Terlebih Seringgit

Pagi ini singgah di gerai kuih yang biasa disinggahi pada hari-hari bekerja.

Sebaik sampai di gerai itu, kelihatan seorang lelaki dan anak lelakinya sedang menjaga gerai itu. Bukan makcik yang biasa aku jumpa di hari-hari lain.

Ketika itu si bapa sedang melayan pelanggan lain yang ingin membeli nasi lemak. Dan aku dengan budak lelaki kecil itu. Dia sedang asyik mengipas-ngipaskan kuihnya dengan plastik bagi menghalau anasir-anasir yang tak diingini.

“Dik, minta plastik satu,” pintaku padanya. Terkocoh-kocoh dia mengambilkan sehelai plastik untukku. Aku boleh lihat plastik yang dia ambil itu agak besar, boleh muat satu bekas polisterin.

Agaknya bapanya pun menyedari hal itu lalu menegurnya.

“Besar tu, ni guna yang kecil ni. Itulah kau, main-main saja,” kata bapanya sambil menyerahkan kepadaku plastik yang lebih kecil. Si anak menggaru-garu kepala ‘kekonfiusan’ dan tersengih mengenangkan ragam dirinya sebentar tadi.

Seperti biasa, aku mengambil 3 biji kuih. Cukup seringgit. Aku serahkan sekeping not RM5 kepadanya. Dia melihat ke arah plastik kuihku yang kuunjukkan padanya. Mengira-ngira barangkali.

“Seringgit kan?” tanyanya.

“Ya,” balasku ringkas. Dia ke bekas duit dan mengambil not-not seringgit.

“Nah,” katanya sambil menghulurkan not-not seringgit padaku. Aku sambut dan mengucapkan terima kasih padanya.

Sambil hendak berjalan menuju ke kereta, aku perasan yang budak itu memberikan 5 keping not seringgit kepadaku. Aku kembali padanya dan berkata, “Eh dik, terlebih seringgit ni.”

Sekali lagi dia tersengih dan mengambil kembali not seringgit itu.

“Nah, nah, tengok tu. Apa kau patut kata tadi?” terdengar bapanya menegur. Ketika itu aku sudah berjalan menuju ke kereta.

‘Comel jak bapa dengan anak jaga gerai kuih,’ gumamku dalam hati sambil tersengih sendirian.

Gambar ihsan Google

Kisah Bapa & Anak Dalam Al-Quran : Pelajaran Buat Kita

Teringat intipati perkongsian Ustaz Nouman Ali Khan dalam kupasan tafsir Surah al-Baqarah.

“Dan (ingatlah) ketika Nabi Ibrahim bersama-sama Nabi Ismail meninggikan binaan asas-asas (tapak) Baitullah (Kaabah) itu, sambil keduanya berdoa dengan berkata: “Wahai Tuhan kami! Terimalah daripada kami (amal kami); sesungguhnya Engkaulah yang Maha Mendengar, lagi Maha mengetahui”

(Surah al-Baqarah, 2 : 127)

Kata Ustaz Nouman, salah satu pengajaran penting daripada ayat ini adalah bagaimana al-Quran menganjurkan agar para bapa melibatkan anaknya dalam aktiviti-aktiviti baik yang dilakukannya.

Pergi ke masjid, bawa sekali si anak ke masjid.

Terlibat dalam aktiviti da’wah atau kebajikan, bawa sekali anak menyertainya.

Kita boleh lihat bagaimana di dalam al-Quran dengan sengaja menyebut interaksi antara bapa-anak yang perlu dicontohi seperti Nabi Ibrahim a.s. dan anaknya Nabi Ismail a.s.


Jika ingin dikaitkan dengan contoh terdekat dengan kita, lihat arwah Ahmad Ammar, yang kematiannya menjadi fenomena. Aku yakin, pengaruh bapanya, Ahmad Azam yang merupakan bekas presiden ABIM yang turut membentuk karakter dan cara fikir Ahmad Ammar.

Surah Al-Baqarah : Rentetan Kisah Orang Yahudi

Sedikit tambahan, dalam Surah al-Baqarah sebenarnya sarat dengan kisah berkenaan dengan orang Yahudi.

Sejarah mereka dengan Nabi Musa a.s. selepas terselamat daripada kezaliman Firaun di Mesir dan bagaimana sikap mereka selepas itu yang kufur nikmat dan melampaui batas terhadap para nabi dan dengan sengaja mencabar perintah Allah.

