Buku Baru 2017

Wow. Dah lebih 2 tahun aku tak menulis di laman ini. Baru sahaja baik daripada demam. Entah macam mana, tiba-tiba timbul semangat baru. Macam-macam semangat. Tiba-tiba terfikir pasal yang aku patut letak target untuk perjalanan karierku. Jadi orang berjaya dalam apa yang aku buat, bukan sekadar buat sebab aku kena buat. Bukan sekadar kerana itu kerja aku.

Random kan? Haha.

Sejak Jumaat hari tu kena sore throat dan pagi semalam semakin teruk hingga demam. Tahu-tahulah, bila demam, kepala berat dan tak boleh fikir apa-apa. Bila deman beransur hilang, tiba-tiba fikiran jadi jelas. Hehe.

Ok. Harap istiqamahlah hendaknya.

Malam tadi sempat pergi dengar ceramah Ustaz Zahiruddin Zabidi di Masjid IOFC Kerupang, dia bercerita tentang kepentingan untuk kita ini mentadabbur al-Quran, bukan sekadar baca.

Tadabbur berasal daripada perkataan ‘da ba ra’ yang bermaksud belakang. Jadi tadabbur ini ialah apa yang boleh kita simpulkan di penghujungnya.

Ustaz Zahiruddin sempat membawa jemaah mentadabbur Surah an-Naas menggunakan Tafsir Al-Azhar karya Dr. HAMKA. Antara perkara yang aku pelajari malam tadi, dalam Surah an-Naas, Allah menyuruh kita untuk memohon perlindungan kepada-Nya selaku Rabb an-Naas (Tuhan kepada Manusia), Malik an-Naas (Penguasa kepada manusia), Ilah an-Naas (Yang Disembah oleh manusia).

Berlindung daripada apa?

Berlindung daripada kejahatan (sesuatu) yang membisik-bisikkan, yang mengintai-intai (al-khannas); iaitu yang membisikkan ke dalam dada manusia, mereka terdiri daripada jin dan manusia.

Jadi al-khannas ini boleh jadi jin dan juga manusia. Kata Ustaz Zahiruddin, kenapa Allah tak guna perkataan Iblis atau syaitan? Iblis adalah mahkluk Allah daripada bangsa jin, manakala syaitan pula adalah sifat dan bukan sejenis makhluk.

Ok. Cukuplah tulisan pendek untuk hari ini.

InsyaAllah ada rezeki kita tulis lagi. 🙂

Advertisements

Terlebih Seringgit

Pagi ini singgah di gerai kuih yang biasa disinggahi pada hari-hari bekerja.

Sebaik sampai di gerai itu, kelihatan seorang lelaki dan anak lelakinya sedang menjaga gerai itu. Bukan makcik yang biasa aku jumpa di hari-hari lain.

Ketika itu si bapa sedang melayan pelanggan lain yang ingin membeli nasi lemak. Dan aku dengan budak lelaki kecil itu. Dia sedang asyik mengipas-ngipaskan kuihnya dengan plastik bagi menghalau anasir-anasir yang tak diingini.

“Dik, minta plastik satu,” pintaku padanya. Terkocoh-kocoh dia mengambilkan sehelai plastik untukku. Aku boleh lihat plastik yang dia ambil itu agak besar, boleh muat satu bekas polisterin.

Agaknya bapanya pun menyedari hal itu lalu menegurnya.

“Besar tu, ni guna yang kecil ni. Itulah kau, main-main saja,” kata bapanya sambil menyerahkan kepadaku plastik yang lebih kecil. Si anak menggaru-garu kepala ‘kekonfiusan’ dan tersengih mengenangkan ragam dirinya sebentar tadi.

Seperti biasa, aku mengambil 3 biji kuih. Cukup seringgit. Aku serahkan sekeping not RM5 kepadanya. Dia melihat ke arah plastik kuihku yang kuunjukkan padanya. Mengira-ngira barangkali.

“Seringgit kan?” tanyanya.

“Ya,” balasku ringkas. Dia ke bekas duit dan mengambil not-not seringgit.

“Nah,” katanya sambil menghulurkan not-not seringgit padaku. Aku sambut dan mengucapkan terima kasih padanya.

Sambil hendak berjalan menuju ke kereta, aku perasan yang budak itu memberikan 5 keping not seringgit kepadaku. Aku kembali padanya dan berkata, “Eh dik, terlebih seringgit ni.”

Sekali lagi dia tersengih dan mengambil kembali not seringgit itu.

“Nah, nah, tengok tu. Apa kau patut kata tadi?” terdengar bapanya menegur. Ketika itu aku sudah berjalan menuju ke kereta.

‘Comel jak bapa dengan anak jaga gerai kuih,’ gumamku dalam hati sambil tersengih sendirian.

Gambar ihsan Google

Kisah Bapa & Anak Dalam Al-Quran : Pelajaran Buat Kita

Teringat intipati perkongsian Ustaz Nouman Ali Khan dalam kupasan tafsir Surah al-Baqarah.

“Dan (ingatlah) ketika Nabi Ibrahim bersama-sama Nabi Ismail meninggikan binaan asas-asas (tapak) Baitullah (Kaabah) itu, sambil keduanya berdoa dengan berkata: “Wahai Tuhan kami! Terimalah daripada kami (amal kami); sesungguhnya Engkaulah yang Maha Mendengar, lagi Maha mengetahui”

(Surah al-Baqarah, 2 : 127)

Kata Ustaz Nouman, salah satu pengajaran penting daripada ayat ini adalah bagaimana al-Quran menganjurkan agar para bapa melibatkan anaknya dalam aktiviti-aktiviti baik yang dilakukannya.

Pergi ke masjid, bawa sekali si anak ke masjid.

Terlibat dalam aktiviti da’wah atau kebajikan, bawa sekali anak menyertainya.

Kita boleh lihat bagaimana di dalam al-Quran dengan sengaja menyebut interaksi antara bapa-anak yang perlu dicontohi seperti Nabi Ibrahim a.s. dan anaknya Nabi Ismail a.s.


Jika ingin dikaitkan dengan contoh terdekat dengan kita, lihat arwah Ahmad Ammar, yang kematiannya menjadi fenomena. Aku yakin, pengaruh bapanya, Ahmad Azam yang merupakan bekas presiden ABIM yang turut membentuk karakter dan cara fikir Ahmad Ammar.

Surah Al-Baqarah : Rentetan Kisah Orang Yahudi

Sedikit tambahan, dalam Surah al-Baqarah sebenarnya sarat dengan kisah berkenaan dengan orang Yahudi.

Sejarah mereka dengan Nabi Musa a.s. selepas terselamat daripada kezaliman Firaun di Mesir dan bagaimana sikap mereka selepas itu yang kufur nikmat dan melampaui batas terhadap para nabi dan dengan sengaja mencabar perintah Allah.

Apa yang menarik, Ustaz Nouman pasti membawa mereka yang mendengar bahawa jika diteliti perlakuan-perlakuan orang Yahudi terdahulu, apa yang dilakukan oleh sebahagian orang Islam pada hari ini seperti tiada bezanya.

#
Allah berikan kaum Yahudi nikmat, tak syukur malah minta lebih lagi. (Surah al-Baqarah, 2 : 57 – 61)

Kita?

#
Allah perintahkan kaum Yahudi buat sesuatu, banyak soal pula (seperti mempertikaikan perintah Allah).

Allah memerintahkan kaum Nabi Musa a.s. untuk menyembelih seekor lembu betina tetapi mereka menyulitkan perintah Allah itu dengan persoalan-persoalan yang tidak perlu (Surah al-Baqarah, 2 : 67 – 71).

Kita?

#
Allah berikan kaum Yahudi kitab, mereka tak amalkan apa yang ada dalam kitab. Kedua, mereka tafsir kitab mereka agar sesuai dengan nafsu dan kepentingan peribadi mereka. (Surah al-Baqarah, 2 : 78 – 79)

Sounds familiar huh?

Seperti umat Islam kini, al-Quran tak dibaca. Sekadar menjadi penghias almari. Sekadar menjadi hantaran kahwin. Sekadar menjadi hiasan di dinding. Tetapi tak dibaca, tak difahami, tak diamalkan kandungannya.

Di sisi lain, “orang agama” mentafsir al-Quran sesuka hati.

