawa kepada kekecewaan yang berterusan.

Lebih memburukkan keadaan, kekecewaan itu menjadikan mereka membuka aib pasangan masing-masing kepada ahli keluarga dan teman-teman. Diparahkan lagi dengan zaman kecanggihan rangkaian sosial hari ini, habis di-facebook-status-kan dan juga diluahkan dengan mudahnya di Twitter, Tumblr, dan lain-lain!

Semoga Allah menjauhkan kita semua daripada semua itu!

Suka untuk aku kongsikan kata-kata Prof Dr Muhaya yang aku dengar beberapa hari lepas:

“Sebelum buat sesuatu, sebut ‘Ilahi, Kau yang kutuju, redha-Mu yang kucari, kurniakanlah diriku mencintai diri-Mu dan mengenal-Mu'”

Kata beliau juga,

“Orang yang kenyang kasih sayang Allah takkan perlu kasih sayang manusia”

Mengaitkan dengan isu yang aku timbulkan di atas, apabila manusia rasa cukup dan meletakkan pergantungan dan harapan pada kasih sayang Allah sepenuhnya, maka akan kurang dependency atau kebergantungan pada kasih sayang makhluk (manusia). Manusia tak kecewa bila manusia lain tak beri apa yang dia harapkan. Manusia juga tak pernah akan rasa ‘kurang kasih sayang’, walau bagaimana manusia lain tidak mengambil berat akan dirinya.

Rasulullah S.A.W berkata:

Tiga perkara yang barangsiapa terdapat (ketiga-tiga perkara itu) padanya nescaya dia memperolehi kemanisan Iman (iaitu):


– Allah dan Rasul-Nya adalah lebih dia cintai daripada selainnya


– dia mencintai seseorang semata-mata kerana Allah


– dia benci untuk kembali kepada kekufuran (maksiat) sebagaimana dia benci dilemparkan ke dalam Api Neraka.”

(Hadith Riwayat Bukhari dan Muslim)

Aku akui mungkin mudah untuk menaipnya di sini, mungkin mudah untuk membacanya, namun apakah semudah itu untuk mencapainya? Pastinya tidak. Kalau mudah, tidaklah kita perlu hidup di dunia ini kerana tanpa ujian (merasa susah dan berat), tak ada maknanya hidup di dunia kerana tujuan manusia diciptakan adalah untuk diuji.

Tapi aku percaya jika kita benar inginkannya, kita perlu berusaha dan berdoa. Kita perlu ilmu. Tak kenal maka tak cinta, kata orang Melayu dahulu kala. *sebab itulah antara sebabnya perlu ikut usrah dan sertai jemaah – untuk tujuan tarbiyyah dan seterusnya da’wah*

Berusaha dengan cari ilmu untuk kenal Allah dan Rasulullah, berdoa dengan memohon pada Allah agar dikurniakan kemanisan iman itu. Tak ada benda yang kita mahu jatuh bergolek bukan? Nak buka mulut pun kita perlu effort (e.g. interaksi sel-sel neuron, pengembangan dan pengecutan otot muka, dll), mana ada mulut automatik buka sendiri!

Berbalik kepada sweet-nya manusia tertentu, aku rasa tak ada manusia yang lebih sweet daripada Rasulullah s.a.w. sendiri, begitu juga isteri baginda Khadijah r.a.

Subhanallah.

Aisyah r.a. (isteri Rasulullah) antara yang cemburu dengan sweet-nya Rasulullah s.a.w (dalam keadaan Rasulullah s.a.w. dah sweet terhadap Aisyah r.a. sendiri – lihat contoh pada poem yang aku akan kongsikan di bawah).

Aisyah r.a. pernah mengaku bahawa dia tidak pernah cemburuĀ  kepada isteri Rasulullah s.a.w melainkan kepada Khadijah r.a. kerana kerapnya Rasulullah s.a.w. menyebut nama Khadijah di hadapannya.

Aisyah r.a. menceritakan:

“Hampir tidak pernah Rasulullah keluar rumah sehingga menyebut Khadijah dan memujinya. Pada suatu hari Rasulullah menyebutnya, sehingga menimbulkan kecemburuanku. Lalu aku katakan, ‘Bukankah ia hanya seorang tua yang Allah telah menggantikannya untuk kakanda orang yang lebih baik darinya?’