Apa yang menarik, Ustaz Nouman pasti membawa mereka yang mendengar bahawa jika diteliti perlakuan-perlakuan orang Yahudi terdahulu, apa yang dilakukan oleh sebahagian orang Islam pada hari ini seperti tiada bezanya.

#
Allah berikan kaum Yahudi nikmat, tak syukur malah minta lebih lagi. (Surah al-Baqarah, 2 : 57 – 61)

Kita?

#
Allah perintahkan kaum Yahudi buat sesuatu, banyak soal pula (seperti mempertikaikan perintah Allah).

Allah memerintahkan kaum Nabi Musa a.s. untuk menyembelih seekor lembu betina tetapi mereka menyulitkan perintah Allah itu dengan persoalan-persoalan yang tidak perlu (Surah al-Baqarah, 2 : 67 – 71).

Kita?

#
Allah berikan kaum Yahudi kitab, mereka tak amalkan apa yang ada dalam kitab. Kedua, mereka tafsir kitab mereka agar sesuai dengan nafsu dan kepentingan peribadi mereka. (Surah al-Baqarah, 2 : 78 – 79)

Sounds familiar huh?

Seperti umat Islam kini, al-Quran tak dibaca. Sekadar menjadi penghias almari. Sekadar menjadi hantaran kahwin. Sekadar menjadi hiasan di dinding. Tetapi tak dibaca, tak difahami, tak diamalkan kandungannya.

Di sisi lain, “orang agama” mentafsir al-Quran sesuka hati.

Pabila ayat-ayat al-Quran ditafsir mengikut nafsu untuk menyebelahi kezaliman pemerintah dan demi menjaga periuk nasi mereka.

Pabila ayat al-Quran ditafsir mengikut nafsu untuk ‘menghalalkan’ penindasan ke atas wanita.

#
Kaum Yahudi mengabaikan banyak perintah Allah demi kesenangan dunia. Ada perintah Allah yang mereka turuti, ada yang mereka tinggalkan. Memilih-milih dalam mentaati perintah Allah. (Surah al-Baqarah, 2 : 85 – 86)

Kita?

Makan babi kita yakin haram, lalu kita tak makan babi. Tapi, rasuah yang haram, RIBA yang haram, kita buat tak peduli.

Kita masih guna perbankan konvensional untuk simpan duit. Kita tak mahu guna perbankan islamik untuk biaya kereta dan rumah kita. Katanya perbankan islamik ‘mahal’.

Kita solat, tapi kita tak mahu tutup aurat.

Kita puasa di bulan Ramadhan tapi kita tak solat 5 waktu sehari semalam.

Memilih-milih dalam melaksanakan perintah Allah. Bukankah kaum Yahudi terdahulu juga begitu?

Penutup

Kata Ustaz Nouman, al-Quran menceritakan dengan panjang lebar tentang karakter orang Yahudi agar kita sebagai umat Islam belajar dan tidak mengikuti sikap mereka terhadap hukum Allah.

Kata Ustaz Nouman, sebenarnya orang Yahudi zaman dahulu juga ‘orang Islam’ kerana mereka mendapat wahyu yang sama daripada Allah tetapi kerana keingkaran dan penyelewengan terhadap agama yang mereka lakukan, mereka menjadi kaum yang dimurkai oleh Allah.

Tentunya kita tidak mahu menjadi golongan yang mendapat kemurkaan Allah, bukan?

Kenangkan janji Allah, sebagai motivasi buat kita:

“…bahkan sesiapa yang menyerahkan dirinya kepada Allah (mematuhi perintahNya) sedang ia pula BERUSAHA supaya BAIK amalannya,

maka ia akan beroleh pahalanya di sisi Tuhannya dan tidaklah ada kebimbangan (dari berlakunya kejadian yang tidak baik) terhadap mereka, dan mereka pula tidak akan berdukacita”

(Surah al-Baqarah, 2 : 112)

 

Allahu’alam.

Nota kaki: kupasan tafsir Surah al-Baqarah oleh Ustaz Nouman Ali Khan boleh dimuat turun di sini [http://podcast.bayyinah.com/category/nouman-ali-khan/]

Ar-Rahman

Diambil daripada catatan di laman facebook.

“Lessons From Surah ar-Rahman” by Ustadh Nouman Ali Khan

Baru-baru ni, Ustaz Nouman Ali Khan datang ke KL. Nampak ramai kawan-kawan di fb pergi. Semua pun cakap best (termasuk Wardina!). Alhamdulillah.

Apa yang best tentang Ustaz Nouman Ali Khan ni, dia punya english sangat simple dan mudah saja nak faham apa yang diceritakan. Selamba dan cool (oh, dia dari US btw).

