It’s Been A While, Huh?

Whoaa!

Masuk hari ini, dah 2 hari aku cuti. Cuti dalam definisiku sekarang, “duduk di rumah dan buat hal sendiri.”

Malam tadi, aku menonton 2 episod Bones Season 8. Lama sudah aku tak menonton Bones, drama siri bahasa Inggeris yang aku follow masa di universiti dulu. Sekarang ni dah habis pun Season 8. Ketinggalan kereta api sedikit. Apa-apa pun, happy sebab dalam episod yang aku tonton semalam, Bones a.k.a. Dr Temperance Brennan memandu Toyota Prius!😀

Prius! :D
Prius!😀
Bones dengan Booth "gaduh" pasal GPS vs. conventional map
Bones dengan Booth “gaduh” pasal GPS vs. conventional map😛
Bones & Booth in the Prius, heading to a suspect home
Bones & Booth in the Prius, heading to a suspect home

Sebenarnya semalam dan hari ini adalah cuti umum di W. P. Labuan dan Sabah sempena Hari Kaamatan. Kotobian Tadau Tagazo Do Kaamatan*!🙂

*(Selamat Hari Pesta Menuai – terjemahan merujuk kepada Google)

Tiba-tiba, perasaan ingin menge-blog telah datang, dan nah di sini aku menulis.

Lama benar sudah aku tidak menulis di ruangan ini. Semenjak post yang terakhir, aku banyak menulis di facebook dan majoritinya berbaur politik. Iyalah, masa-masa itu kita kian menghampiri pilihanraya.

Anyway, PRU-13 pun dah berlalu. Memang tak puas hati. Huhu. Namun, ia tak berhenti di situ, rakyat tetap akan terus LAWAN!

So, how’s life so far?

Kilang Methanol

Tetiba rasa tak tahu nak tulis apa. Haha! Erm, rasanya molek juga kalau aku pick-up daripada kali terakhir aku menulis pada bulan Disember tahun lalu (fuh, 5 bulan lepas?).

Alhamdulillah, kini dah hampir 6 bulan aku berada di kilang methanol. Dalam masa lebih kurang setengah bulan lagi, genap 6 bulan aku berada di kilang tersebut insyaAllah. Juga bermaksud, kini semakin menghampiri masa tamat tempoh probationary. Doakan aku ya! (supaya dapat confirmation in position. ameen)

Dalam beberapa bulan yang  berlalu ini, banyak yang aku belajar. Alhamdulillah. Paling aku bersyukur, aku berada di tempat yang aku ingin berada. Maksud aku, di bahagian ‘downstream‘ syarikat multinasional Petronas.

Dulu-dulu, aku tak pernah membayangkan bahawa aku akan kerja di dalam kilang pemprosesan. Bila sebut sahaja Petronas, perkara yang akan muncul di fikiran ialah ‘kerja offshore’, ‘cari gali minyak’, dan yang sewaktu dengannya.

Bukan aku seorang, tapi rata-rata masyarakat akan berpandangan sedemikian. Petronas kerjanya cari dan jual minyak. Orang Petronas kerjanya di laut. Orang Petronas pakai coverall kuning. Teringat dengan soalan seseorang ketika balik ke Miri baru-baru ini, ‘sudah pergi offshore kah?’

Tersenyum sahaja aku menjawab, ‘eh taklah. Saya kerja di dalam plant. Tak ada pergi offshore‘. (^_^”)

‘Upstream’ dan ‘Downstream’

Jadi, apa kebendanya yang upstream dan apa kebendanya pula downstream ini?

Ringkasnya, upstream/downstream ini adalah terma yang digunakan dalam bidang oil & gas (O&G) untuk membahagikan bahagian-bahagian yang terlibat daripada proses pencarian O&G sehinggalah produknya sampai kepada pengguna.

Upstream merujuk kepada proses cari gali minyak dan gas atau juga dikenali sebagai ‘exploration & production’ (E&P). Dalam Petronas, anak syarikat yang bertanggungjawab untuk melaksanakan E&P ini ialah Carigali Sdn. Bhd. Yang banyak pergi offshore, pergi Iraq, pergi Sudan, dll  – kebanyakan mereka adalah ‘orang Carigali’.

Downstream pula merujuk kepada proses ‘pemprosesan’ O&G yang telah dicari dan digali oleh warga upstream tadi.

Orang-orang upstream jumpa minyak mentah dan gas asli, kemudian minyak mentah dan gas asli itu akan dihantar kepada anak syarikat Petronas di bahagian downstream seperti Petronas Penapisan Melaka (PPM) Sdn. Bhd. ataupun Petronas Chemicals Group (PCG) Berhad (my employer!) 🙂

Di kilang penapisan (refinery) seperti PPM, kerja mereka ialah menapis minyak mentah kepada pelbagai produk pengguna seperti dalam gambar rajah berikut (lebih kurang):

Crude_Oil_Distillation

Untuk syarikat  pengeluar bahan kimia seperti PCG, kami menghasilkan chemicals seperti olefin, polimer, baja (ammonia-urea), methanol, dan pelbagai bahan kimia asas yang lain. Secara spesifik, di plant tempat aku bekerja, produk yang kami hasilkan adalah methanol.

