About

Tuan rumah adalah seorang graduan Chemical Engineering yang kini berkhidmat di sebuah syarikat multi-nasional, khususnya di dalam anak syarikat yang menghasilkan bahan kimia berguna untuk kegunaan seharian. Minat membaca (tapi macam lagi banyak kumpul buku daripada baca buku, heh) dan menulis. Atas pengaruh rakan sebaya, antara aktiviti riadah yang menjadi gaya hidup kini ialah jogging, mendaki bukit (yang rendah), main volleyball, dan bersiar-siar di tepi pantai. Suka menulis sebab tak semua orang sudi dengar apa yang kita nak sampaikan tapi kalau kita tulis, siapa yang rasa ada manfaat pada tulisan itu, maka dia boleh pilih untuk baca (atau tidak). Jadi, kalau anda sudah sampai di sini, maka anda membaca tulisan picisan di laman ini atas kerelaan hati anda. Hehe.

Disclaimer: Laman ini sudah berusia hampir 10 tahun. Maka dalam tempoh itu, tuan rumah juga mengalami pendedahan dan pengalaman yang pelbagai. Mungkin apa yang pernah tuan rumah percaya/pertahankan suatu ketika dulu, mungkin tidak lagi sama pada hari ini – dan sebaliknya. Apa-apa pun, ambil yang baik, yang tak baik itu, mohon dimaafkan. 🙂

Kembara mencari erti diri sebenar

[Dikemaskini pada: 24 April 2017]