Dalam lecture tersebut, dia hanya sempat jelaskan tentang ayat 1 hingga 3 sahaja daripada Surah ar-Rahman yang ada 78 ayat.

Surah ini unik (buka al-Quran sekarang kalau nak lagi percaya hehe), sebab dalam surah ini, Allah ulang satu ayat ini sebanyak 31 kali!

Ini ayatnya:

“Maka nikmat Tuhanmu yang manakah yang kamu dustakan?”

*****

Ustaz Nouman kata, surah ini turun antara zaman peralihan Mekah ke Madinah. Dan Allah turunkan surah ini ke atas orang-orang musyrikin Mekah yang masih degil (stubborn).

Dah bertahun-tahun Rasulullah berda’wah kepada mereka, tapi semakin lama, mereka semakin degil dan melampaui batas. Mereka memperlekehkan dan memperolokkan Rasulullah.

Kata Ustaz Nouman, macam seorang bapalah, kalau dia nak panggil anaknya makan, tak cukup sekali. Terpaksa si bapa itu tadi panggil berkali-kali, barulah si anak mahu menurut kata bapanya.

Begitulah, dengan penuh kasih sayang, Allah ulang dan ulang ayat-ayat-Nya kepada musyrikin yang degil itu.

*****

Apa yang menarik, bila Ustaz Nouman mula kupas perkataan ‘ar-Rahman’. Kenapa Allah perkenalkan diri Dia sebagai ‘ar-Rahman’?

Kata Ustaz Nouman, selama ini kita mungkin ‘underestimate’ perkataan ‘ar-Rahman’. Apa yang kita tahu, ar-Rahman itu maksudnya ‘Maha Pemurah’ (The Most Merciful).

Tapi, ‘direct translation’ ini tidaklah menggambarkan hakikat sebenar sifat Allah ‘ar-Rahman’.

Lalu, Ustaz Nouman pun menceritakan bagaimana perkataan ‘ar-Rahman’ itu berasal daripada perkataan ‘ar-rahma’. Salah satu maksud ‘ar-rahma’ ialah ‘rahim ibu (womb)’.

Cuba kita teliti keadaan baby di dalam rahim ibu.

Dalam rahim ibu, baby itu dijaga dengan penjagaan yang terbaik oleh si ibu.

Hubungan antara ibu dan baby itu sungguh ajaib!

Baby yang berada dalam perut tidak kenal pun si ibu tetapi si ibu kenal siapa di dalam perutnya.

Si ibu amat menyayangi dan menjaga baby itu dengan penuh perhatian walaupun baby itu langsung tidak kenal akan ibunya.

Begitulah sifat ‘ar-Rahman’, apabila Dia menyatakan Dia adalah ‘ar-Rahman’, Dia sebenarnya menyatakan bahawa:
– Dia Maha Penyayang ke atas kita, Dia sangat mengambil berat tentang kita, dan Dia Tahu bahawa kita ini sangat halus dan perlu dijaga dengan amat rapi.

Begitulah Allah, ar-Rahman ke atas makhluk-Nya sebelum kita kenal Dia lagi. Sebelum kita lahir, ketika kita dilahirkan kemudian membesar, segalanya Dia cukupkan untuk kita tanpa perlu kita meminta kepada-Nya.

(tangan, kaki, mata, jantung, oksigen, pokok dan haiwan untuk dimakan, dll)

*****

Kata Ustaz Nouman lagi, apabila kita baca perkataan ‘ar-Rahman’, ia seharusnya menjadikan kita berfikir, “Bagaimana Allah menunjukkan sayang-Nya kepada aku pada saat ini? Bukan esok, bukan nanti tapi kini”

Lihat sahaja pada hidup kita hari-hari yang dikelilingi masalah. Masalah kerja, masalah dengan anak, masalah ibu bapa, dan macam-macam lagi masalah – kita memikirkan masalah LEBIH BANYAK daripada kita fikir tentang ALLAH AR-RAHMAN…

…dan berapa banyak masalah yang Allah dah keluarkan kita daripadanya?

*****

Seterusnya, Ustaz Nouman membawa kita kepada ayat terakhir Surah Ar-Rahman di mana Allah telah memuji nama-Nya:

“Maha Suci nama Tuhanmu, Pemilik Keagungan dan Kemuliaan”

Apa pengajarannya kepada kita?

Kata Ustaz Nouman, jika kita melakukan sesuatu perkara itu kerana/dengan nama Allah ar-Rahman, maka kita akan beroleh barakah.