Kemudian Rasulullah marah seraya berkata: ‘Demi Allah, Allah tidak menggantikan untukku orang yang lebih baik darinya. Dia beriman ketika orang-orang ingkar, dia membenarkan aku ketika orang-orang mendustakanku, dia membela dengan hartanya ketika orang-orang menghalangiku, dan aku dikurnia anak darinya, sementara aku tidak dikurniai anak sama sekali dari isteri lainnya.'”

(Hadith Riwayat Ahmad dan Tabrani)

Sungguh, berapa lama aku hidup aku tak pernah benar-benar kenal Rasulullah s.a.w., hingga saat ini pun mungkin banyak lagi yang aku masih tidak tahu tentang baginda rasul. (-_-)

Selama ini, hasil daripada apa yang diajarkan dalam mata pelajaran Sirah di sekolah rendah, aku hanya tahu Khadijah r.a. sebagai isteri Rasulullah s.a.w., seorang businesswoman yang berjaya dan berakhlak mulia, berkahwin dengan Rasulullah s.a.w. ketika usia beliau 40 tahun dan Rasulullah s.a.w, 25 tahun.

Sehingga suatu hari, dalam satu sesi ceramah, penceramah telah memberikan dimensi baru kepadaku dalam melihat peribadi Khadijah r.a. sehingga menjadikan beliau wanita yang Rasulullah s.a.w agungkan.

Kisahnya ketika berlaku penurunan wahyu pertama, apabila Rasulullah s.a.w. pulang ke rumah dengan penuh ketakutan selepas didatangi oleh malaikat Jibril di Gua Hira’.

(aku tulis lebih kurang macam mana penceramah itu ceritakan)

Sampai-sampai sahaja di rumah ketika itu, Rasulullah s.a.w. yang ketakutan (cuba bayangkan macam mana muka orang ketakutan, mungkin pucat lesi, menggigil?), dan terus meminta untuk diselimutkan oleh Khadijah r.a.

Selimutilah aku…selimutilah aku…,” kata Rasulullah s.a.w. Lalu Khadijah r.a., isteri yang taat menyelimuti baginda.

Cuba bayangkan kalau kita; erk! tukar, tukar – isteri-isteri pada zaman ini didatangi oleh suami yang pulang ke rumah dalam keadaan ketakutan, menggigil, minta diselimuti, agak-agaknya, siapa yang akan lebih takut? Siapa yang menangis dahulu? Siapa yang lemah lutut dan rasa nyawa melayang dari badan? – pastinya si isteri!

Itu kalau isteri yang lemah semangat, kalau yang kuat semangat sikit, mungkin akan disambutnya si suami yang ketakutan dan menggigil itu dengan penuh pelik dan hairan lalu berkata, ‘Apsal dengan awak ni, buang tabiatkah?’ #facepalm#

Hurm.

Sambung lagi kisah Rasulullah s.a.w. tadi, selepas Khadijah r.a. menyelimuti baginda, Rasulullah s.a.w. berkata kepada Khadijah r.a., “Hai Khadijah, tahukah engkau mengapa aku tadi begitu?

Allahu Allah, indahnya cara komunikasi Rasulullah s.a.w kepada isterinya. Kalau di-translate dalam bahasa kita pada hari ini, lebih kurang mungkin bunyinya, “Sayang, sayang tahu tak kenapa abang jadi macam ni?”Ā 

Lalu, Rasulullah s.a.w. pun menyatakan kerisauan dalam hatinya, “Aku sebenarnya khuatir terhadap diriku.”

Apa yang Rasulullah s.a.w. khuatirkan? Ingat tadi bahawa Rasulullah s.a.w. bergegas pulang dengan ketakutan setelah didatangi malaikat Jibril. Suatu makhluk yang tidak pernah terlihat oleh baginda dan memeluk baginda tiga kali pula tu! Apa yang Rasulullah s.a.w. khuatirkan ialah jika baginda diganggu oleh makhluk halus (jin).

Sekali lagi, kalau isteri zaman sekarang dengar si suami berkata seumpama itu, apa agaknya respon mereka? Mengeremang bulu roma mungkin? Atau dibalas dengan kata-kata, “Eh, awak janganlah main-main benda macam ni, ada-ada sajalah awak ni!” (dalam hati dah ketakutan sebenarnya).