Pabila ayat-ayat al-Quran ditafsir mengikut nafsu untuk menyebelahi kezaliman pemerintah dan demi menjaga periuk nasi mereka.

Pabila ayat al-Quran ditafsir mengikut nafsu untuk ‘menghalalkan’ penindasan ke atas wanita.

#
Kaum Yahudi mengabaikan banyak perintah Allah demi kesenangan dunia. Ada perintah Allah yang mereka turuti, ada yang mereka tinggalkan. Memilih-milih dalam mentaati perintah Allah. (Surah al-Baqarah, 2 : 85 – 86)

Kita?

Makan babi kita yakin haram, lalu kita tak makan babi. Tapi, rasuah yang haram, RIBA yang haram, kita buat tak peduli.

Kita masih guna perbankan konvensional untuk simpan duit. Kita tak mahu guna perbankan islamik untuk biaya kereta dan rumah kita. Katanya perbankan islamik ‘mahal’.

Kita solat, tapi kita tak mahu tutup aurat.

Kita puasa di bulan Ramadhan tapi kita tak solat 5 waktu sehari semalam.

Memilih-milih dalam melaksanakan perintah Allah. Bukankah kaum Yahudi terdahulu juga begitu?

Penutup

Kata Ustaz Nouman, al-Quran menceritakan dengan panjang lebar tentang karakter orang Yahudi agar kita sebagai umat Islam belajar dan tidak mengikuti sikap mereka terhadap hukum Allah.

Kata Ustaz Nouman, sebenarnya orang Yahudi zaman dahulu juga ‘orang Islam’ kerana mereka mendapat wahyu yang sama daripada Allah tetapi kerana keingkaran dan penyelewengan terhadap agama yang mereka lakukan, mereka menjadi kaum yang dimurkai oleh Allah.

Tentunya kita tidak mahu menjadi golongan yang mendapat kemurkaan Allah, bukan?

Kenangkan janji Allah, sebagai motivasi buat kita:

“…bahkan sesiapa yang menyerahkan dirinya kepada Allah (mematuhi perintahNya) sedang ia pula BERUSAHA supaya BAIK amalannya,

maka ia akan beroleh pahalanya di sisi Tuhannya dan tidaklah ada kebimbangan (dari berlakunya kejadian yang tidak baik) terhadap mereka, dan mereka pula tidak akan berdukacita”

(Surah al-Baqarah, 2 : 112)

 

Allahu’alam.

Nota kaki: kupasan tafsir Surah al-Baqarah oleh Ustaz Nouman Ali Khan boleh dimuat turun di sini [http://podcast.bayyinah.com/category/nouman-ali-khan/]

Ar-Rahman

Diambil daripada catatan di laman facebook.

“Lessons From Surah ar-Rahman” by Ustadh Nouman Ali Khan

Baru-baru ni, Ustaz Nouman Ali Khan datang ke KL. Nampak ramai kawan-kawan di fb pergi. Semua pun cakap best (termasuk Wardina!). Alhamdulillah.

Apa yang best tentang Ustaz Nouman Ali Khan ni, dia punya english sangat simple dan mudah saja nak faham apa yang diceritakan. Selamba dan cool (oh, dia dari US btw).

Dalam lecture tersebut, dia hanya sempat jelaskan tentang ayat 1 hingga 3 sahaja daripada Surah ar-Rahman yang ada 78 ayat.

Surah ini unik (buka al-Quran sekarang kalau nak lagi percaya hehe), sebab dalam surah ini, Allah ulang satu ayat ini sebanyak 31 kali!

Ini ayatnya:

“Maka nikmat Tuhanmu yang manakah yang kamu dustakan?”

*****

Ustaz Nouman kata, surah ini turun antara zaman peralihan Mekah ke Madinah. Dan Allah turunkan surah ini ke atas orang-orang musyrikin Mekah yang masih degil (stubborn).

Dah bertahun-tahun Rasulullah berda’wah kepada mereka, tapi semakin lama, mereka semakin degil dan melampaui batas. Mereka memperlekehkan dan memperolokkan Rasulullah.

Kata Ustaz Nouman, macam seorang bapalah, kalau dia nak panggil anaknya makan, tak cukup sekali. Terpaksa si bapa itu tadi panggil berkali-kali, barulah si anak mahu menurut kata bapanya.

Begitulah, dengan penuh kasih sayang, Allah ulang dan ulang ayat-ayat-Nya kepada musyrikin yang degil itu.

*****

Apa yang menarik, bila Ustaz Nouman mula kupas perkataan ‘ar-Rahman’. Kenapa Allah perkenalkan diri Dia sebagai ‘ar-Rahman’?

Kata Ustaz Nouman, selama ini kita mungkin ‘underestimate’ perkataan ‘ar-Rahman’. Apa yang kita tahu, ar-Rahman itu maksudnya ‘Maha Pemurah’ (The Most Merciful).

Tapi, ‘direct translation’ ini tidaklah menggambarkan hakikat sebenar sifat Allah ‘ar-Rahman’.

Lalu, Ustaz Nouman pun menceritakan bagaimana perkataan ‘ar-Rahman’ itu berasal daripada perkataan ‘ar-rahma’. Salah satu maksud ‘ar-rahma’ ialah ‘rahim ibu (womb)’.

Cuba kita teliti keadaan baby di dalam rahim ibu.

Dalam rahim ibu, baby itu dijaga dengan penjagaan yang terbaik oleh si ibu.

Hubungan antara ibu dan baby itu sungguh ajaib!

Baby yang berada dalam perut tidak kenal pun si ibu tetapi si ibu kenal siapa di dalam perutnya.

Si ibu amat menyayangi dan menjaga baby itu dengan penuh perhatian walaupun baby itu langsung tidak kenal akan ibunya.

Begitulah sifat ‘ar-Rahman’, apabila Dia menyatakan Dia adalah ‘ar-Rahman’, Dia sebenarnya menyatakan bahawa:
– Dia Maha Penyayang ke atas kita, Dia sangat mengambil berat tentang kita, dan Dia Tahu bahawa kita ini sangat halus dan perlu dijaga dengan amat rapi.

Begitulah Allah, ar-Rahman ke atas makhluk-Nya sebelum kita kenal Dia lagi. Sebelum kita lahir, ketika kita dilahirkan kemudian membesar, segalanya Dia cukupkan untuk kita tanpa perlu kita meminta kepada-Nya.

(tangan, kaki, mata, jantung, oksigen, pokok dan haiwan untuk dimakan, dll)

*****

Kata Ustaz Nouman lagi, apabila kita baca perkataan ‘ar-Rahman’, ia seharusnya menjadikan kita berfikir, “Bagaimana Allah menunjukkan sayang-Nya kepada aku pada saat ini? Bukan esok, bukan nanti tapi kini”

Lihat sahaja pada hidup kita hari-hari yang dikelilingi masalah. Masalah kerja, masalah dengan anak, masalah ibu bapa, dan macam-macam lagi masalah – kita memikirkan masalah LEBIH BANYAK daripada kita fikir tentang ALLAH AR-RAHMAN…

…dan berapa banyak masalah yang Allah dah keluarkan kita daripadanya?

*****

Seterusnya, Ustaz Nouman membawa kita kepada ayat terakhir Surah Ar-Rahman di mana Allah telah memuji nama-Nya:

“Maha Suci nama Tuhanmu, Pemilik Keagungan dan Kemuliaan”

Apa pengajarannya kepada kita?

Kata Ustaz Nouman, jika kita melakukan sesuatu perkara itu kerana/dengan nama Allah ar-Rahman, maka kita akan beroleh barakah.

Barakah itu pula ialah sesuatu yang ‘sentiasa tumbuh dan berkembang, lebih daripada jangkauan’.

Maksudnya, bila kita buat sesuatu dengan nama Allah ar-Rahman, ganjaran daripada Allah itu sangat besar dan akan bertambah-tambah.

Jadi, insyaAllah kalau kita buat apa pun dengan nama Allah, kita tak akan rugi (walaupun kelihatan tak berapa memberangsangkan di mata manusia).

*****

Akhir sekali, Ustaz Nouman kata, disebabkan ayat ini, orang muslim seharusnya bersikap optimis dan takkan pernah pesimis!

Al-Quran bukan buku yang nak “mengharamkan itu ini”, bukan juga buku untuk “ustaz-ustazah sahaja”, dan bukan buku yang “nak menghukum sahaja”.