Barakah itu pula ialah sesuatu yang ‘sentiasa tumbuh dan berkembang, lebih daripada jangkauan’.

Maksudnya, bila kita buat sesuatu dengan nama Allah ar-Rahman, ganjaran daripada Allah itu sangat besar dan akan bertambah-tambah.

Jadi, insyaAllah kalau kita buat apa pun dengan nama Allah, kita tak akan rugi (walaupun kelihatan tak berapa memberangsangkan di mata manusia).

*****

Akhir sekali, Ustaz Nouman kata, disebabkan ayat ini, orang muslim seharusnya bersikap optimis dan takkan pernah pesimis!

Al-Quran bukan buku yang nak “mengharamkan itu ini”, bukan juga buku untuk “ustaz-ustazah sahaja”, dan bukan buku yang “nak menghukum sahaja”.

Tapi, kalau kita fahami al-Quran, kita akan nampak bahawa Allah turunkan al-Quran ini sebagai tanda kasih sayang-Nya kepada kita.

Kata Ustaz Nouman, “The Quran is an act of Allah’s LOVE”

Jadi, mesej terakhir daripada Ustaz Nouman, “build your relationship with al-Quran” – bina hubungan dengan al-Quran dan fahami maknanya agar kita merasa kasih dan sayangnya Allah kepada kita.

Pesan Ustaz Nouman, kita buat perlahan-lahan, mula sikit-sikit untuk kenal dan baca al-Quran. Tak perlu terburu-buru dan tergesa-gesa, Rasulullah pun ambil masa 23 tahun untuk Allah mengajarkan al-Quran kepada baginda.

Berusaha fahami al-Quran, semoga menjadi orang yang beruntung!

Semoga Allah memberkati Ustaz Nouman Ali Khan atas ilmu yang dikongsikan.

Allahu’alam.

Rakaman ceramah: http://new.livestream.com/accounts/908954/events/2370804/videos/29193493

Dream

Inilah gambar kilang methanol tempat aku bekerja. Beautiful view isn’t it?🙂

Gambar yang aku ambil daripada internet saja pun. Aku rasa gambar ini diambil daripada atas rectifying column di air separation unit. Aku pernah panjat naik atas rectifying column tu dengan seorang trainee dan seorang operator. Sayang, gambar yang kami ambil tak dapat diselamatkan selepas kawanku yang trainee itu terpaksa format laptop beliau.

Alhamdulillah ‘ala kulli hal.

Last week, merasa juga menyambung paip PVC untuk R.O. system yang baru di-install di plant kami. Tolong engineer GE ketatkan nut & bolt dekat satu flange. Heh.

Jumpa R.O. membrane, jumpa catalyst, it’s like a dream come true.

Jakun I am! Haha.😀

Mara Depan

Ilmu milik Allah. Kalau dia berkehendakkan ilmu itu sampai kepadamu, ilmu itu akan sampai walau cepat atau lambat.

Tapi kalau bukan takdirmu untuk kau miliki ilmu itu, ia tetap bukan milikmu.

Terlepas semalam? InsyaAllah peluang itu akan datang lagi dengan usaha yang diteruskan.

(blessings in disguise. kegembiraan dalam kesedihan. kemanisan dalam kepahitan. biarkan mereka yang sinis dengan kesinisan mereka)

😉

Hilang & Jumpa

Malam tadi kerja syif malam. Malam ini akan masuk syif malam yang kedua insyaAllah. Dan kemudian 4 hari off. Belum berapa biasa lagi dengan syif malam.

Petang ni, nonton satu lagi episod Bones. Apa yang aku tertarik nak kongsikan, tentang watak Booth. Juga dari segi unsur ‘dakwah’ Kristian yang dibawa di dalam siri itu.

Watak Booth digambarkan sebagai seorang yang percaya akan wujudnya tuhan. Seorang yang baik hati dan penyayang.

Dalam episod yang aku tonton petang ini, yakni episod 14 musim ke-8, ia menceritakan satu lagi sisi Booth yang baik hati. Dia secara senyap-senyap telah menganjurkan satu karnival untuk kanak-kanak yang mengalami neurofibromatosis (NF).

Hanya Bones yang tahu tentang apa yang dilakukannya (kerana Bones merupakan pasangannya) dan dirahsiakan daripada rakan sekerjanya yang lain.

Dr Cam, pengarah Institut Jeffersonian yang juga merupakan kawan baik Booth amat risau apabila mengetahui Booth sering ke hospital. Pada sangkaannya, Booth mungkin mengalami masalah kesihatan dan dia begitu risau. Lalu dia pun menyiasat perkara tersebut.