Tapi apa Khadijah r.a., isteri kesayangan baginda kata kepada Rasulullah s.a.w.?

Khadijah r.a. berkata, “Tidak! Bergembiralah! Demi Allah, Allah sama sekali tidak akan membuat engkau kecewa. Engkau seorang yang suka menyambung tali keluarga, selalu menolong orang yang susah, menghormati tamu, dan membela orang yang berdiri di atas kebenaran.”

Allahu Allah, sekali lagi, sweet bukan jawapan yang diberi oleh beliau? Orang yang tengah ketakutan, diberi pula kata-kata positif kepadanya.

Menurut penceramah tersebut, di sini kita dapat melihat hebatnya psikologi yang dimainkan oleh Khadijah r.a. Bagaimana dalam keadaan Rasulullah s.a.w. yang serabut mindanya ketika itu, ditenangkan oleh Khadijah r.a. Subhanallah.

Itu ketika pertama kali bertemu dengan malaikat Jibril, ketika wahyu pertama ‘Iqra’!’ diturunkan kepada baginda. Selang beberapa ketika lamanya tidak ada wahyu diturunkan, akhirnya malaikat Jibril muncul buat kali kedua dan sekali lagi Rasulullah s.a.w. yang dalam keadaan terkejut terus menemui isteri baginda, Khadijah r.a. Sekali lagi, Rasulullah s.a.w. meminta agar baginda diselimuti.

Seraya itulah wahyu seterusnya diturunkan,”Ya ayyuhal muddathir. Qum faanzir. Wa rabbaka fakabbir. Wa thiabaka fatohhir. Warrujza fahjur.” (Surah al-Muddathir: 1-5)

Daripada yang aku dengar daripada penceramah tersebut, katanya Khadijah r.a. memasukkan Rasulullah s.a.w. ke dalam bajunya (jangan bayangkan baju zaman itu sama macam yang kita pakai hari ini).

******

Speechless.

Itu baru sedikit antara bayak lagi yang aku tak tahu. Syukur ada yang menceritakan. Tapi berbalik kepada isu yang cuba dibangkitkan dalam tulisan kali ini, jikalau kita ingin mengambil contoh atau kayu ukur betapa indahnya dan sweet-nya manusia, kita perlu pastikan orang atau watak yang ingin dijadikan role model itu betul dan tepat.

Persoalan yang perlu dijawab ialah definisi sweet yang mana ingin kita gunakan? Yang membawa kita kepada-Nya atau yang menjauhkan kita daripada-Nya? Yang membawa ke syurga-Nya atau yang membawa kepada neraka-Nya?

Post kali ini aku ingin tutup dengan sebuah poem yang menarik dan boleh direnung-tenungkan:

“…Allah’s best example,
you call her Mary, we call her Maryam,
A women who’s perfect since birth,
The best to walk the skies
and the best to walk the surfaces of earth.
The most exalted of all women,
that’s why she was dedicated an entire chapter in the holy Quran…
She was the best of all women
and to society she should be leading the way
I mean that’s why our women be dressing like her
Because just like Mary, when Allah decrees something
we hear and we obey
See Mary used to cover up
despite everything they used to say
She would hide in hibernation
and to Allah she would pray
And when she was visited by angels in the form of men,
she said, ‘if you fear Allah yo would go away!’
Because in presence of men she would not stay

….
..

Prophet Muhammad said the best of men,
is he who is best in his character
and the best of them, is he who is best to his lady
after he married her
He was the best to his wives
I mean just take a look at Aisha
He’d compete with her in races and smile
just to make her happier


..

And if you’re still looking for that good girl
don’t go chasing after behind her
Rather search to find Allah first,
for once you find Him
you’re guaranteed to find her.”

(Love, Marriage & Fairytale | Muslim Version)

******

Apakah dengan tulisan ini aku telah meletakkan atau memberikan expectation yang tinggi kepada kita semua?

Terpulang.

Apa yang aku tahu dan percaya, kita takkan dapat jadi manusia sempurna. Namun, ketidaksempurnaan itu tidaklah sampai menjadikan kita culas dalam berusaha.