Tapi, kalau kita fahami al-Quran, kita akan nampak bahawa Allah turunkan al-Quran ini sebagai tanda kasih sayang-Nya kepada kita.

Kata Ustaz Nouman, “The Quran is an act of Allah’s LOVE”

Jadi, mesej terakhir daripada Ustaz Nouman, “build your relationship with al-Quran” – bina hubungan dengan al-Quran dan fahami maknanya agar kita merasa kasih dan sayangnya Allah kepada kita.

Pesan Ustaz Nouman, kita buat perlahan-lahan, mula sikit-sikit untuk kenal dan baca al-Quran. Tak perlu terburu-buru dan tergesa-gesa, Rasulullah pun ambil masa 23 tahun untuk Allah mengajarkan al-Quran kepada baginda.

Berusaha fahami al-Quran, semoga menjadi orang yang beruntung!

Semoga Allah memberkati Ustaz Nouman Ali Khan atas ilmu yang dikongsikan.

Allahu’alam.

Rakaman ceramah: http://new.livestream.com/accounts/908954/events/2370804/videos/29193493

The Winter Dilemma

Pertimbangan berat semasa memasuki cuti winter saban tahun ialah; antara duduk di rumah atau keluar dari rumah. Cuti winter biasanya 3 minggu dan menjadi tradisi selepas cuti itu akan diadakan peperiksaan akhir semester.

Musim winter di UK juga meriah dengan penganjuran pelbagai program pembangun jiwa oleh organisasi muslim Malaysia. Sungguh meriah!

Dilemma

Selaku individu, kebiasaannya ada beberapa pilihan untuk dilakukan semasa cuti winter di UK:

  1. Duduk di rumah dan menelaah sepanjang hari sehingga tiba hari peperiksaan
  2. Keluar dari UK; melancong ke serata Eropah/Timur Tengah (biasanya hendak ‘lari’ dari kedinginan musim sejuk)
  3. Menghadiri program tarbiyah dan pembangun jiwa anjuran pelbagai organisasi da’wah

Berikut rasional yang mungkin berputar-putar di minda individu tersebut dalam membuat pilihan:

“Aku tak boleh buang masa. Aku perlu duduk rumah sahaja cuti winter ni. Banyak silibus yang aku perlu ulangkaji. Past year papers banyak yang aku kena buat. Aku kena skor exam Januari nanti. Aku mesti cemerlang, kalau cemerlang, baru orang tahu betapa bagusnya aku!”

“Cuti winter, masa yang aku tunggu-tunggu! Dah penat studi satu semester, aku perlu rehatkan otak aku ni. Kalau pergi jalan-jalan pusing Europe, best jugak. Kebetulan dah ada kat sini kan. Ambik gambar banyak-banyak, boleh tunjuk kat orang nanti betapa banyak negera aku dah jelajah! Oh yeah!”

“Winter gathering? Hurm, aku rasa pengisian dalam program tu aku pernah dengar kot. Kalau tak pergi pun tak apa, nanti aku boleh tengok rakaman program. Biasanya diorang ada rakam. Plus, apa yang ustaz tu cakap, boleh je baca kat blog/buku dia, kat internet pun berlambak. Okeh, tak apa kot tak pergi.”

Renung Tenung

Secar idealistiknya, mungkin ramai beranggapan bahawa jika cuti dihabiskan di rumah, maka banyaklah silibus yang boleh diulangkaji. Kebenarannya, tidak 100% cuti winter itu kita akan dapat mengulangkaji. Mungkin benar, kita mampu menelaah/membuat past year papers hingga 8 jam sehari, tapi tentunya menjadikan diri berada dalam suasana yang ‘stressful’.

Lantas, 5 jam dalam sehari dihabiskan dengan menonton drama di internet (untuk ‘release stress’ katanya). (-_-“)

Pabila tiba musim cuti winter, melancong merupakan salah satu agenda yang bermain di fikiran ramai pelajar luar negara. Melancong itu sesuatu yang sangat menarik. Melihat tempat baru dan berbeza daripada yang pernah kita lihat. Memang mengujakan!

Teringat saya pada pesan seorang senior sebelum saya berangkat ke UK,

“Kalau kamu berhasrat untuk melancong di sana nanti (sebab dapat elaun banyak), pastikan di setiap tempat yang kamu pergi itu, kamu bukan hanya membawa pulang gambar tetapi yang paling penting pastikan ada pelajaran berguna yang kamu dapat”

Berapa banyak pelajaran yang kita dapat hasil pelancongan kita? Adakah lebih banyak daripada gambar yang kita ambil? Tidaklah melancong itu salah namun bagaimana kita meletakkan tujuan dan harapan daripada pelancongan kita itu amat perlu dititikberatkan agar ia tidak menjadi sesuatu yang sia-sia.

Kadang-kadang terasa hairan, perasaan berat menerjah apabila hendak membuat keputusan untuk ke program winter yang membangun jiwa. Yuran terasa mahal. Nak beli tiket untuk transportation lagi. Benar, berat itu memang dirasakan.

Namun, mungkinkah ianya bisikan syaitan yang tidak mahu melihat umat manusia kembali dan mendekatkan diri kepada Allah?

Kembalikan Kepada Allah

Untuk kejayaan exam, pemberi kejayaan ialah Allah. Ya, kita perlu berusaha – itu wajib. Namun, kita juga perlu menyeimbangkan urusan hidup ini agar fokus kita bukan hanya untuk berjaya dunia tapi berjaya akhirat juga.

Untuk berjaya akhirat pun perlukan ilmu, juga perlukan keikhlasan, perlukan pemahaman tentang erti pengorbanan; dan bagi saya program-program pembangun jiwa yang biasa dianjurkan semasa cuti winter mampu ‘mendidik’ kita dari aspek tersebut.

Pernah sahaja saya membuat keputusan untuk tidak hadir pada sebuah program musim sejuk, kononnya ingin menelaah. Namun, akhirnya saya sedar, bukan ‘banyaknya’ masa yang diluangkan menentukan kejayaan tetapi ‘berkatnya’ masa yang ada walaupun sedikit.

Contoh, ‘berkatnya masa’ ialah, walaupun masa untuk belajar sedikit tapi lebih cepat faham dan ingat apa yang dipelajari. Sebaliknya, ‘masa yang tak berkat’ ialah masa yang disangka banyak untuk ulangkaji tetapi sukar untuk faham, masa pula dihabiskan kepada perkara harus/makruh yang tak mendatangkan pahala.

Sesungguhnya, majlis ilmu seperti program-program di musim winter adalah tempat di mana berkumpulnya para malaikat. Majlis ilmu juga merupakan peluang untuk mendapatkan keampunan yang seluas-luasnya daripada Allah taala (maksud hadith).

Memikirkan dosa-dosa kita dan sedikitnya amalan yang kita lakukan, adalah rugi jika kita melepaskan peluang menghadiri majlis ilmu seumpama ini.

Apa Yang Paling Bermakna Di Akhirnya?

Pasca graduasi, ternyata yang paling saya rindui kini dan memberi impak besar kepada hidup saya ialah program-program pembangun jiwa yang pernah saya sertai khususnya di musim winter. Bukan nota kuliah universiti dan bukan juga keseronokan melancong ke sana sini.

Perhimpunan Ukhuwwah Insaniyah Seluruh Ireland (PUISI) – program pembangun jiwa yang aku sertai pada musim sejuk pertamaku (Disember 2008)

Ramai orang yang telah ke program-program pembangun jiwa dan tak ada yang saya lihat antara mereka yang gagal dalam hidupnya.

Jika kejayaan akademik jadi sandaran; ramai antara mereka telah berjaya menggenggam segulung ijazah, mendapat kerja, berumahtangga, mendapat cahaya mata, ada kereta, dsb – sama seperti orang lain juga. Alhamdulillah.

Jika gambar-gambar percutian di Eropah menjadi ukuran; di akhirnya gambar hanya tinggal gambar yang hanya tersimpan di dalam harddisk mahupun album.