Di penghujung episod, Bones telah membocorkan rahsia Booth di mana dia secara senyap-senyap membawa Dr Cam ke karnival untuk kanak-kanak NF (tanpa disedari oleh Booth). Akhirnya, Dr Cam kini tahu apakah yang dirahsiakan oleh Booth selama ini.

“Why wouldn’t he want us to know that he is a great guy?” tanya Cam dalam babak terakhir episod tersebut.

Lalu Bones membalas,

“Charity suffers long, and is kind; charity envies not; charity brags not itself, is not puffed up…”

Bones telah meng-quote 1 Corinthians 13:4 daripada Bible. Tentang bagaimana kebajikan yang sebenar sifatnya tersembunyi. Satu peringatan agar tidak riak.

Hidup Dengan Al-Quran

Living the Quran – sesuatu yang indah kalau setiap orang khususnya muslim hidup dengan benar-benar berpegang pada al-Quran. Nak buat apa-apa pun, disandarkan amalan tersebut pada al-Quran dan sunnah.

Atau menjadi the walking Quran.

Sebenarnya pagi tadi tercetus di dalam fikiranku, andai suasana usrah seperti di UK dahulu dapat aku rasai di dalam kehidupanku hari-hari. Yang musliminnya menjaga pandangan dan perkataan, begitu juga yang muslimat. Perkataan-perkataan baik sentiasa berlegar di sekeliling.

Sungguh terasa bahawa diri ini belum buat lagi kerja-kerja khalifah Allah di muka bumi ini.😦

Kagum dengan usaha Mission Dakwah (UK) yang aktif melakukan kerja-kerja menyebarkan islam. Itulah kerja khalifah Allah yang sepatutnya! Menyedarkan manusia tentang hidup bertuhan dan kita berada di dunia ini dengan tujuan.

postcard_life

Da’wah Dalam Penerbitan

On another note, ini yang aku hendak highlight sebenarnya. Macam mana secara tidak langsung penerbitan drama boleh menyampaikan da’wah. Setakat yag aku follow drama/filem Melayu, belum ada drama bergenre da’wah yang boleh masuk ke pasaran masyarakat berbilang agama.

Ya, tak kurang banyaknya filem genre da’wah, tetapi kebanyakannya hanya sesuai untuk tontonan orang Islam (sebagai peringatan) dan belum ada (mungkin) yang bersifat universal dan boleh diterima ramai.

Penutup

Peringatan yang berterusan, itu yang aku perlukan.

Kawan, ingatkan aku andai aku lupa.

I’m looking for something but I’m afraid if it’s too much which makes it harder to be found. Or maybe, it’s too much that I actually don’t deserve it even if I found it.

Allahu’alam.

Canggung

Canggung atau dalam bahasa Inggerisnya, “awkward”.

Insan-insan pelik tiba-tiba kelihatan.

I can’t brain why would a person who is in his 50s Whatsapp-ing a woman that’s half of his age. Of course, it’s different if you’re talking about masalah negara or masalah ummah; but to say ‘hi’, ‘good morning’, and talk about mindless topics? It’s just unacceptable. (-_-“)

And also, I think it’s rude for someone to talk openly about his/her feelings towards another someone just by looking at the physical appearance of that another someone. Judging by looking at the outside without even have any idea what’s inside. Furthermore, if you’re a Malay, we have this what we called malu and sopan-santun. Modesty, have people lost it nowadays?

World is a very deceivable place.

May Allah protect us from being deceived by this worldly world.

Call me conservative. Or close-minded.  Whatever. To them, it will never be the same again. You have lost my respect.

Allahu’alam.

It’s Been A While, Huh?

Whoaa!

Masuk hari ini, dah 2 hari aku cuti. Cuti dalam definisiku sekarang, “duduk di rumah dan buat hal sendiri.”

Malam tadi, aku menonton 2 episod Bones Season 8. Lama sudah aku tak menonton Bones, drama siri bahasa Inggeris yang aku follow masa di universiti dulu. Sekarang ni dah habis pun Season 8. Ketinggalan kereta api sedikit. Apa-apa pun, happy sebab dalam episod yang aku tonton semalam, Bones a.k.a. Dr Temperance Brennan memandu Toyota Prius!😀

Prius! :D
Prius!😀
Bones dengan Booth "gaduh" pasal GPS vs. conventional map
Bones dengan Booth “gaduh” pasal GPS vs. conventional map😛
Bones & Booth in the Prius, heading to a suspect home
Bones & Booth in the Prius, heading to a suspect home

Sebenarnya semalam dan hari ini adalah cuti umum di W. P. Labuan dan Sabah sempena Hari Kaamatan. Kotobian Tadau Tagazo Do Kaamatan*!🙂

*(Selamat Hari Pesta Menuai – terjemahan merujuk kepada Google)

Tiba-tiba, perasaan ingin menge-blog telah datang, dan nah di sini aku menulis.

