Cerita-cerita

Alhamdulillah.

Akhirnya aku kembali menghadap laptopku dan menulis di laman ini. Lama juga myfikrah ini berada dalam keadaan dorman. Hiatus? Heh, lama sudah aku tak guna perkataan tersebut. Teringat dulu-dulu, kalau terasa nak ‘mengasingkan’ diri dari memblog, siap letak mode ‘hiatus’ di laman ini.

Cerita dulu. Masa muda-muda.πŸ˜›

Bertalak Satu Dengan Facebook

Aku suka menulis. Mungkin sebabnya, aku jarang ada peluang untuk ‘memuntahkan’ apa yang ada dalam fikiran secara ‘lisan’. Yang membezakan mungkin, ‘di mana’ aku menulis. Buat sekian lamanya aku suka menulis di laman myfikrah ini. Kalau tak memblog, aku mungkin akan tulis emel atau mesej yang panjang-panjang dalam ‘group-group’ tertutup. Semenjak ada facebook dan facebook pula berevolusi dengan begitu cepatnya, sedikit demi sedikit facebook menjadi medium untuk aku menulis.

Kenapa? Tak pasti juga. Kebarangkalian terbesar ialah limitasi ruang yang ada pada facebook membolehkan aku tulis apa yang aku terasa ingin tulis dalam masa yang singkat. Hendak post satu status atau luahan pendapat di facebook, mungkin hanya ambil masa 5-10 minit (atau lebih sikit, bergantung kepada kepanjangan).

Tapi berbeza dengan menulis di blog, biasanya akan ambil masa jauh lebih lama (minima 1 jam?) – pastinya bergantung kepada kepanjangan apa yang dituliskan. Di facebook, ianya tidak janggal jika ada ketikanya satu post itu teramat pendek dan pada satu masa yang lain ia mungkin panjang sedikit.

Namun ada kelemahannya menulis di facebook, kerana keterbatasannya, mungkin apa yang aku ingin sampaikan ditulis dengan terlalu ringkas dan mesej yang ingin disampaikan mungkin tidak sampai. Di blog, ruang lebih banyak untuk aku ‘cerita panjang-panjang’ apa yang aku hendak sampaikan.

(diambil daripada carian Google)

Beza yang paling besar – di facebook, tak semua orang suka baca apa yang kita tulis. Oleh kerana sifat facebook yang akan ‘memaparkan’ status setiap orang di wall utama, maka siapa-siapa yang rajin menghadap wall facebook tanpa termiss satu post pun akan membaca atau ‘ter’baca status setiap orang, sama ada dia suka atau tidak. Dan keadaan ini kadang-kadang ‘tidak menyelesakan’.

Aku tidak kisah tentang orang suka atau tidak apa yang aku tulis, menjadi hak aku untuk menulis apa yang aku ingin tulis. Cuma, tanpa sedar, kadang-kadang apa yang kita tulis mungkin menyinggung perasaan sesetengah pihak. Lagi-lagi kalau orang tersebut TAK sengaja ‘ter’baca apa yang kita tulis kerana sifat wall facebook yang aku sebutkan di atas tadi.

Seseorang itu mungkin tak terfikir pun nak tahu apa kita tulis atau apa opinion kita, tapi disebabkan apa yang kita tulis muncul di wall utama, maka dia mungkin terbaca dan memberi impak negatif kepadanya pula (na’uzubillah min zalik). Orang mungkin keliru, kecil hati, sakit hati, dan macam-macam lagi perasaan terhadap apa yang kita tulis.

(to be honest, aku ada pengalaman begitu, khususnya post berkaitan politik yang aku tak setuju dan kadang-kadang buat aku geram dengan orang yang menge-post itu. contohnya, orang yang terlalu menyanjung Tun M atau pro-kerajaan tak bertempat. sorry! hehe)πŸ˜›

Tapi di blog, we choose to read what people write. If we don’t like what people write, we can choose not to read it. Bagiku, ia lebih adil (tidak menzalimi pembaca dan penulis). Aku beri satu contoh peribadi. Mungkin paling mudah untuk aku beri contoh ialah tulisan yang berkaitan dengan politik semasa di Malaysia – ada yang aku suka baca, ada yang tidak.

Contohnya, aku tak akan baca tulisan yang berunsur fitnah dan bersifat character assasination. Maka, aku tak akan ‘buang masa’ membaca tulisan seumpama itu di blog-blog. Tapi, kalau ada orang tulis seumpama itu di facebook, aku pasti akan ‘ter’baca juga jika aku ‘menghadap’ facebook.

*****

Maka dipendekkan cerita, aku pun membuat keputusan untuk bertalak satu dengan facebook (baca: talak dari segi bahasa bermaksud ‘memutuskan ikatan’). Kenapa talak satu? Hehe. Sebabnya, aku masih buka facebook untuk menghubungi orang-orang. Kini (dan aku harap seterusnya juga), fungsi facebook lebih kepada untuk bermesej dan buka ‘group-group’ penting; manakala aktiviti seperti ‘update status’, ‘like’ post, ‘comment’, dikurangkan. InsyaAllah.