Namun,

– ilmu yang ditimba membantu diri memahami agama dengan kerangka yang lebih luas dan mendalam, yang amat diperlukan untuk mengislahkan diri dan ibadah seharian yang dilakukan;

– pertemuan dengan ramai insan menginspirasikan yang membuatkan kita ingin jadi seperti mereka, menjadi diri yang lebih baik daripada semalam;

– perkenalan yang membuahkan persahabatan yang berkekalan hingga ke hari ini; dipertemukan dengan sahabat yang sentiasa sedia membantu di kala kita memerlukan;

– cabaran terlibat dalam organisasi penganjur yang mendidik sikap kepemimpinan, kerjasama, toleransi, berlapang dada, serta keupayaan untuk ‘agree to disagree’ yang menjadi bekal untuk ‘survive’ di alam kerjaya dan bermasyarakat;

…dan banyak lagi; semua itulah yang ditawarkan oleh sebuah program pembangun jiwa di musim sejuk!

Hampir pasti, semua itu tidak akan kita dapati jika kita memilih untuk menghabiskan cuti winter dengan duduk di rumah mengulangkaji semata-mata atau mengembara di serata Eropah untuk mengambil gambar.

Penutup

Apakah cuti winter itu menjadikan kita insan beruntung atau tidak, ia terserah kepada pilihan kita. Untung dunia kita mahu, untung akhirat jangan dilupa.

Ambillah kesempatan untuk menyertai program-program musim sejuk di UK/Ireland pada Disember ini buat yang masih berada di sana. Semoga mendapat keredhaan Allah di akhirnya.

Banyak pilihan yang boleh kalian pilih, antaranya:

Rehlah Insaniah Seluruh England (RISE)

dan juga,

Perhimpunan Ukhuwwah Insaniyah Seluruh Ireland (PUISI)

Seeru ‘ala barakatillah!

🙂

Allahu’alam.

License To Wed?

Sebenarnya, aku baru sahaja selesai menonton movie di atas, License To Wed (2007). Cerita yang menarik (kalau tak, taklah aku tertarik untuk aku kongsikan, bukan?) 😉

Selepas selesai solat maghrib yang dijama’kan dengan isya’ (diharuskan kerana tempoh malam yang pendek), aku ke dapur dan menggoreng nasi goreng perencah Adabi. Memandangkan sekarang telah masuk musim panas di UK ini, ketika aku selesai menggoreng dan bersedia untuk makan, jam telah menunjukkan lebih kurang pukul 11 malam.

Aku menuju ke ruang tamu dan untuk tidak kebosanan, aku membelek-belek di rak DVD di rumah sewaku ini dan memasang movie tersebut. Melihatkan Robin Williams dan setelah membaca sinopsis cerita itu di belakang casing DVD – aku positif ianya cerita komedi. 🙂

Sebelum aku teruskan menulis apa yang membuatkan aku ingin tulis, mungkin aku patut beri sedikit sinopsis cerita ini supaya kalian tidak blur dengan apa yang aku ingin sampaikan sebenarnya.

Okies. Here it goes…

License To Wed: Sinopsis

Movie ini mengisahkan seorang paderi iaitu Reverend Frank (dilakonkan oleh Robin Williams) yang sangat concern tentang masalah perceraian yang berlaku di dalam komunitinya (atau di Amerika mungkin?). Dalam salah satu babak di dalam movie tersebut, dilaporkan bahawa kadar penceraian mencecah 50%! (itu sangat serius ok)

Jadi, Reverend Frank telah mengambil inisiatif untuk mengadakan kursus perkahwinan bagi mana-mana pasangan yang ingin berkahwin di gerejanya. Pasangan terbabit hanya boleh meneruskan perkahwinan mereka jika mereka lulus dalam kursus perkahwinan yang beliau adakan itu.

Movie itu bermula dengan Reverend Frank menceritakan bagaimana ramai orang yang jatuh cinta (dan melalui pelbagai saat-saat manis) hinggalah setiap pasangan yang jatuh cinta membuat keputusan untuk berkahwin. Apa yang menjadi kerisauan Reverend Frank ialah, betapa ramai antara pasangan muda yang jatuh cinta ini sebenarnya ‘terbuai-buai’ dengan keindahan pasangan masing-masing tanpa menyedari bahawa alam perkahwinan itu tidak seindah dan semudah yang disangka.

Kursus perkahwinan yang diadakan oleh Reverend Frank adalah bertujuan untuk mengurangkan kadar perceraian dalam komunitinya.

Jadi, pada suatu hari, ada satu pasangan muda yang telah membuat keputusan untuk berkahwin; Sadie (dilakonkan oleh Mandy Moore) dan Ben. Keluarga Sadie merupakan keluarga yang rapat dengan Reverend Frank. Apabila Sadie dan Ben dimaklumkan oleh Reverend Frank yang mereka perlu mengikuti kursus perkahwinan tersebut sebelum berkahwin, Sadie teruja dan bersetuju namun Ben agak skeptikal.

Pembantu Reverend Frank menyerahkan buku kursus perkahwinan kepada Ben dan Sadie

Dalam pertemuan pertama, Reverend Frank telah memberikan beberapa syarat yang mereka mesti patuhi sepanjang kursus itu (3 minggu sebelum majlis perkahwinan mereka). Antaranya mereka perlu mengikuti pertemuan-pertemuan dan kelas yang dianjurkan oleh Reverend Frank serta tidak boleh tidur bersama. Selain itu mereka berdua perlu menulis ‘wedding vows’ mereka di dalam sebuah buku, satu buku untuk setiap seorang.

Sepanjang kursus tersebut, Sadie tetap teruja dan komited mengikut segala yang diarahkan oleh Reverend Frank. Sebaliknya, Ben masih skeptikal dengan perkara tersebut dan tidak kelihatan bersungguh dalam mengikuti kursus itu. Di kala Sadie telah terlebih awal menyiapkan ‘wedding vows‘ beliau, buku ‘wedding vows‘ Ben masih kosong sehinggalah sehari sebelum tarikh perkahwinan mereka.

Kursus Kahwin à la Reverend Frank: Niat

Pertama sekali, Reverend Frank telah mengadakan satu sesi one-on-one dengan Ben dan bertanya kepada Ben mengapa dia ingin berkahwin dengan Sadie. Dalam babak ini, aku melihat bagaimana Reverend Frank ingin menguji ‘niat’ Ben untuk berkahwin. Apakah disebabkan rupa? Atau lain-lain ciri tertentu?

Bagi aku, babak ini sangat menarik kerana ia menyentuh soal ‘niat’. Mengaitkan dengan realiti kehidupan kita hari ini, berapa ramai pasangan yang ingin berkahwin dengan ‘niat’ yang betul dan tepat? Apa yang orang yang ingin berkahwin fikir atau harap ketika mereka memutuskan untuk berkahwin?

Oh, tidak, aku tidak tahu apa jawapannya. Dan mungkin tidak perlu pun untuk kita memecahkan kepala memikirkan apa ‘jawapan orang lain’, tetapi apa ‘jawapan kita’ agaknya (ya, aku tahu, kalian yang baca blog aku ini muda-muda lagi, macam aku juga, belum sampai masa lagi untuk kahwin, kan?)

Kursus Kahwin à la Reverend Frank: Empati

Seterusnya, Sadie dan Ben perlu mengikuti satu sesi kaunseling perkahwinan di mana di dalam sesi itu mereka bertemu dengan beberapa pasangan yang sudah berkahwin dan berusaha untuk memulihkan perkahwinan mereka (aku rasa). Dalam sesi itu, Reverend Frank sengaja memilih Sadie dan Ben untuk mengambil bahagian dalam beberapa sesi role-playing.

Dalam sesi role-playing yang pertama, Reverend Frank memberikan situasi di mana Ben dan Sadie telah sesat dalam satu perjalanan. Dalam keadaan itu, tayar kereta telah pecah dan tiada line telefon di situ. Reverend Frank meminta mereka untuk menyatakan apa yang mereka akan katakan dalam keadaan seperti itu.

Menjadi pasangan muda yang dilamun cinta, tidak mengejutkan bahawa apa yang mereka katakan kepada satu sama lain manis-manis belaka. Yang lawaknya, ada seorang wanita membuat gaya ingin termuntah *puke* melihat aksi mereka (maksudnya, wanita itu nak bagitahu, ‘tak adanya macam tu dalam real life situation’). Iyalah, dalam keadaan realiti, tengah sesat entah di mana-mana, tayar pula pecah – bolehkah manusia normal secara realistiknya bersikap tenang dan boleh berkata yang manis-manis pula?

Seriously?

Heh. Kalian dan aku sendiri (sesabar mana pun kita), ada masa yang sangat tak terduga dan sangat stressful yang membuatkan kita hilang sabar dan akhirnya meletus juga. Itulah yang dinamakan realiti!