Lama benar sudah aku tidak menulis di ruangan ini. Semenjak post yang terakhir, aku banyak menulis di facebook dan majoritinya berbaur politik. Iyalah, masa-masa itu kita kian menghampiri pilihanraya.

Anyway, PRU-13 pun dah berlalu. Memang tak puas hati. Huhu. Namun, ia tak berhenti di situ, rakyat tetap akan terus LAWAN!

So, how’s life so far?

Kilang Methanol

Tetiba rasa tak tahu nak tulis apa. Haha! Erm, rasanya molek juga kalau aku pick-up daripada kali terakhir aku menulis pada bulan Disember tahun lalu (fuh, 5 bulan lepas?).

Alhamdulillah, kini dah hampir 6 bulan aku berada di kilang methanol. Dalam masa lebih kurang setengah bulan lagi, genap 6 bulan aku berada di kilang tersebut insyaAllah. Juga bermaksud, kini semakin menghampiri masa tamat tempoh probationary. Doakan aku ya! (supaya dapat confirmation in position. ameen)

Dalam beberapa bulan yang  berlalu ini, banyak yang aku belajar. Alhamdulillah. Paling aku bersyukur, aku berada di tempat yang aku ingin berada. Maksud aku, di bahagian ‘downstream‘ syarikat multinasional Petronas.

Dulu-dulu, aku tak pernah membayangkan bahawa aku akan kerja di dalam kilang pemprosesan. Bila sebut sahaja Petronas, perkara yang akan muncul di fikiran ialah ‘kerja offshore’, ‘cari gali minyak’, dan yang sewaktu dengannya.

Bukan aku seorang, tapi rata-rata masyarakat akan berpandangan sedemikian. Petronas kerjanya cari dan jual minyak. Orang Petronas kerjanya di laut. Orang Petronas pakai coverall kuning. Teringat dengan soalan seseorang ketika balik ke Miri baru-baru ini, ‘sudah pergi offshore kah?’

Tersenyum sahaja aku menjawab, ‘eh taklah. Saya kerja di dalam plant. Tak ada pergi offshore‘. (^_^”)

‘Upstream’ dan ‘Downstream’

Jadi, apa kebendanya yang upstream dan apa kebendanya pula downstream ini?

Ringkasnya, upstream/downstream ini adalah terma yang digunakan dalam bidang oil & gas (O&G) untuk membahagikan bahagian-bahagian yang terlibat daripada proses pencarian O&G sehinggalah produknya sampai kepada pengguna.

Upstream merujuk kepada proses cari gali minyak dan gas atau juga dikenali sebagai ‘exploration & production’ (E&P). Dalam Petronas, anak syarikat yang bertanggungjawab untuk melaksanakan E&P ini ialah Carigali Sdn. Bhd. Yang banyak pergi offshore, pergi Iraq, pergi Sudan, dll  – kebanyakan mereka adalah ‘orang Carigali’.

Downstream pula merujuk kepada proses ‘pemprosesan’ O&G yang telah dicari dan digali oleh warga upstream tadi.

Orang-orang upstream jumpa minyak mentah dan gas asli, kemudian minyak mentah dan gas asli itu akan dihantar kepada anak syarikat Petronas di bahagian downstream seperti Petronas Penapisan Melaka (PPM) Sdn. Bhd. ataupun Petronas Chemicals Group (PCG) Berhad (my employer!) 🙂

Di kilang penapisan (refinery) seperti PPM, kerja mereka ialah menapis minyak mentah kepada pelbagai produk pengguna seperti dalam gambar rajah berikut (lebih kurang):

Crude_Oil_Distillation

Untuk syarikat  pengeluar bahan kimia seperti PCG, kami menghasilkan chemicals seperti olefin, polimer, baja (ammonia-urea), methanol, dan pelbagai bahan kimia asas yang lain. Secara spesifik, di plant tempat aku bekerja, produk yang kami hasilkan adalah methanol.