In a nutshell, inilah gambaran ringkas tentang upstream, dan downstream (termasuk midstream sekali):

updownstream

Jadi, berbalik kepada misconception orang ramai terhadap ‘orang Petronas’; ya, aku kerja dalam Petronas, tapi aku TAK kerja offshore dan kerjaku ialah membuat methanol!😉

This is what I do and I'm loving it! :)
This is what I do and I’m loving it!🙂

“We Are Paid To Solve Problems”

Seperti yang aku katakan awal tadi, aku memang bersyukur sangat ditempatkan di kilang methanol ini. Apa yang aku buat sekarang tak ‘lari’ jauh daripada apa yang aku belajar di universiti dahulu. Dan tak ramai orang berpeluang ‘buat’ apa yang mereka ‘belajar’ dahulu.

(semoga aku jadi hamba yang benar-benar bersyukur)

Kalau di universiti aku belajar pelbagai ‘teori’ chemical engineering dan di alam kerjaya inilah segala teori itu perlu diaplikasikan. Bila dah masuk alam bekerja, barulah terasa ‘menyesal’ sebab dulu belajar semata-mata nak jawab exam. Heh. Banyak benda pun lupa dan perlu buat revision semula.😐

But life is about continuous learning process kan? Hehe. Kalau lupa, kenalah buka buku balik. (cheh, as if it’s that simple, lagi-lagi bila ada kerja urgent dan kita tak tahu macam mana nak buat! erk.) (^_^”)

Bekerja dan mendapat gaji, harus menjadikan kita conscious tentang halal-haram dan keberkatan dalam apa yang kita buat. Kata-kata daripada seorang senior engineer yang juga merupakan guruku (yup, we literally call him ‘Guru’ because he is a process expert!) menjadi peringatan yang sangat berguna,

“We are paid to solve problems. That is what engineers do”

(sebelum meneruskan, baik aku cakap, aku belum layak digelar ‘engineer’ ya. Huhu. Masih belajar lagi untuk menjalankan ‘tanggungjawab’ sebenar seorang yang bergelar ‘engineer‘)

Soalan simple, kalau apa yang aku buat tak membantu ke arah ‘penyelesaian masalah’ itu, layakkah aku dapat apa yang aku dapat?

Menjadi pekerja baru, kita mungkin akan buat kerja-kerja yang kelihatan menial. Kita mungkin akan rasa , ‘eh, kenapa aku yang kena buat kerja ini?’. Tapi, satu-satunya cara untuk kita redha ialah apabila kita sedar bahawa ‘kita dibayar untuk bekerja’.

Jangan pernah merasa ‘kerja ini tak layak untuk aku buat’. Yakinlah bahawa pasti ada sesuatu yang kita boleh pelajari dan akan menjadi berguna buat kita daripada setiap pekerjaan yang diberikan kepada kita.

Workaholic

Sebelum memasuki alam pekerjaan, sering digambarkan bahawa workaholic itu sesuatu yang negatif. Ya, ada benarnya pernyataan itu. Namun, bagi aku, ianya benar untuk keadaan tertentu sahaja. Mungkin.

Contohnya workaholic yang negatif seperti seorang pekerja yang menghabiskan kebanyakan masa di pejabat sehingga tiada masa untuk suami/isteri dan anak-anak. Menghabiskan masa dengan kerja sehingga kesihatan tidak dipedulikan. Terlalu asyik dengan kerja sehingga tanggungjawab sosial diabaikan.

Workaholic yang negatif juga apabila seseorang melakukan kerja secara berterusan namun diri sendiri tertekan dengan apa yang dilakukan!

Jadi, apa-apa yang bertentangan dengan semua yang di atas adalah workaholic yang positif. (at least that’s how I understand it)

Semasa aku mula-mula masuk, ada rakan sekerja yang senior beberapa tahun memberi nasihat yang aku kira berguna:

“Show that you’re keen to learn”

“Kalau kau kerja 4 hari, lepas tu off-day 4 hari, kau pergi kerja juga 2 hari off-day tu. Kau guna masa tu untuk belajar. Kalau tak, bila lagi kau ada masa nak belajar”

“Jangan asyik jawab ‘tak tahu’ kalau orang tanya, sampai satu tahap orang tak akan tanya kau apa-apa lagi – sebab bagi diorang ‘budak ni, kalau tanya apa-apa pun bukannya dia tahu, baik tak payah tanya’ – kita tak mahu jadi macam tu. Jadi, belajarlah”

“Kalau nak belajar, kita kena jadi ‘penyibuk’ dengan kerja orang lain. Walaupun tu bukan kerja kita, kita kena ‘menyibuk’ nak tahu. Menyibuk dekat orang mekanikal, orang instrument. Barulah banyak yang kita dapat belajar”

Jika menurut nasihat tersebut di atas, ia memerlukan seseorang untuk menjadi workaholic, eh?