Kemudian Reverend Frank meminta salah satu pasangan yang ada dalam sesi itu (ingat yang mereka semua, kecuali Ben dan Sadie, adalah pasangan berkahwin yang sedang mengikuti sesi kaunseling perkahwinan) untuk melakonkan situasi yang sama. Sungguh menarik apabila kedua-dua pasangan berkahwin itu mampu melakonkan situasi itu dengan sungguh real – mereka bergaduh!

Haha! Bukankah itu realiti, suami dan isteri yang sesat entah di mana, tayar kereta yang pecah, dan tidak dapat menghubungi sesiapa pasti akan berada dalam keadaan yang sangat tertekan dan mula menyalahkan antara satu sama lain? 😛

Reverend Frank akhirnya meleraikan mereka sebelum memanggil Ben dan Sadie sekali lagi untuk melakonkan role-playing yang seterusnya. Dalam sesi kali ini, mereka perlu bertukar watak di mana Ben akan melakonkan watak Sadie dan Sadie melakonkan watak Ben dalam situasi yang sama – sesat dalam perjalanan, tayar kereta pecah, tidak dapat berhubung dengan dunia luar.

Sangat menarik sebab dalam sesi role-playing kali ini, ia menunjukkan apa yang Ben fikir tentang bagaimana Sadie berfikir dalam situasi tersebut dan sebaliknya. Mereka berdua bermula dengan dialog ringkas tentang apa yang mereka fikir pasangan mereka fikirkan atau bertindak dalam situasi seperti itu. Dalam keadaan seperti itulah menunjukkan sebenarnya banyak yang lelaki salah faham terhadap wanita dan wanita salah faham terhadap lelaki.

Ben dan Sadie dalam role-playing itu telah berkata sesuatu yang menyebabkan masing-masing berasa tidak puas hati terhadap satu sama lain dan akhirnya mereka juga bergaduh! Haha! (kan aku dah kata, movie ini memang movie komedi)

Ben yang tercampak selepas ‘bergaduh’ dengan Sadie dalam sesi role-playing yang kedua

Aku rasa dalam slot ini Reverend Frank cuba untuk mengajak Ben dan Sadie untuk put themselves in each others’ shoes. To first seek to understand then to be understood. Sekurang-kurangnya, slot ini menjadikan mereka berfikir bahawa apa yang mereka ingin tempuhi mungkin tidak seindah yang disangka.

Kursus Kahwin à la Reverend Frank: Anak!

Seterusnya dalam kursus kahwin tersebut, Reverend Frank telah membawa mereka ke wad bersalin di sebuah hospital. Diiringi oleh seorang doktor, mereka dibawa melihat keadaan para ibu yang sedang melahirkan anak dan juga situasi-situasi sebenar para bapa. Reverend Frank pula seakan-akan sengaja menakutkan mereka berdua dengan realiti tersebut melalui kata-katanya. Haha!

Cuak? 😛

Selain daripada itu, Reverend Frank turut memberikan amanah lain kepada mereka di mana mereka perlu menjaga 2 bayi untuk memberikan mereka merasai pengalaman sebagai ibu bapa. 2 bayi tersebut walaupun hanya merupakan anak patung tetapi agak canggih kerana bayi tersebut boleh menangis dan membuang air kecil dan besar!

Haha! Memang ketawa seorang-seorang aku di depan TV menonton cerita ini. 🙂

Anyway, dalam babak ini, sekali lagi Reverend Frank cuba menunjukkan kepada mereka realiti dalam menjaga anak-anak. Ya, dalam alam realiti, anak-anak yang hadir itu comel-comel belaka, akan ditatang bagai minyak yang penuh – namun apa terjadi apabila tekanan menghadirkan diri? Mampukah para ibu bapa muda bersabar dalam keadaan tertekan dan terus komited dalam apa-apa pun cita-cita menggunung mereka terhadap si anak?

Sesuatu yang aku rasa jarang-jarang orang fikirkan sebelum berkahwin, iya tidak?

Kursus Kahwin à la Reverend Frank: Keluarga Mertua

By the way, aku dah hilang turutan babak mana yang datang dahulu atau kemudian. ^^”

Apa-apa pun, ada satu babak ini di mana Reverend Frank turut hadir dalam sebuah pertemuan keluarga Sadie di mana Ben turut hadir sekali. Dalam babak itu, Reverend Frank menguji Ben untuk membuang rasa awkwardness dengan bakal keluarga mertua. Well, babak ini tidak panjang pun.

Tetapi apa yang menarik perhatian aku ialah antara aspek yang diberi penekanan oleh Reverend Frank ialah hubungan menantu-mertua-ipar-duai. Sedar atau tidak, hubungan ini sangat penting malah sama penting (mungkin) dengan hubungan suami isteri tersebut. Kalau kita lihat dalam alam realiti (yang biasa digambarkan dalam drama Melayu), bagaimana dalam budaya kita ada sentimen yang ‘kurang enak’ antara mertua dan menantu.

Aku tak ada statistik, tetapi aku percaya ada sebahagian kes cerai mungkin berpunca daripada sikap menantu atau mertua/ipar-duai terhadap satu sama lain. Aku rasa, tidak susah pun untuk kalian mengakui hakikat ini kerana kita biasa dihidangkan dengan konflik keluarga seumpama ini dalam drama-drama Melayu.

Jadi, ia adalah sesuatu yang make sense mengapa Reverend Frank turut memberi penekanan dalam aspek ini.

Kursus Kahwin à la Reverend Frank: Komunikasi & Kepercayaan (Trust)

Aku rasa klimaks kepada movie ini ialah apabila Reverend Frank membawa Ben dan Sadie menjalani satu ujian terakhir, sehari sebelum perkahwinan mereka. Dalam ujian terakhir ini, Sadie perlu memandu kereta dalam keadaan matanya yang tertutup dan Ben perlu memberikan arahan kepada Sadie.

Melalui ujian terakhir ini, Reverend Frank ingin menguji sejauh mana Ben dan Sadie mampu berkomunikasi secara berkesan dan sejauh mana mereka percaya antara satu sama lain kerana dua elemen itu merupakan elemen yang sangat penting dalam perhubungan. Acapkali kita melihat kegagalan ramai pasangan kerana kegagalan untuk berkomunikasi dan hilangnya rasa percaya antara satu sama lain.

Well, it didn’t go very well. Ada beberapa babak sedih mengikuti babak ini.

Bahaya gila kursus kahwin Reverend Frank ni!

Ok. Cukup sampai situ yang aku hendak ceritakan tentang sinopsis movie tersebut. Oh, kepada yang tertanya-tanya, jangan risau, movie ini berakhir dengan happy ending. 🙂

Pengajaran

Asalnya, aku ingin menonton movie ini kerana tidak mahu kebosanan ketika makan. Siapa sangka, movie ini menarik dan sangat boleh dikaitkan dengan kehidupan. Heh.

Kebelakangan ini pula, mencurah-curah jemputan majlis kahwin yang aku terima (exaggerate) – ok ini tak ada kaitan.

Hurm.

Telah lama aku lihat atau dihadapkan dengan pelbagai luahan kekecewaan terhadap kegagalan institusi keluarga. Dalam berita, dalam drama Melayu (well, drama Melayu biasanya berdasarkan kisah sebenar bukan?), dan lain-lain.

Bagaimana statistik kes penceraian semakin meruncing dalam negara.

Bagaimana masalah anak-anak yang terbiar, terlibat dalam pelbagai masalah moral termasuklah kes seks luar nikah dan buang bayi.

Termasuk juga satu kes di mana seorang anak berusia 15 tahun membunuh ayahnya sendiri kerana (seperti yang dilaporkan), anak tersebut tidak sanggup melihat ibunya diperlakukan tidak sewajarnya oleh ayahnya.

Termasuk juga kes yang tidak dilaporkan di dada akhbar tapi memang sangat kerap berlaku dalam masyarakat iaitu anak-anak kurang ajar dan berlaku kasar kepada ibu bapa mereka (dan para guru).

Termasuk juga anak-anak yang kemurungan dan mempunyai inferioriti kompleks kerana layanan tidak sewajarnya daripada ibu bapa.

Dan banyak lagi….!

Kalaulah kita boleh berhenti sejenak dan bertanya, apa puncanya?