Tulisan ini lebih kepada peringatan buat diri. Ingatkan aku andai aku lupa.

Aku hanya manusia.

Allahu’alam.

*Sirah Rasulullah s.a.w. di atas dirujuk daripada buku ‘Sirah Nabawiyyah’ tulisan Dr. Muhammad Sa’id Ramadhan al-Buthy

Last Lap?

Agak lama semenjak kali terakhir aku menulis di sini. To be honest, kalau ada benda yang sama tentang aku semenjak dulu ialah apabila aku duduk di hadapan skrin laptop dan menghadap interface WordPress.com ini (dan juga blogger.com sebelum ini). Sedar tak sedar dah masuk 6 tahun aku memblog! Walaupun aku akui apa yang aku tulis di awal-awal dahulu terasa lebih ‘bebas’ berbanding tahun-tahun kebelakangan ini.

Mungkin dulu lebih innocent. Tapi hanya aku yang boleh dipersalahkan atas alasan untuk tidak lagi menulis dengan bebasnya.

Haih.

Hari ini, aku ingin menulis tanpa apa-apa sub-heading. Biar jari-jemari ini menari di atas keyboard ini dengan bebasnya. Bolehkah? Lihat saja di akhirnya nanti bagaimana. ^^

Alhamdulillah wa astaghfirullah. Aku takut kalau aku tak cukup bersyukur. Nikmat Allah bagi sangat banyak. Tapi pada masa yang sama aku khuatir juga, kalau Allah uji dengan ujian berat, aku tak mampu nak hadapi. Tapi Allah Maha Tahu apa yang mampu aku tanggung dan pikul. Cuma aku sahaja yang perlu yakin.

“Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya. Ia mendapat pahala kebaikan yang diusahakannya, dan ia juga menanggung dosa kejahatan yang diusahakannya…”

(Surah al-Baqarah: 286)

Sedikit update kehidupan. Selepas temuduga Februari lalu, hidup diteruskan dengan projek kedua pada semester ini. Kalau sebelumnya kami perlu membuat Product Design Project, selepas itu disusuli pula dengan Process Design Project. Antara dua projek itu, ada gap lebih kurang 5 hari, di mana 3 hari daripadanyaĀ department menyediakan slotĀ development talks untuk kami. Antaranya kami ada sesi bersama seorang coach yang mengongsikan kepada kami presentation skill. Lain-lain, talks tentang career-related. Menarik. Terima kasih kepada department.

Untuk Process Design Project, kali ini barulah benar-benar merasa (sedikit-sebanyak) menjadi seorang chemical engineerĀ itu. Di mana kami perlu men-design PROSES. Chemical engineer skop kerjanya bukan mencipta bahan kimia atau bom dan sebagainya (itu kerja Chemist) tapi skop kerjanya bertumpu kepada menghasilkan kondisi sesebuah proses agar proses itu mengeluarkan hasil yang optimum (high yield, minimum waste, minimum cost, etc).

*****

At this point aku tertanya-tanya, kalau ada manusia yang benar-benar kenal aku inside-out? Yang tak expect apa-apa daripadaku?

*****

Untuk Process Design Project itu, ada 2 bahagian. Bahagian pertama ialah secara berkumpulan. Alhamdulillah sudah selesai 2 minggu lepas (sebelum cuti Easter bemula). Ini hasilnya:

Pengalaman menarik, I would say. Aku dah luahkan sebahagiannya di Twitter semasa dalam proses menyiapkannya. Apa-apa pun, gembira sebab diberi kepercayaan untuk membawa fail bersaiz 70 mm daripada library ke department untuk submission. Selepas sleepless night, alhamdulillah kami sempat mem-print dan menghantarnya 15 minit sebelum deadline! šŸ˜› (anyway, kami bukanlah kumpulan yang terakhir ya!).

Kemudian, aku ‘hadiahkan’ diri dengan makan tengah hari di Yen Sushi dan…


šŸ™‚

Lepas habis submission, bermulah cuti Easter 2012. Cuti Easter terakhir buatku eh? InsyaAllah.