In a nutshell, inilah gambaran ringkas tentang upstream, dan downstream (termasuk midstream sekali):

updownstream

Jadi, berbalik kepada misconception orang ramai terhadap ‘orang Petronas’; ya, aku kerja dalam Petronas, tapi aku TAK kerja offshore dan kerjaku ialah membuat methanol!😉

This is what I do and I'm loving it! :)
This is what I do and I’m loving it!🙂

“We Are Paid To Solve Problems”

Seperti yang aku katakan awal tadi, aku memang bersyukur sangat ditempatkan di kilang methanol ini. Apa yang aku buat sekarang tak ‘lari’ jauh daripada apa yang aku belajar di universiti dahulu. Dan tak ramai orang berpeluang ‘buat’ apa yang mereka ‘belajar’ dahulu.

(semoga aku jadi hamba yang benar-benar bersyukur)

Kalau di universiti aku belajar pelbagai ‘teori’ chemical engineering dan di alam kerjaya inilah segala teori itu perlu diaplikasikan. Bila dah masuk alam bekerja, barulah terasa ‘menyesal’ sebab dulu belajar semata-mata nak jawab exam. Heh. Banyak benda pun lupa dan perlu buat revision semula.😐

But life is about continuous learning process kan? Hehe. Kalau lupa, kenalah buka buku balik. (cheh, as if it’s that simple, lagi-lagi bila ada kerja urgent dan kita tak tahu macam mana nak buat! erk.) (^_^”)

Bekerja dan mendapat gaji, harus menjadikan kita conscious tentang halal-haram dan keberkatan dalam apa yang kita buat. Kata-kata daripada seorang senior engineer yang juga merupakan guruku (yup, we literally call him ‘Guru’ because he is a process expert!) menjadi peringatan yang sangat berguna,

“We are paid to solve problems. That is what engineers do”

(sebelum meneruskan, baik aku cakap, aku belum layak digelar ‘engineer’ ya. Huhu. Masih belajar lagi untuk menjalankan ‘tanggungjawab’ sebenar seorang yang bergelar ‘engineer‘)

Soalan simple, kalau apa yang aku buat tak membantu ke arah ‘penyelesaian masalah’ itu, layakkah aku dapat apa yang aku dapat?

Menjadi pekerja baru, kita mungkin akan buat kerja-kerja yang kelihatan menial. Kita mungkin akan rasa , ‘eh, kenapa aku yang kena buat kerja ini?’. Tapi, satu-satunya cara untuk kita redha ialah apabila kita sedar bahawa ‘kita dibayar untuk bekerja’.

Jangan pernah merasa ‘kerja ini tak layak untuk aku buat’. Yakinlah bahawa pasti ada sesuatu yang kita boleh pelajari dan akan menjadi berguna buat kita daripada setiap pekerjaan yang diberikan kepada kita.

Workaholic

Sebelum memasuki alam pekerjaan, sering digambarkan bahawa workaholic itu sesuatu yang negatif. Ya, ada benarnya pernyataan itu. Namun, bagi aku, ianya benar untuk keadaan tertentu sahaja. Mungkin.

Contohnya workaholic yang negatif seperti seorang pekerja yang menghabiskan kebanyakan masa di pejabat sehingga tiada masa untuk suami/isteri dan anak-anak. Menghabiskan masa dengan kerja sehingga kesihatan tidak dipedulikan. Terlalu asyik dengan kerja sehingga tanggungjawab sosial diabaikan.

Workaholic yang negatif juga apabila seseorang melakukan kerja secara berterusan namun diri sendiri tertekan dengan apa yang dilakukan!

Jadi, apa-apa yang bertentangan dengan semua yang di atas adalah workaholic yang positif. (at least that’s how I understand it)

Semasa aku mula-mula masuk, ada rakan sekerja yang senior beberapa tahun memberi nasihat yang aku kira berguna:

“Show that you’re keen to learn”

“Kalau kau kerja 4 hari, lepas tu off-day 4 hari, kau pergi kerja juga 2 hari off-day tu. Kau guna masa tu untuk belajar. Kalau tak, bila lagi kau ada masa nak belajar”

“Jangan asyik jawab ‘tak tahu’ kalau orang tanya, sampai satu tahap orang tak akan tanya kau apa-apa lagi – sebab bagi diorang ‘budak ni, kalau tanya apa-apa pun bukannya dia tahu, baik tak payah tanya’ – kita tak mahu jadi macam tu. Jadi, belajarlah”

“Kalau nak belajar, kita kena jadi ‘penyibuk’ dengan kerja orang lain. Walaupun tu bukan kerja kita, kita kena ‘menyibuk’ nak tahu. Menyibuk dekat orang mekanikal, orang instrument. Barulah banyak yang kita dapat belajar”

Jika menurut nasihat tersebut di atas, ia memerlukan seseorang untuk menjadi workaholic, eh?