Bertanya punca bukan untuk kita menjadi bangau – saling menunding jari kepada yang lain; tetapi pertanyaan itu dibuat agar kita dapat sama-sama melihat punca tersebut dan berusaha untuk menghindari diri dan keluarga daripada terjebak dengan punca-punca tersebut.

Kadang-kadang aku terasa ingin buat #facepalm apabila mendengar orang dewasa bertanya atau berkata tatkala mendepani olah anak-anak yang tidak disenangi, “Entahlah, bagaimana budak itu boleh jadi begitu! Nak kata kurang didikan, makan pakai, apa dikehendaki, semua serba cukup dipenuhi!” dalam nada yang sungguh kecewa dan pesimis.

Sungguh ajaib fiil manusia, seorang anak yang semasa kecilnya boleh ‘di-ala-tomey-tomey-kan’, ‘di-baa-baa-cak-kan’ dengan penuh gembira dan bahagia; selepas selang beberapa tahun menjadi makhluk yang menjengkelkan dan sentiasa menyakitkan hati (na’uzubilah min zalik).

Well, mungkin aku tidak layak malahan berlaku tidak adil ketika ini kerana aku tidak tahu apa perasaannya menjadi ibu bapa. Dipohon agar tiada yang menanggapi tulisan ini sebagai sebagai menunjuk pandai. Na’uzubillah min zalik.

Ini sekadar luahan fikiran, persoalan dengan kompleksiti yang aku belum mampu faham. Hakikatnya, sungguh baaaanyak yang aku tidak tahu dan tidak faham.

Apa yang aku hendak highlight ialah seorang anak dan sebuah institusi keluarga itu bermula daripada dua insan berbeza yang memilih untuk bersama.

Bukankah logik jika dikatakan masa depan seorang anak dan sebuah keluarga (dan seterusnya masyarakat, negara…) berada di atas bahu dua insan berbeza yang memilih untuk bersama itu?

Daripada movie License To Wed, ia mengajar kita bahawa sebuah perkahwinan itu tidak cukup sekadar perasaan cinta antara lelaki dan perempuan. Banyak persiapan lain yang perlu diambil kira. Oh, bukan sekadar persiapan material – sudah cukup duitkah hendak kahwin, sudah ada kerjakah, sudah ada keretakah, dan sebagainya – tetapi lebih daripada itu.

Bagaimana dengan persediaan emosi? Yang paling utama, bagaimanakah dengan persediaan spiritual? Pernahkah terlintas di fikiran apakah perkahwinan yang ingin dibina itu mampu membina generasi syurga atau sebaliknya?

Oh, bukan maksudku untuk mengatakan bahawa seseorang itu perlu jadi “sempurna” sebelum berkahwin. Tidak. Tak ada manusia yang sempurna.

Saranan

Aku rasa kita semua mampu bersetuju betapa hikmah wahyu pertama yang Allah turunkan kepada Rasulullah SAW ialah ‘baca!’; bacalah dengan nama nama tuhanmu yang menciptakan. Bukankah ia satu saranan untuk kita mencari ilmu? Apabila disebut baca, ia sangat berkait rapat dengan ilmu; baca, tuntutlah ilmu, agar kita menjadi tahu.

Well, mungkin hampir mustahil untuk pasangan yang ingin berkahwin melalui kursus perkahwinan à la Reverend Frank. Tetapi intipati daripada kursus perkahwinan à la Reverend Frank boleh diambil – betapa pasangan tersebut perlu ada inisiatif untuk memahami hakikat sebuah perkahwinan itu.

Sebagai persediaan, bacalah buku atau artikel berkenaan termasuklah psikologi lelaki/perempuan, anak-anak. Ikut seminar kekeluargaan dan keibubapaan. Berbincang dan dapatkan nasihat rakan-rakan yang sudah berkeluarga dan berpengalaman. Jika mungkin, daripada ibu bapa sendiri (err, ini mungkin sangat awkward untuk dibuat).

Pokoknya, untuk berumahtangga dan membina keluarga memerlukan ilmu. Bila cakap pasal ilmu, aku bukan maksudkan ‘ilmu memasak’, ‘ilmu mengemas’, ilmu bertukang’, dan yang seumpama dengannya semata-mata. Tetapi lebih kepada ilmu untuk ‘membina manusia’. Lagikan membuat kek kita perlu ‘resipi’, ingin membuat rumah memerlukan ‘pelan’; apatah lagi untuk ‘membina’ seorang manusia – makhluk Allah yang sungguh kompleks.

Proses itu tidak mudah dan memerlukan usaha yang gigih dan berterusan; dipagari ilmu yang benar dan kesabaran.

Tidak boleh mengambil pendekatan go with the flow saja. Mahupun pendekatan ‘apa nak jadi, jadilah’ apabila berhadapan dengan situasi yang sukar dalam berkeluarga.

Yang penting, jangan skeptikal dengan usaha-usaha ini. Mungkin ada yang berfikir, ‘Ah, dulu ibu bapa aku tak buat pun semua ini, menjadi juga anak-anak mereka

Iya, tidak dinafikan. Namun harus disedari juga bahawa zaman telah berubah. Cabaran yang muncul pada hari ini mungkin lebih getir. Apa yang berkesan pada suatu zaman dahulu mungkin tidak lagi applicable pada masa kini. Kalau dulu dengan rotan boleh mendisiplinkan manusia, mungkin kini rotan hanya akan ‘melukakan’ perasaan manusia – luka dalaman yang jauh lebih bahaya dan merosakkan.

Ikutilah blog-blog atau facebook page para asatizah dan ahli dalam bidang berkaitan untuk menginsiprasikan diri dan menambah pengetahuan diri.

Buat rakan sebaya atau adik-adik berjiwa muda, fikir-fikirkanlah tentang cabaran masa hadapan ketika terasa diri sudah ‘jatuh cinta’.

Usah terlalu mudah terperangkap dalam fenomena couple namun jika serius, maka buatlah persiapan secukupnya, berhubunganlah dengan tatacara yang sepatutnya. Target untuk capai bahagia abadi di syurga berbanding ‘bahagia sementara’ di dunia.

Penutup

Adoinye pun, ini mungkin janggal bagi ramai orang yang mengenali aku, juga yang mungkin mengikuti tulisanku di laman myfikrah ini – untuk aku tulis topik seumpama ini.

Mungkin juga bukan sesuatu yang aku bualkan dengan rakan terdekat apatah lagi ahli keluarga. Siriesly, you might blush me out if any of you ever ask me in person about this particular post from this moment onwards. (*_*”)

It’s something that came to my mind, some kind of a reminder for myself and I hope it would be the same for you too.

The fact that I’m writing this doesn’t necessarily mean that I’m ready to face ‘this matter’. I find it quite bothering, that people don’t really talk about it and yet many problems arise in our society today because people don’t take ‘this matter’ seriously.

How ironic, don’t you think?

Okthanksbye.

p.s. by the way, dalam kegalakan ramai anak muda berbicara mengenai ini, ingat bahawa ada juga perkara lain yang perlu difokuskan dalam hidup ini, isu kezaliman dan ketidakadilan yang berlaku juga merupakan perkara yang kita harus ambil cakna dan berusaha untuk mengubahnya!

Allahu’alam.

Sweet

Berada jauh dari tanah air tidaklah menjadikan aku totally ketinggalan dengan perkembangan drama dan movie Melayu yang keluar di Malaysia. Tidak juga aku pengikut setia. Tapi adalah beberapa yang aku maklum juga. Seperti biasa, sumbernya ialah Facebook! 😛

Oh, apa yang aku nak tulis sebenarnya? Yang aku nak tulis ialah berkenaan dengan drama atau movie bergenre cinta dan kesannya kepada remaja. Kalau tengok di Facebook pun (walaupun pada ketika ini aku sedang deactivate akaun Facebookku), genre cinta menjadi trend (selain daripada politik) –  well, depends dengan siapa Facebook friends kita.

Untuk kesku, sebahagian besar yang aku friend adalah golongan remaja (sekolah menengah, pelajar universiti).

Ramai yang menginginkan pasangan couple yang sweet. Tak kurang juga yang buat status-status bajet sweet di Facebook untuk kekasih-kekasih mereka #facepalm# Malahan yang turut menjadi kritikan sekarang ialah golongan “enta-enti” juga ada trend yang tersendiri dalam isu ini. Well, I rest my case tetang keharusan semua perkara ini.