Tapi hidupku sebagai pelajar tahun akhir chemical engineering belum tamat. Apa yang menanti ialah bahagian kedua Process Design Project iaitu bahagian individu di mana kami perlu men-design salah satu unit operation yang ada dalam proses kami. Aku telah dapat (atau pilih) membrane separation unit to separate carbon dioxide from nitrogen.

Kami diberi masa 3 minggu (solid) untuk menyiapkan tugasan itu. Kalau yang hebat, mungkin 5 minggu (tambah 2 minggu yang seharusnya diperuntukkan untuk cuti). Kini, tinggal esok sahaja lagi sebelum cuti Easter ini tamat. Aku ada cuba untuk membuat headstart tetapi ia tak seberjaya yang diinginkan. Ada saja yang membantutkannya. Apa-apa pun teruskan berusaha! InsyaAllah.

Isnin ini akan bermula secara rasmi untuk semua pelajar tahun akhir bertungkus-lumus menghasilkan report terbaik dan terakhir sepanjang kehidupan sebagai pelajar undergraduate kami. Seperti yang aku katakan, ada 3 minggu untuk kami menyiapkannya. Yosh! insyaAllah. Tolong doakan aku ya kawan-kawan semua.

Sebab itulah post kali ini bertajuk ‘Last Lap’. Ya, secara literalnya memang pusingan terakhir. Pecutan terakhir. Curahan tenaga terakhir. Sebelum sampai ke garis penamat. Walau bagaimana baik/teruk pencapaian dalam tahun-tahun sebelum ini, ini ialah peluang terakhir untuk memberikan yang terbaik. Bukan moment untuk sambil lewa atau semadi nadai – dalam bahasa yang lebih familiar bagi orang Sarawak.

Ah, Sarawak. Miri. Bila sebut Miri, Sarawak banyak yang bermain di fikiran ini. Membuatku tertanya, di mana kaki ini akan menapak selepas ini? Antara kemahuan dan keperluan. Antara kesukaan dan cita-cita. Antara perancangan dan perjalanan. erk! Tak dapat untuk aku tuliskan apa-apa. Jika difikirkan pun, hanya menemukan aku pada kebuntuan. Tiada apa-apa yang dapat dipastikan olehku, walaupun hakikatnya telah lama Allah tentukan, cuma aku yang belum tahu.

Aku ada perancangan. Well, tidaklah begitu detail, tetapi secara kasarnya sahaja. Aku cuma harap antara dua; iaitu, Allah memberkati apa yang aku rancang dan aku hidup seperti yang aku rancang ATAU,Ā  jika Allah menentukan selain daripada yang akal dangkalku rancang, aku harap Allah berikan kekuatan kepadaku untuk menempuhinya (ia boleh jadi sesuatu yang aku tidak suka bukan?).

Hidup bukan untuk sentiasa dapat apa yang kita suka, hidup adalah untuk buat apa yang Allah redha. Semoga aku sentiasa ingat akan itu dan beramal dengannya.

Ujian yang aku hadapi mutakhir ini pelik dugaannya. Mungkin bukan ujian kelaparan seperti ramai di kepulauan Afrika, atau ujian peperangan seperti di Timur Tengah, dan lain-lain ujian yang nampak secara fizikalnya. Allahu Rabbi sahaja yang Tahu dan aku sendiri kadang-kadang keliru dan sukar untuk mentafsirkannya. Petunjuk-Nya jua yang aku harapkan. Semoga aku keluar daripada ujian ini dengan hasil yang terbaik dan dalam keadaan yang Allah redha.

Ok lah, cukup di sini rasanya untuk kali ini. Sebenarnya aku penat dengan expectation yang kadang-kadang tak manusiawi. Apakah hanya aku yang membayangkan semua expectation itu sedangkan hakikatnya tiada? Ada atau tidak, ia menjadi permasalahan kerana itu yang aku tafsirkan daripada layanan yang orang berikan. Tapi, aku juga akui, expectation itu yang buat kita agar sentiasa terus usaha baiki diri. Jadi, just live with it, I guess. C’est la vie!

Sangat dihargai andai manusia boleh terima yang tak ada manusia lain yang sempurna. Tapi ketidaksempurnaan itu tidaklah sampai menjadikan kita culas dalam berusaha.

Aku manusia berusaha tapi bukan untuk jadi sempurna.

Kesimpulannya, aku hanya manusia.

Allahu’alam.