Sesungguhnya, aku sangat menghargai mereka yang sentiasa positif dan sudi berkongsi nasihat dan pelajaran berguna seperti ini! Semoga Allah memberkati mereka atas kebaikan yang dikongsikan.

Apa yang boleh aku simpulkan, selagi masih bujang dan tiada komitmen (keluarga), tiada salahnya menghabiskan  lebih masa di tempat kerja. It’s a plant and there’s a lot to learn. It is not necessarily about being workaholic, it’s just that you have nothing better to do at home. Kan?

(mind you, I don’t have Astro or even free TV channel in my rented house here in Labuan)

Tapi hidup tak selalu cerah.

Ada juga yang tidak begitu positif dan suka mempersoalkan. C’est la vie. Haih.

Kerja Untuk Duit?

Satu persoalan yang akan hinggap apabila cakap pasal kerja ialah ‘untuk apa kita bekerja sebenarnya?’

Baru-baru ini, aku ada tulis satu status di facebook:

“Beza

‘bekerja untuk mendapat duit’

dengan

‘bekerja untuk mendapat berkat duit’

Kalau kita hanya bekerja untuk mendapat duit, maka kita akan berkira-kira dengan apa yang kita buat. Kalau kena kerja lebih sikit, kita akan rasa diri kita dianiaya, rasa diri perlu dibayar lebih lagi. Sedangkan hakikatnya, mungkin saja  selama ini kita dapat ‘lebih’ daripada apa yang kita ‘layak’ dapat.

Maksud aku, adakah apa yang kita buat setimpal dengan gaji yang kita dapat? Cuba lihat ramai lagi orang di luar sana, kerja mereka lebih memenatkan daripada apa yang kita buat namun pendapatan mereka tidak sebanyak yang kita dapat.

Ambil contoh buruh kasar ataupun orang yang kerjanya saban hari mencuci kereta. Ataupun petani yang membanting tulang di bawah terik mentari namun tanamannya hanya dapat dijual dengan harga yang begitu murah (dan orang kelas pertengahan bising dengan harga sayur yang mahal?)

Ini mengingatkan aku pada perkongsian Prof Dr Muhaya tentang etika bekerja. Kata beliau, dalam bekerja ini, perlu ada sifat:

  • ubudiyyah – rasa penghambaan kepada Allah i.e. buat kerja untuk dapat redha Allah
  • mas’uliyyah – rasa kebertanggungjabawan i.e. buat kerja dengan sepenuh rasa tanggungjawab, fikir apa implikasi kalau kerja itu tidak siap terhadap orang lain dan juga syarikat
  • itqan – buat kerja dengan bersungguh-sungguh dan kualiti terbaik (bukan secara cincai)

Jadi, dalam memaknakan pekerjaan yang dilakukan, aku cuba mengingatkan diri tentang perkara seumpama ini. Bekerja di dalam plant, apa yang paling utama adalah safety. Memelihara nyawa dan harta adalah perkara yang dituntut dalam islam.

Kita boleh pilih untuk kerja secara sambil lewa ataupun dengan penuh makna. Terpulang. Kita buat macam mana pun, gaji masih masuk dalam akaun kita setiap bulan, bukan?

Namun, apabila keberkatan yang kita cari, kita akan sedar bahawa pekerjaan yang kita lakukan bukan semata-mata kerana duit yang kita dapat. Ianya harus lebih daripada itu.

Penutup

Kerja, ada masanya best. Ada masanya juga tak best. Heh. Ada masa rajin, ada masa malas. Manusia, biasalah.

Sebenarnya aku tengah ada kerja yang perlu disiapkan. Ada material balance yang aku kena buat. Tapi sebab stuck, lalu sampailah aku kembali ke laman myfikrah ini. Kalau aku nak cerita apa yang aku tulis ni dekat orang, tak ada orang yang nak dengar barangkali. Hehe. Jadi aku tulislah di sini.😀

Sentiasa, apa yang aku tulis ini lebih kepada peringatan buat diri sendiri. Ingatkanlah aku andai aku lupa.

Akhir kata, satu hadith yang sangat memotivasikan bagi setiap insan bekerja:

Rasulullah S.A.W. berkata,

Sebaik-baik manusia adalah yang paling bermanfaat bagi orang lain

(Hadith Riwayat Ahmad)

Anyways, selamat bercuti Kaamatan dan Gawai!🙂

Aku? Esok (1 Jun) akan mula kerja shift dan buat pertama kalinya bekerja untuk shift malam insyaAllah. Heh.

Allahu’alam.

plant