Ramai orang (mungkin, aku tak pernah buat kajian tentangnya) terlalu dibuai-buai dengan “keindahan” bercouple atau berkahwin dengan melihat pada drama-drama dan movie yang ada. Ramai yang ingin pasangan yang ‘ideal’ atau sweet seperti seperti Azam & Anna (Ketika Cinta Bertasbih), Harriz & Izzah (Ombak Rindu), Adam & Maya (Adamaya) dan banyak lagi. Yang aku sebutkan itu antara yang popular.

Maka keluarlah kata-kata seperti, “Kan best kalau dapat couple yang sweet macam fulan bin fulan…” atau “Kalau dapat wife yang baik macam fulanah binti fulan, memang bertuahlah!” dan lain-lain lagi ‘harapan’ yang tercetus.

Hal ini menjadikan kita semua sebagai anggota masyarakat menjadikan orang atau watak tertentu sebagai kayu ukur dan kadang-kadang boleh membahayakan kerana expectation yang terlalu ideal seperti yang tergambar dalam drama dan movie tersebut tidak menggambarkan realiti. Akhirnya, tujuan bercouple atau berkahwin adalah untuk mencapai expectation yang telah tertanam dalam minda untuk sekian lama!

Dalam situasi yang lain, orang atau watak yang ideal dalam drama dan movie menjadikan golongan yang sudah berpasangan (khususnya yang sudah berkahwin) membandingkan pasangan mereka dengan watak yang ditonton dalam drama atau movie lantas mempersoalkan mengapa pasangan mereka tidak se-sweet watak-watak tersebut. Akibatnya, ini menjadikan perasaan tidak puas hati yang boleh membawa kepada kekecewaan yang berterusan.

Lebih memburukkan keadaan, kekecewaan itu menjadikan mereka membuka aib pasangan masing-masing kepada ahli keluarga dan teman-teman. Diparahkan lagi dengan zaman kecanggihan rangkaian sosial hari ini, habis di-facebook-status-kan dan juga diluahkan dengan mudahnya di Twitter, Tumblr, dan lain-lain!

Semoga Allah menjauhkan kita semua daripada semua itu!

Suka untuk aku kongsikan kata-kata Prof Dr Muhaya yang aku dengar beberapa hari lepas:

“Sebelum buat sesuatu, sebut ‘Ilahi, Kau yang kutuju, redha-Mu yang kucari, kurniakanlah diriku mencintai diri-Mu dan mengenal-Mu'”

Kata beliau juga,

“Orang yang kenyang kasih sayang Allah takkan perlu kasih sayang manusia”

Mengaitkan dengan isu yang aku timbulkan di atas, apabila manusia rasa cukup dan meletakkan pergantungan dan harapan pada kasih sayang Allah sepenuhnya, maka akan kurang dependency atau kebergantungan pada kasih sayang makhluk (manusia). Manusia tak kecewa bila manusia lain tak beri apa yang dia harapkan. Manusia juga tak pernah akan rasa ‘kurang kasih sayang’, walau bagaimana manusia lain tidak mengambil berat akan dirinya.

Rasulullah S.A.W berkata:

Tiga perkara yang barangsiapa terdapat (ketiga-tiga perkara itu) padanya nescaya dia memperolehi kemanisan Iman (iaitu):


– Allah dan Rasul-Nya adalah lebih dia cintai daripada selainnya


– dia mencintai seseorang semata-mata kerana Allah


– dia benci untuk kembali kepada kekufuran (maksiat) sebagaimana dia benci dilemparkan ke dalam Api Neraka.”

(Hadith Riwayat Bukhari dan Muslim)

Aku akui mungkin mudah untuk menaipnya di sini, mungkin mudah untuk membacanya, namun apakah semudah itu untuk mencapainya? Pastinya tidak. Kalau mudah, tidaklah kita perlu hidup di dunia ini kerana tanpa ujian (merasa susah dan berat), tak ada maknanya hidup di dunia kerana tujuan manusia diciptakan adalah untuk diuji.

Tapi aku percaya jika kita benar inginkannya, kita perlu berusaha dan berdoa. Kita perlu ilmu. Tak kenal maka tak cinta, kata orang Melayu dahulu kala. *sebab itulah antara sebabnya perlu ikut usrah dan sertai jemaah – untuk tujuan tarbiyyah dan seterusnya da’wah*

Berusaha dengan cari ilmu untuk kenal Allah dan Rasulullah, berdoa dengan memohon pada Allah agar dikurniakan kemanisan iman itu. Tak ada benda yang kita mahu jatuh bergolek bukan? Nak buka mulut pun kita perlu effort (e.g. interaksi sel-sel neuron, pengembangan dan pengecutan otot muka, dll), mana ada mulut automatik buka sendiri!

Berbalik kepada sweet-nya manusia tertentu, aku rasa tak ada manusia yang lebih sweet daripada Rasulullah s.a.w. sendiri, begitu juga isteri baginda Khadijah r.a.

Subhanallah.

Aisyah r.a. (isteri Rasulullah) antara yang cemburu dengan sweet-nya Rasulullah s.a.w (dalam keadaan Rasulullah s.a.w. dah sweet terhadap Aisyah r.a. sendiri – lihat contoh pada poem yang aku akan kongsikan di bawah).

Aisyah r.a. pernah mengaku bahawa dia tidak pernah cemburu  kepada isteri Rasulullah s.a.w melainkan kepada Khadijah r.a. kerana kerapnya Rasulullah s.a.w. menyebut nama Khadijah di hadapannya.

Aisyah r.a. menceritakan:

“Hampir tidak pernah Rasulullah keluar rumah sehingga menyebut Khadijah dan memujinya. Pada suatu hari Rasulullah menyebutnya, sehingga menimbulkan kecemburuanku. Lalu aku katakan, ‘Bukankah ia hanya seorang tua yang Allah telah menggantikannya untuk kakanda orang yang lebih baik darinya?’

Kemudian Rasulullah marah seraya berkata: ‘Demi Allah, Allah tidak menggantikan untukku orang yang lebih baik darinya. Dia beriman ketika orang-orang ingkar, dia membenarkan aku ketika orang-orang mendustakanku, dia membela dengan hartanya ketika orang-orang menghalangiku, dan aku dikurnia anak darinya, sementara aku tidak dikurniai anak sama sekali dari isteri lainnya.'”

(Hadith Riwayat Ahmad dan Tabrani)

Sungguh, berapa lama aku hidup aku tak pernah benar-benar kenal Rasulullah s.a.w., hingga saat ini pun mungkin banyak lagi yang aku masih tidak tahu tentang baginda rasul. (-_-)

Selama ini, hasil daripada apa yang diajarkan dalam mata pelajaran Sirah di sekolah rendah, aku hanya tahu Khadijah r.a. sebagai isteri Rasulullah s.a.w., seorang businesswoman yang berjaya dan berakhlak mulia, berkahwin dengan Rasulullah s.a.w. ketika usia beliau 40 tahun dan Rasulullah s.a.w, 25 tahun.

Sehingga suatu hari, dalam satu sesi ceramah, penceramah telah memberikan dimensi baru kepadaku dalam melihat peribadi Khadijah r.a. sehingga menjadikan beliau wanita yang Rasulullah s.a.w agungkan.

Kisahnya ketika berlaku penurunan wahyu pertama, apabila Rasulullah s.a.w. pulang ke rumah dengan penuh ketakutan selepas didatangi oleh malaikat Jibril di Gua Hira’.

(aku tulis lebih kurang macam mana penceramah itu ceritakan)

Sampai-sampai sahaja di rumah ketika itu, Rasulullah s.a.w. yang ketakutan (cuba bayangkan macam mana muka orang ketakutan, mungkin pucat lesi, menggigil?), dan terus meminta untuk diselimutkan oleh Khadijah r.a.

Selimutilah aku…selimutilah aku…,” kata Rasulullah s.a.w. Lalu Khadijah r.a., isteri yang taat menyelimuti baginda.

Cuba bayangkan kalau kita; erk! tukar, tukar – isteri-isteri pada zaman ini didatangi oleh suami yang pulang ke rumah dalam keadaan ketakutan, menggigil, minta diselimuti, agak-agaknya, siapa yang akan lebih takut? Siapa yang menangis dahulu? Siapa yang lemah lutut dan rasa nyawa melayang dari badan? – pastinya si isteri!