Mungkin aku akan rugi juga sebab dalam facebook sebenarnya banyak post-post yang bermanfaat daripada rakan-rakan facebook yang mungkin aku tak aware/tak tahu jika aku tak buka facebook. But I guess, that’s the opportunity cost that I have to bear.

Tapi, apabila keadaan memerlukan, siapa tahu aku mungkin ‘rujuk’ semula dengan facebook.πŸ˜›

Penganggur: Antara Graduan dan Pekerja

Alhamdulillah, aku dah selamat bergraduasi daripada University of Bath dalam bidang Chemical Engineering (MEng.) pada 3 Julai 2012 yang lalu. Hari graduasi yang diiringi oleh hujan gerimis ala Britain. ^^

Lebih kurang seminggu selepas hari graduasi, aku kembali ke Malaysia for good. Setibanya di Kuala Lumpur, lantas melaporkan diri kepada penaja dan dikhabarkan aku yang pertama melaporkan diri dari kalangan batch di UK. Kebetulan graduasi universitiku lebih awal berbanding kebanyakan universiti di UK, sebab itulah berpeluang melapor diri awal.

Ironinya, kini sudah lebih kurang 3 bulan semenjak melaporkan diri namun belum ada berita daripada potential employer. Tak kurang ramai rakan-rakan sebatch yang sudah mendapat tempat. Mungkin tak ada kaitan ‘melapor diri awal’ dengan ‘kecepatan dipanggil bekerja’. (oh, perlu diingatkan, I’m not complaining yea)πŸ˜›

Mungkin ada hikmahnya ‘bercuti’ lebih panjang daripada biasa. Hidup agak santai namun ada juga cabaran-cabarannya. Tak kurang juga pengalaman “menarik” yang menguji ‘common sense’ dan kebolehtahanan terhadap kehidupan di alam realiti.

Mengapa aku kata begitu? Sebabnya, sudah sekian lama berada dalam alam ‘pelajar/mahasiswa’ ianya mungkin penuh dengan idealisme. Contoh, masa di sekolah dulu kita ada mindset bahawa, kita perlu skor SPM, masuk universiti dan kemudian kita akan jadi ‘orangΒ  berjaya’. Hidup akan jadi senang, bla, bla, bla. —> ini idealistik.

Tapi hakikatnya (‘realiti’), definisi ‘berjaya’ itu seolah-olah semakin luas. Memegang segulung ijazah belum boleh dikira berjaya. Apa ertinya ada ijazah tapi kaku dan lesu dalam bermasyarakat. Apa ertinya ada ijazah, jika sama sahaja jika kita wujud atau tidak (i.e. tiada mampu menyumbang).

Dulu masa zaman belajar, 90% daripada perkara yang perlu kita uruskan hanyalah diri kita sendiri. Tetapi apabila kita telah kembali ke rumah sendiri, ke kampung halaman, suka atau tidak, kita perlu menerima bahawa kita ada akauntabiliti terhadap orang lain juga. Banyak yang kita perlu jaga selain daripada diri kita sendiri.

Sekurang-kurangnya, itu yang aku boleh katakan berdasarkan observasi singkatku. Yang menjadi sukar, bagaimana untuk memilih antara menjadi seorang yang selfish atau selfless. Bagaimana untuk mengawal diri agar bertoleransi dan tidak terlalu mengikut kepala sendiri sahaja. Bagi aku, semua itu tidak mudah. Perlu berhati-hati supaya tidak ‘melukakan’ dan ‘dilukakan’.

Penutup

Heh, sebenarnya terfikir untuk tulis benda lain juga sebelum mula menaip tadi – antaranya kekecewaan terhadap gambaran watak Ain Hawani dalam drama Adam & Hawa yang meleset daripada jangkaanku (Ain patut pakai tudung lengkap lepas balik dari umrah!).

Hehe.

Apa-apa lah. At least, aku dah dapat momentum untuk menulis di ruangan kegemaranku ini. Merapu macam dulu.πŸ™‚

Semoga ada lagi yang aku akan tulis dan semoga ada manfaatnya.

Penutup untuk tulisan kali ini, apa kata kita hayati lirik lagu ‘Seksis’ oleh Anita Sarawak:

Bila ku bersuara kau kategorikan sebagai meleter

Bila kau tercabar sebelum bertarung pun ku dah kau singkir

Tika di jalanan cermat ke cuai

Stereotype lady driver

Bila tunjuk pandai lagakmu hebat

Mengalahkan seorang professor

Oh mana keadilannya

Balik-balik kita saja terkena

Dahulu hingga kini

Kau memonopoli cuba menguasai

Duniaku ini oh mana aci

(Korus)

Jangan pandang ku sebelah mata

Hanya kerna namaku wanita

Walau ada kelemahannya

Engkau pun apa tidaknya

Jangan pandang ku sebelah mata

Nanti kejantanan mu tercabar

Takkan ku menyerah kalah

Kerana madah mu berat sebelah

Kelemahanmu akan ku tepis

Selagi persis, tak terkikis seksis…

Fikir-fikirku belakangan ini ternyata berada dalam garisan ini (err, terjemahan ‘along this line’)…πŸ˜‰

Sehingga jumpa lagi, insyaAllah!πŸ™‚

Allahu’alam.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s