Sesungguhnya, aku sangat menghargai mereka yang sentiasa positif dan sudi berkongsi nasihat dan pelajaran berguna seperti ini! Semoga Allah memberkati mereka atas kebaikan yang dikongsikan.

Apa yang boleh aku simpulkan, selagi masih bujang dan tiada komitmen (keluarga), tiada salahnya menghabiskan  lebih masa di tempat kerja. It’s a plant and there’s a lot to learn. It is not necessarily about being workaholic, it’s just that you have nothing better to do at home. Kan?

(mind you, I don’t have Astro or even free TV channel in my rented house here in Labuan)

Tapi hidup tak selalu cerah.

Ada juga yang tidak begitu positif dan suka mempersoalkan. C’est la vie. Haih.

Kerja Untuk Duit?

Satu persoalan yang akan hinggap apabila cakap pasal kerja ialah ‘untuk apa kita bekerja sebenarnya?’

Baru-baru ini, aku ada tulis satu status di facebook:

“Beza

‘bekerja untuk mendapat duit’

dengan

‘bekerja untuk mendapat berkat duit’

Kalau kita hanya bekerja untuk mendapat duit, maka kita akan berkira-kira dengan apa yang kita buat. Kalau kena kerja lebih sikit, kita akan rasa diri kita dianiaya, rasa diri perlu dibayar lebih lagi. Sedangkan hakikatnya, mungkin saja  selama ini kita dapat ‘lebih’ daripada apa yang kita ‘layak’ dapat.

Maksud aku, adakah apa yang kita buat setimpal dengan gaji yang kita dapat? Cuba lihat ramai lagi orang di luar sana, kerja mereka lebih memenatkan daripada apa yang kita buat namun pendapatan mereka tidak sebanyak yang kita dapat.

Ambil contoh buruh kasar ataupun orang yang kerjanya saban hari mencuci kereta. Ataupun petani yang membanting tulang di bawah terik mentari namun tanamannya hanya dapat dijual dengan harga yang begitu murah (dan orang kelas pertengahan bising dengan harga sayur yang mahal?)

Ini mengingatkan aku pada perkongsian Prof Dr Muhaya tentang etika bekerja. Kata beliau, dalam bekerja ini, perlu ada sifat:

  • ubudiyyah – rasa penghambaan kepada Allah i.e. buat kerja untuk dapat redha Allah
  • mas’uliyyah – rasa kebertanggungjabawan i.e. buat kerja dengan sepenuh rasa tanggungjawab, fikir apa implikasi kalau kerja itu tidak siap terhadap orang lain dan juga syarikat
  • itqan – buat kerja dengan bersungguh-sungguh dan kualiti terbaik (bukan secara cincai)

Jadi, dalam memaknakan pekerjaan yang dilakukan, aku cuba mengingatkan diri tentang perkara seumpama ini. Bekerja di dalam plant, apa yang paling utama adalah safety. Memelihara nyawa dan harta adalah perkara yang dituntut dalam islam.

Kita boleh pilih untuk kerja secara sambil lewa ataupun dengan penuh makna. Terpulang. Kita buat macam mana pun, gaji masih masuk dalam akaun kita setiap bulan, bukan?

Namun, apabila keberkatan yang kita cari, kita akan sedar bahawa pekerjaan yang kita lakukan bukan semata-mata kerana duit yang kita dapat. Ianya harus lebih daripada itu.

Penutup

Kerja, ada masanya best. Ada masanya juga tak best. Heh. Ada masa rajin, ada masa malas. Manusia, biasalah.

Sebenarnya aku tengah ada kerja yang perlu disiapkan. Ada material balance yang aku kena buat. Tapi sebab stuck, lalu sampailah aku kembali ke laman myfikrah ini. Kalau aku nak cerita apa yang aku tulis ni dekat orang, tak ada orang yang nak dengar barangkali. Hehe. Jadi aku tulislah di sini.😀

Sentiasa, apa yang aku tulis ini lebih kepada peringatan buat diri sendiri. Ingatkanlah aku andai aku lupa.

Akhir kata, satu hadith yang sangat memotivasikan bagi setiap insan bekerja:

Rasulullah S.A.W. berkata,

Sebaik-baik manusia adalah yang paling bermanfaat bagi orang lain

(Hadith Riwayat Ahmad)

Anyways, selamat bercuti Kaamatan dan Gawai!🙂

Aku? Esok (1 Jun) akan mula kerja shift dan buat pertama kalinya bekerja untuk shift malam insyaAllah. Heh.

Allahu’alam.

plant

2 thoughts on “It’s Been A While, Huh?

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s