Itu kalau isteri yang lemah semangat, kalau yang kuat semangat sikit, mungkin akan disambutnya si suami yang ketakutan dan menggigil itu dengan penuh pelik dan hairan lalu berkata, ‘Apsal dengan awak ni, buang tabiatkah?’ #facepalm#

Hurm.

Sambung lagi kisah Rasulullah s.a.w. tadi, selepas Khadijah r.a. menyelimuti baginda, Rasulullah s.a.w. berkata kepada Khadijah r.a., “Hai Khadijah, tahukah engkau mengapa aku tadi begitu?

Allahu Allah, indahnya cara komunikasi Rasulullah s.a.w kepada isterinya. Kalau di-translate dalam bahasa kita pada hari ini, lebih kurang mungkin bunyinya, “Sayang, sayang tahu tak kenapa abang jadi macam ni?” 

Lalu, Rasulullah s.a.w. pun menyatakan kerisauan dalam hatinya, “Aku sebenarnya khuatir terhadap diriku.”

Apa yang Rasulullah s.a.w. khuatirkan? Ingat tadi bahawa Rasulullah s.a.w. bergegas pulang dengan ketakutan setelah didatangi malaikat Jibril. Suatu makhluk yang tidak pernah terlihat oleh baginda dan memeluk baginda tiga kali pula tu! Apa yang Rasulullah s.a.w. khuatirkan ialah jika baginda diganggu oleh makhluk halus (jin).

Sekali lagi, kalau isteri zaman sekarang dengar si suami berkata seumpama itu, apa agaknya respon mereka? Mengeremang bulu roma mungkin? Atau dibalas dengan kata-kata, “Eh, awak janganlah main-main benda macam ni, ada-ada sajalah awak ni!” (dalam hati dah ketakutan sebenarnya).

Tapi apa Khadijah r.a., isteri kesayangan baginda kata kepada Rasulullah s.a.w.?

Khadijah r.a. berkata, “Tidak! Bergembiralah! Demi Allah, Allah sama sekali tidak akan membuat engkau kecewa. Engkau seorang yang suka menyambung tali keluarga, selalu menolong orang yang susah, menghormati tamu, dan membela orang yang berdiri di atas kebenaran.”

Allahu Allah, sekali lagi, sweet bukan jawapan yang diberi oleh beliau? Orang yang tengah ketakutan, diberi pula kata-kata positif kepadanya.

Menurut penceramah tersebut, di sini kita dapat melihat hebatnya psikologi yang dimainkan oleh Khadijah r.a. Bagaimana dalam keadaan Rasulullah s.a.w. yang serabut mindanya ketika itu, ditenangkan oleh Khadijah r.a. Subhanallah.

Itu ketika pertama kali bertemu dengan malaikat Jibril, ketika wahyu pertama ‘Iqra’!’ diturunkan kepada baginda. Selang beberapa ketika lamanya tidak ada wahyu diturunkan, akhirnya malaikat Jibril muncul buat kali kedua dan sekali lagi Rasulullah s.a.w. yang dalam keadaan terkejut terus menemui isteri baginda, Khadijah r.a. Sekali lagi, Rasulullah s.a.w. meminta agar baginda diselimuti.

Seraya itulah wahyu seterusnya diturunkan,”Ya ayyuhal muddathir. Qum faanzir. Wa rabbaka fakabbir. Wa thiabaka fatohhir. Warrujza fahjur.” (Surah al-Muddathir: 1-5)

Daripada yang aku dengar daripada penceramah tersebut, katanya Khadijah r.a. memasukkan Rasulullah s.a.w. ke dalam bajunya (jangan bayangkan baju zaman itu sama macam yang kita pakai hari ini).

******

Speechless.

Itu baru sedikit antara bayak lagi yang aku tak tahu. Syukur ada yang menceritakan. Tapi berbalik kepada isu yang cuba dibangkitkan dalam tulisan kali ini, jikalau kita ingin mengambil contoh atau kayu ukur betapa indahnya dan sweet-nya manusia, kita perlu pastikan orang atau watak yang ingin dijadikan role model itu betul dan tepat.

Persoalan yang perlu dijawab ialah definisi sweet yang mana ingin kita gunakan? Yang membawa kita kepada-Nya atau yang menjauhkan kita daripada-Nya? Yang membawa ke syurga-Nya atau yang membawa kepada neraka-Nya?

Post kali ini aku ingin tutup dengan sebuah poem yang menarik dan boleh direnung-tenungkan:

“…Allah’s best example,
you call her Mary, we call her Maryam,
A women who’s perfect since birth,
The best to walk the skies
and the best to walk the surfaces of earth.
The most exalted of all women,
that’s why she was dedicated an entire chapter in the holy Quran…
She was the best of all women
and to society she should be leading the way
I mean that’s why our women be dressing like her
Because just like Mary, when Allah decrees something
we hear and we obey
See Mary used to cover up
despite everything they used to say
She would hide in hibernation
and to Allah she would pray
And when she was visited by angels in the form of men,
she said, ‘if you fear Allah yo would go away!’
Because in presence of men she would not stay

….
..

Prophet Muhammad said the best of men,
is he who is best in his character
and the best of them, is he who is best to his lady
after he married her
He was the best to his wives
I mean just take a look at Aisha
He’d compete with her in races and smile
just to make her happier


..

And if you’re still looking for that good girl
don’t go chasing after behind her
Rather search to find Allah first,
for once you find Him
you’re guaranteed to find her.”

(Love, Marriage & Fairytale | Muslim Version)

******

Apakah dengan tulisan ini aku telah meletakkan atau memberikan expectation yang tinggi kepada kita semua?

Terpulang.

Apa yang aku tahu dan percaya, kita takkan dapat jadi manusia sempurna. Namun, ketidaksempurnaan itu tidaklah sampai menjadikan kita culas dalam berusaha.

Tulisan ini lebih kepada peringatan buat diri. Ingatkan aku andai aku lupa.

Aku hanya manusia.

Allahu’alam.

*Sirah Rasulullah s.a.w. di atas dirujuk daripada buku ‘Sirah Nabawiyyah’ tulisan Dr. Muhammad Sa’id Ramadhan al-Buthy

Tazkirah Di Suatu Petang

Semalam, usai solat Asar berjemaah dengan seorang sister dari Sudan, tak sempat hendak baca doa, dia bertanya kepadaku, “Do you know the morning/evening azkar?” (aku rasa dia nak ajak aku baca azkar tersebut bersama-sama)

*blur sekejap*

“Sorry?” kataku. Lalu dia mengambil satu buku kecil di rak buku di surau itu dan menyerahkannya kepadaku. Sekali imbas, macam al-mathurat (tapi tak 100% sama). Dalam buku kecil itu ada banyak potongan surah serta zikir dan doa harian.

*dipendekkan cerita*

Sister dari Sudan tersebut mengingatkan aku tentang 2 perkara:

1) Bacalah zikir harian setiap selepas Subuh dan Asar (kalau kita di Malaysia, mungkin familiar dengan al-mathurat)

2) Buat solat istikharah setiap hari/masa (sebaiknya sebelum Subuh)

Katanya, buat solat istikharah bukan semata-mata bila kita tak pasti nak buat keputusan sahaja. Dia memberi contoh, setiap pagi dia akan meninggalkan rumah, dia buat istikharah sebelumnya (aku assume sebelum Subuh).

Dia kata, dengan membuat istikharah, dia turut meniatkan dengan istikharah itu dia menyerahkan kepada Allah bahawa jika keluar rumah pada hari itu adalah baik baginya, Allah akan memudahkan.

Jika keluar rumah pada hari itu bakal memudaratkan atau jika ianya lebih baik untuk dia tidak keluar, maka Allah mungkin tidak akan mempermudah urusannya keluar.

Untuk zikir harian, dia kata zikir itu penting sebagai permohonan kita untuk sentiasa dalam perlindungan Allah. Selain itu, diharapkan Allah akan memberikan kita ‘keberkatan masa’ (i.e. dapat banyak manfaat dalam masa singkat).

Akhirnya, jika segalanya kita serahkan pada Allah, walau “teruk” macam mana pun hari yang kita alami, kita tetap redha dan tenang sebab kita dah serahkan semunya kepada Allah dan kita yakin bahawa itulah yang terbaik untuk kita dari Allah.

******

Subhanallah. Jazakillahu khair sister for such a beautiful reminder! May Allah bless her always.