Last Lap?

Agak lama semenjak kali terakhir aku menulis di sini. To be honest, kalau ada benda yang sama tentang aku semenjak dulu ialah apabila aku duduk di hadapan skrin laptop dan menghadap interface WordPress.com ini (dan juga blogger.com sebelum ini). Sedar tak sedar dah masuk 6 tahun aku memblog! Walaupun aku akui apa yang aku tulis di awal-awal dahulu terasa lebih ‘bebas’ berbanding tahun-tahun kebelakangan ini.

Mungkin dulu lebih innocent. Tapi hanya aku yang boleh dipersalahkan atas alasan untuk tidak lagi menulis dengan bebasnya.

Haih.

Hari ini, aku ingin menulis tanpa apa-apa sub-heading. Biar jari-jemari ini menari di atas keyboard ini dengan bebasnya. Bolehkah? Lihat saja di akhirnya nanti bagaimana. ^^

Alhamdulillah wa astaghfirullah. Aku takut kalau aku tak cukup bersyukur. Nikmat Allah bagi sangat banyak. Tapi pada masa yang sama aku khuatir juga, kalau Allah uji dengan ujian berat, aku tak mampu nak hadapi. Tapi Allah Maha Tahu apa yang mampu aku tanggung dan pikul. Cuma aku sahaja yang perlu yakin.

“Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya. Ia mendapat pahala kebaikan yang diusahakannya, dan ia juga menanggung dosa kejahatan yang diusahakannya…”

(Surah al-Baqarah: 286)

Sedikit update kehidupan. Selepas temuduga Februari lalu, hidup diteruskan dengan projek kedua pada semester ini. Kalau sebelumnya kami perlu membuat Product Design Project, selepas itu disusuli pula dengan Process Design Project. Antara dua projek itu, ada gap lebih kurang 5 hari, di mana 3 hari daripadanya department menyediakan slot development talks untuk kami. Antaranya kami ada sesi bersama seorang coach yang mengongsikan kepada kami presentation skill. Lain-lain, talks tentang career-related. Menarik. Terima kasih kepada department.

Untuk Process Design Project, kali ini barulah benar-benar merasa (sedikit-sebanyak) menjadi seorang chemical engineer itu. Di mana kami perlu men-design PROSES. Chemical engineer skop kerjanya bukan mencipta bahan kimia atau bom dan sebagainya (itu kerja Chemist) tapi skop kerjanya bertumpu kepada menghasilkan kondisi sesebuah proses agar proses itu mengeluarkan hasil yang optimum (high yield, minimum waste, minimum cost, etc).

*****

At this point aku tertanya-tanya, kalau ada manusia yang benar-benar kenal aku inside-out? Yang tak expect apa-apa daripadaku?

*****

Untuk Process Design Project itu, ada 2 bahagian. Bahagian pertama ialah secara berkumpulan. Alhamdulillah sudah selesai 2 minggu lepas (sebelum cuti Easter bemula). Ini hasilnya:

Pengalaman menarik, I would say. Aku dah luahkan sebahagiannya di Twitter semasa dalam proses menyiapkannya. Apa-apa pun, gembira sebab diberi kepercayaan untuk membawa fail bersaiz 70 mm daripada library ke department untuk submission. Selepas sleepless night, alhamdulillah kami sempat mem-print dan menghantarnya 15 minit sebelum deadline!😛 (anyway, kami bukanlah kumpulan yang terakhir ya!).

Kemudian, aku ‘hadiahkan’ diri dengan makan tengah hari di Yen Sushi dan…


🙂

Lepas habis submission, bermulah cuti Easter 2012. Cuti Easter terakhir buatku eh? InsyaAllah.

Tapi hidupku sebagai pelajar tahun akhir chemical engineering belum tamat. Apa yang menanti ialah bahagian kedua Process Design Project iaitu bahagian individu di mana kami perlu men-design salah satu unit operation yang ada dalam proses kami. Aku telah dapat (atau pilih) membrane separation unit to separate carbon dioxide from nitrogen.

