Survival Guide (?)

Sebelum meneruskan pembacaan kalian, adalah dimaklumkan kandungan penulisan ini mungkin applicable kepada sesetengah pihak (macam penulis contohnya) dan tidak pula menjadi suatu hal kepada pihak yang lain.

Sebagai seorang pelajar yang tidak bergaji, pengurusan kewangan amat penting (kalau dah bekerja lagilah penting). Kalau tidak, kesusahan akan melanda pelajar tersebut. Atas kesedaran itu, berikut merupakan beberapa langkah yang boleh diambil oleh pelajar yang berelaun tak setinggi elaun pelajar yang berelaun tinggi.

Ketibaan

Mungkin orang akan mengatakan ‘ridiculous’ jika seorang pelajar Malaysia yang baru sampai ke Britain Besar ini dan asyik dengan mind-set-hendak-mengconvert-harga apabila membeli-belah di sini. Namun, pada pendapat penulis, attitude itu adalah satu attitude yang baik untuk memulakan kehidupan di sini.

Walaupun diakui ada pro dan kontranya, namun dengan attitude tersebut, insyaAllah boleh menghindarkan diri pelajar daripada berbelanja secara berlebihan. Hal ini terutamanya dalam membeli makanan, antara yang pro-nya, pelajar boleh mengelakkan diri daripada membeli makanan ringan yang tidak sihat.

Sebagai contohnya, Walker’s bungkus kecil berharga sekitar 30p yang mana bernilai lebih kurang RM1.50 jika di Malaysia. Cuma, attitude itu perlulah pula dihindari dalam membelanjakannya ke arah perkara kebaikan sebagai contohnya menderma ke Palestin. Janganlah pula kalau di Malaysia RM5 pun sudah dikira banyak, maka terasa ‘sayang’ pula hendak menderma GBP5 (~RM25) apabila berada di sini.

Suitable for Vegetarian

Ketibaan 2

Ketika mula-mula sampai, duit pelajar sememangnya masih banyak. Biasanya, di awal-awal ketibaan itulah pelajar akan dibawa bersiar-siar. Seperti pengalaman penulis sendiri, bulan pertama di sini telah dibawa melawat kota London. Untuk lebih spesifik, penulis telah sampai ke Oxford Street.

Banyak double-decker merah kelihatan di jalan ini

Oxford Street ini kalau boleh dianologikan seperti Jalan TAR di Kuala Lumpur di mana setakat pemahaman penulis, di Oxford Street ini terletaknya kedai-kedai pakaian dan berjenama antaranya seperti Topman, Zara, GAP, Dorothy Perkins, Clarks, dan lain-lain lagi.

Oxford Street ini sememangnya amat panjang. Penulis ingat lagi, kawan penulis memberikan gambaran betapa panjangnya Oxford Street ini sehingga kedai Zara ada beberapa buah di satu jalan yang sama! (Ni contoh yang diberikan oleh kawan penulis)

Jadi, andai ke Oxford Street pelajar seharusnya meminta untuk dibawa ke PRIMARK. Pastikan masuk ke PRIMARK dahulu sebelum ke butik-butik yang lain. Kenapa? PRIMARK ini adalah satu kedai yang menjual pakaian pelbagai pilihan dengan harga yang rendah jika dibandingkan dengan yang lain.

Kalau naik tube (underground), pastikan turun di stesen yang terdekat dengan PRIMARK (penulis tak tahu nama stesen itu). Untuk maklumat lanjut, sila hubungi orang London (orang London Zon 5 pun boleh membantu) 😛

Pakaian

Alang-alang sudah bercakap tentang pakaian dan jenama di atas tadi, molek kiranya penulis meneruskan tentang pakaian. Tidak dinafikan, dengan elaun di tangan pasti timbul kecenderungan untuk para pelajar bershopping pakaian. Tambahan lagi dengan musim yang pelbagai di sini memerlukan pakaian tertentu untuk disesuaikan.

Maksud penulis, ketika musim sejuk, perlulah pakaian yang sesuai dengan musim sejuk. Kalau ingin travel, pun perlu pakaian yang sesuai untuk travel (andai tidak membawa pakaian yang cukup dari Malaysia).

Bagi penulis, falsafah berpakaian itu memadailah jika ianya menutup aurat, selesa, sesuai, dan sedap dipakai. Iya, tidak salah jika ingin berpakaian berjenama, namun lakukan itu atas dasar kualiti. Selaku pelajar, hindarilah daripada bershopping di Dorothy Perkin (yang kemudian baju tersebut kemungkinan akan hilang) mahupun Zara.

Yang menarik, tunggulah sehingga selepas 25 December di mana akan ada satu hari yang dikenali sebagai ‘Boxing Day’. Mungkinkah kerana kedahsyatan harga rendah di pasaran pakaian ketika itu yang hampir-hampir mencetuskan acara bertinju menyebabkan namanya diberi sebegitu rupa? 😀

Read More »

Cuti Midsem + Kenangan Indah

Alhamdulillah. selamat mendarat di Miri Airport lebih kurang pukul 9.15pm malam tadi.

Pemandangan di ruang menunggu LCCT sebelum berlepas

Kenangan Indah..Ukhuwwah

AJK Tertinggi PPIK bersama Guru Penasihat (Sesi 2005-2006), Kolej Tun Datu Tuanku Haji Bujang

Seorang sahabat lama telah meng’post’ kan gambar ini pada ruang komen di Friendster aku. Terkenang kembali ‘zaman’ PPIK dahulu. Alhamdulillah. Tempoh ‘bersama’ yang telah mengajar aku tentang pelbagai ‘rentak dan ritma’ kehidupan, walaupun hanya pada skala yang kecil. Kecil yang bermakna.

Benar seperti apa yang pernah dikatakan oleh seorang SuperSenior kolej suatu ketika dahulu, ketika beliau menceritakan pengalaman beliau di KTDTHB dan salah satunya ketika beliau dilantik menjadi AJK PPIK. Katanya, semasa menjadi AJK PPIK itu apa yang dirasakan ialah, seronok / bangga kerana menjadi sebahagian daripada organisasi terbesar di KTDTHB itu. Seronok dan bangga kerana diberi kepercayaan oleh ustaz/ustazah untuk menerima jawatan penting dalam PPIK.

Read More »