Kami diberi masa 3 minggu (solid) untuk menyiapkan tugasan itu. Kalau yang hebat, mungkin 5 minggu (tambah 2 minggu yang seharusnya diperuntukkan untuk cuti). Kini, tinggal esok sahaja lagi sebelum cuti Easter ini tamat. Aku ada cuba untuk membuat headstart tetapi ia tak seberjaya yang diinginkan. Ada saja yang membantutkannya. Apa-apa pun teruskan berusaha! InsyaAllah.

Isnin ini akan bermula secara rasmi untuk semua pelajar tahun akhir bertungkus-lumus menghasilkan report terbaik dan terakhir sepanjang kehidupan sebagai pelajar undergraduate kami. Seperti yang aku katakan, ada 3 minggu untuk kami menyiapkannya. Yosh! insyaAllah. Tolong doakan aku ya kawan-kawan semua.

Sebab itulah post kali ini bertajuk ‘Last Lap’. Ya, secara literalnya memang pusingan terakhir. Pecutan terakhir. Curahan tenaga terakhir. Sebelum sampai ke garis penamat. Walau bagaimana baik/teruk pencapaian dalam tahun-tahun sebelum ini, ini ialah peluang terakhir untuk memberikan yang terbaik. Bukan moment untuk sambil lewa atau semadi nadai – dalam bahasa yang lebih familiar bagi orang Sarawak.

Ah, Sarawak. Miri. Bila sebut Miri, Sarawak banyak yang bermain di fikiran ini. Membuatku tertanya, di mana kaki ini akan menapak selepas ini? Antara kemahuan dan keperluan. Antara kesukaan dan cita-cita. Antara perancangan dan perjalanan. erk! Tak dapat untuk aku tuliskan apa-apa. Jika difikirkan pun, hanya menemukan aku pada kebuntuan. Tiada apa-apa yang dapat dipastikan olehku, walaupun hakikatnya telah lama Allah tentukan, cuma aku yang belum tahu.

Aku ada perancangan. Well, tidaklah begitu detail, tetapi secara kasarnya sahaja. Aku cuma harap antara dua; iaitu, Allah memberkati apa yang aku rancang dan aku hidup seperti yang aku rancang ATAU,  jika Allah menentukan selain daripada yang akal dangkalku rancang, aku harap Allah berikan kekuatan kepadaku untuk menempuhinya (ia boleh jadi sesuatu yang aku tidak suka bukan?).

Hidup bukan untuk sentiasa dapat apa yang kita suka, hidup adalah untuk buat apa yang Allah redha. Semoga aku sentiasa ingat akan itu dan beramal dengannya.

Ujian yang aku hadapi mutakhir ini pelik dugaannya. Mungkin bukan ujian kelaparan seperti ramai di kepulauan Afrika, atau ujian peperangan seperti di Timur Tengah, dan lain-lain ujian yang nampak secara fizikalnya. Allahu Rabbi sahaja yang Tahu dan aku sendiri kadang-kadang keliru dan sukar untuk mentafsirkannya. Petunjuk-Nya jua yang aku harapkan. Semoga aku keluar daripada ujian ini dengan hasil yang terbaik dan dalam keadaan yang Allah redha.

Ok lah, cukup di sini rasanya untuk kali ini. Sebenarnya aku penat dengan expectation yang kadang-kadang tak manusiawi. Apakah hanya aku yang membayangkan semua expectation itu sedangkan hakikatnya tiada? Ada atau tidak, ia menjadi permasalahan kerana itu yang aku tafsirkan daripada layanan yang orang berikan. Tapi, aku juga akui, expectation itu yang buat kita agar sentiasa terus usaha baiki diri. Jadi, just live with it, I guess. C’est la vie!

Sangat dihargai andai manusia boleh terima yang tak ada manusia lain yang sempurna. Tapi ketidaksempurnaan itu tidaklah sampai menjadikan kita culas dalam berusaha.

Aku manusia berusaha tapi bukan untuk jadi sempurna.

Kesimpulannya, aku hanya manusia.

Allahu’alam.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s